Sebenarnya dah dua bulan saya tidak gunting rambut. Jika di Malaysia dulu kerap saya gunting rambut kerana saya gemar rambut yang pendek dan kemas. Semuanya gara-gara Diploma Pengurusan Awam yang saya hadiri. Time tu rambut memang pendek dah macam rekrut polis je. Sejak dari itu, saya sudak tidak selesa menyimpan rambut panjang kerana berasa tidak selesa dan serabut. So, nak gunting rambut kat sini kat kedai, tengok ada juga tukang gunting rambutnya perempuan. Kita apa pun pentingkan la syariat agama kan, dah bukan muhrim so faham-faham la..ada tukang gunting lelaki tetapi yang terhampir dengan rumah saya ni saya perasan asyik yang perempuan je..lagipun nak jimat so senang-senang saya beli je hair clipper atau mesin potong rambut tu terus. Jimat terus boleh shave rambut ni di rumah je. Tapi takkan saya sendiri buat kan..naya lak..haha..so minta la tolong buat kali pertamanya Mrs Qyla isteri saya untuk potong rambut saya guna hair clipper dan gunting..haha..
Rasa cuak tu jangan cakaplah..haha..risau kot kepala ni botak ke tobek ke..haha..bergaduh kecil jugalah saya dan isteri..hehe..apa boleh buat, saya demand sket..haha..rambut mahkota lelaki.
Ok ini hasilnya..haha..
Sebelum
Taraa!!!Selepas..haha..rasa muda bergaya..hehe..terima kasih Mrs Qyla..hehe..hebat hebat..
Apa yang saya belajar adalah kita kena percayakan pasangan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh kalau saya tidak percayakan isteri saya untuk menghasilkan potongan yang cantik sebegini, tentu saya lebih rela pergi ke kedai. Begitu jua dalam perkara yang lain. Gaduh kecil itu biasalah suami isteri kan..I'm so happy with my hair cut!!yahoo.. Alhamdulillah..
Itu sahaja nak dikongsikan..hehe..
Daaa
Shafiq
Reading
No comments:
Post a Comment