Monday, 24 November 2014

Suhu sejuk di Reading : 1 darjah celcius sehingga -2 darjah celcius

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya suhu di Reading semakin menurun. Terkini pada hari ini suhu bermain di antara 1 dan 2 darjah celcius. Yang tertinggi hari ini ialah 5 darjah celcius. Ada peristiwa menarik pagi ini di mana suhu ialah 1 darjah celcius. Ini adalah pertama kali saya saksikan seumur hidup.

Apa yang terjadi ya? Bangun pagi nampak rumput2 semua kelihatan seperti berwarna kelabu. Apa itu ya? Subhanallah rupanya air embun yang selalu berada di atas rumput menjadi ais kerana suhu yang sejuk. Lagi menarik kelihatan air yang bertakung di dalam pasu juga beku menjadi ais. Kereta jiran-jiran juga air yang terdapat di kereta menjadi ais. Teruja saya. Lantas saya capai kamera dan sempat menangkap beberapa gambar sebagai bukti.

Air yang beku di atas rumput

Kelihatan kelabu je semua rumput


Jarak lebih dekat

Subhanallah

Air di dalam pasu beku

Pijak rumput jadi begini

Nampak ais yang hancur dipijak saya

Jadi ais.

Atas kereta air jadi ais

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama keadaan di Reading pagi ini. Semoga akan ada salji tahun ini, Hendak rasa salji. Kekuasaan Maha Pencipta.

Daaa

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment