11 November (11.11) setiap tahun adalah hari bermakna buat saya dan Mrs Qyla kerana tarikh itulah anak kami Muhammad Adam dilahirkan. Adam dilahirkan pada malam hari 11.11.2012 di Hospital Putrajaya melalui pembedahan dua minggu awal dari tarikh jangkaan. Semalam 11.11.2014 Adam genap 2 tahun dan bukan di Malaysia tetapi di negara rantau, United Kingdom. Sebagai ibu bapa, tidaklah salah jika kita meraikan kelahiran anak kita sebagai tanda kasih sayang. Kami sudah merancang untuk meraikan hari lahir Adam yang ke-2 di bandar Reading. Makanan dan hadiah sudah pasti untuk Adam!!hehe..
So, semalam kami bersiap awal untuk ke bandar. Seperti biasa kami ke bandar dengan menaiki bas Claret 21. Tempat pertama yang kami tuju ialah Restoran Buffalo Grill untuk makan-makan raikan birthday Adam. Sesampainya di sana, alamak tak buka lagi la..jam 11.30 pagi baru buka. Lapar ni..haha..so kami pun pergi la ke KFC untuk beli pape makanan dahulu untuk makan.. hehe..KFC Idamanku selalu. Beli jagung untuk Adam kat KFC coz Adam suka sangat dengan jagung..
mama..cepatlah..anak nak jagung tu..he
tak boleh..mama nak.hehe
mama..nak jagung..nakkk...
xpela..adam makan kentang dulu ah
yahoo..adam dapat jagung..yeah yeah..
xleh.ni Adam punya..lalalala
nyum nyum nyum
yummy..its so delicious papa..u want it?
aumm..haha..
Selepas makan alas perut di KFC kami bergerak pula mencari ikan..dah 2 bulan kot tak makan ikan..sejak datang sini tak makan langsung ikan.Sempena Birthday Adam, kami plan nak beli ikan dan masak special..boleh Adam dan kami juga makan malam nanti..hehe..siang malam birthday party Adam..hehe..so kami pun bergerak ke Union Street. Ianya adalah sebuah lorong yang terdapat kedai-kedai menjual buah-buahan, ikan, daging, kedai kunci, kedai hp..dan juga ada kedai2 milik orang Asia yang menjual bahan-bahan runcit dari Asia. Kami hendak ke SmellyAlley Fish, kedai yang menjual ikan.
Di depan Union Street
Union Street
Kedai menjual daging-tidak halal
Kedai runcit Filipino Asian Food Store
Kedai ikan SmellyAlley
pelbagai jenis ikan dan makanan laut
Kami dah beli ikan..peniaga ikan sedang siang ikan untuk kami
Ikan mahal woi
Ikan ikan ikan..tak mampu kami makan ikan selalu..ni la sekali sekala..
Kami beli seekor je ikan..haha..lupa nak tengok,saya tak tahu ikan apa..seekor 5 pound..mahal..hu..tu yang termurah kot kat kedai ni..
Selepas beli ikan, kami ke kedai runcit orang Asia lak untuk mencari Asam Boi!!!haha..yang ni bukan untuk Adam tetapi untuk Mama Adam iaitu Mrs Qyla. Teringin katanya nak buat jeruk asam boi coz semua orang dah post pasal bende tu..hu..ok ok jom kite cari ade ke tak..Kami ke kedai CMart Oriental Foods. Kedai ini terletak di hujung lorong Union Street.
Kedai runcit orang China..Cmart Oriental Foods
penghujung lorong Union Street
Asam boi!!!haha..ada woi!!! 1 pound rasanya harganya..lupa..huu..coz xde tag harga
Serbuk agar-agar pun ada..hehe
MasFood Rendang Curry kami sambar gak!!
Mrs Qyla sedang membuat bayaran Asam boi dia..hehe..dan barang2 lain juga..
Selepas dah beli asam boi, kami ke kedai buah juga di Union Street iaitu sebelah kedai ikan tadi, SmellyAlley Fruit lak..hehe..ingat nak cari mangga..alamak..xde la..xpe..kite beli buahan lain..dan juga sayur..
Ni je gambar yg ada..pisang 3 ikat dalam satu plastik..50 pence je woi!!apakah ini semua..haha..murah kot..cuba kat Malaysia..huu
After dah beli buah2, kami menuju ke Restoran Buffalo Grill..yela.. di situlah pun nak sambut birthday Adam..tapi dalam perjalanan nak keluar Union Street nampak kedai kunci lak..haha..Mrs Qyla ajak suh buat pendua kunci rumah..kene buat beb..hilang ke apa naya..beringatlah kan..
Kedai Timpson..boleh repair kasut, tangkap gambar..repair phone..buat pet tags,,,buat kunci pendua..ai macam2 lak kedai ni boleh buat..haha
Dalam kedai Timpson, Union Street
Untuk yang hendak ke restoran Buffalo Grill, ianya terletak di sebelah Broad Streel Mall, jika anda membaca entry saya mengenai bandar Reading sebelum ini, saya ada nyatakan mengenai Broad Street Mall. Restoran Buffalo Grill adalah Halal, so jangan risau.
Buffalo Grill!!
Jom kita masuk..time to celebrate Adam's Birthday!!
Ini suasana dalaman restoran..tenang..
Live, Love, Laugh
Kami nak duduk di sudut ini..baru best..hehe
Adam dah lapar..hehe
Mrs Qyla usha menu..Adam lak usha sekeliling kedai..mane nk main ni..hehe
Hai Adam!!
Menu-menunya..Ada makanan berasaskan ayam, ada burger, beef steak, ice cream dan macam2 lagi
HALAL!!so to Muslim, dont worry, u can eat here..
Sementara tunggu order, Adam minum dulu air Ribena
Slurp, slurp..
Hai Mrs Qyla!!
Adam ketawa kenapa tu..
Adam dan saya..hehe
Saya dah 2 tahun ..hehe
Peace..Adam nak tangkap gambar
Mama, say cheese..Adam want to snap ur pic..hehe
Happy Birthday Adam!! We love you so much..
Saya order Half Roasted Chicken, Vegetable Rice and Orange Juice
Mrs Qyla pula order Beef Steak and chips
Sedap sangat. Alhamdulillah
Nyum, nyum
Adam berselera makan ayam coz tak pedas pun, kentang, nasi..hehe..kenyang Adam..tapi tunggu...ada lagi..hehe..dessert lak..
Chocolate Fudge and Ice Cream for Adam!!!
Adam bengang..haha
Choc fudge is mine!!i want all..hehe
Tenang Adam tenang..haha
Adam dah tak tentu hala..haha..tangan penuh dengan choc
Apa yang kami tengok tu eh..huu
Alhamdulillah, walaupun tiada parti , kami gembira sambut dengan keluarga je di restoran ini. Mengukuhkan silaturrahim kami as keluarga bahagia. Adam pun suka makan di sini termasuk kami..hehe..Ok..takkan itu je kan..mesti ada hadiah..kami ke Entertainer lak..beli hadiah untuk Adam..hehe..
Ada sale skang di Entertainer..kedai mainan yang saya pernah bgtahu dalam entry pasal bandar Reading sebelum ni..
Adam nak horse..hehe..Adam tak tahu sebut kuda..hu..die sebut "oshh"..hehe
Kami belikan Adam kuda tu, lego dan skuter..semua sekali 30 pound..sekali sekala boleh la ye Adam..ni birthday Adam..kite dahlah jauh dari family..xpe...papa and mama ikhlas belanja Adam..we love you so much!!after beli mainan, kami pun pulang..
Adam main dengan horse die..hehe
Lego!!hehe..belakang tu skuter dia tak pasang lagi..
Horse kesayangan dia..hehe
Alhamdulillah, kami memanjatkan syukur ke atas Ilahi di atas pemberian anak bernama Muhammad Adam yang amat kami sayangi. Adam sudah 2 tahun, semakin dewasa dan bijak. Dia comel sangat bagi kami. Telatahnya mencuit hati kami. Semua pemberian Allah ke atas kami, Mrs Qyla dapat sambung Phd di UK, kerjaya kami berdua, kehidupan kami di Malaysia juga adalah rezeki buat Adam. Adam bertuah. Semoga Allah memanjangkan umur anak kami, Muhammad Adam supaya dapat beribadah dan sujud kepada Penciptanya, murah rezeki supaya tidak lokek bersedekah dan juga bijak agar dapat kenal mana yang baik dan mana yang buruk. Adam sentiasa adalah permata buat kami berdua. Papa and Mama love you so much!!!
Bacalah tinta ini apabila besar nanti Muhammad Adam sayang..
Ikhlas dari saya,
MOHD SHAFIQ
READING
UNITED KINGDOM
No comments:
Post a Comment