Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan pembaca yang dihormati,
Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca pengalaman saya menyewa kereta di United Kingdom. Saya menyewa kereta mulai Jumaat (14 November 2014) sehingga Isnin (17 November 2014).
Buat pengetahuan semua, saya sudah 7 tahun tidak memandu kereta manual sejak kali terakhir adalah ketika belajar kereta bersama ayah saya dan juga belajar di kelas memandu. Itu semua kisah 7 tahun yang lepas. Sebelum ini pun saya memiliki kereta Myvi yang bertranmisi auto. Isteri saya juga mempunyai kereta auto. Maka sudah tiba masanya saya belajar kembali memandu kereta manual memandangkan kebanyakan kereta di sini adalah kereta manual. Malah jika menyewa kereta, kereta auto adalah 2 kali ganda lebih mahal dari kereta manual. Penting bagi saya belajar kembali memandu kereta manual kerana ianya satu keperluan bagi menjimatkan kos menyewa kenderaan dan juga sebagai satu visi saya di UK ini. Jadi sebelum menyewa kereta ini, saya telah berpakat dengan rakan saya di sini iaitu Mizi. Beliau mempunyai kereta manual dan saya bertuah dapat belajar 10 minit memandu kembali kereta manual dengan Mizi pada minggu lepas. Cukuplah tempoh tersebut untuk saya mendapatkan kembali "feel" menekan "clutch" dan menukar tombol "gear".
Untuk menyewa kereta di UK dan khususnya di Reading ini, terdapat beberapa syarikat menyewa kereta yang boleh anda hubungi. Untuk menempah kereta, anda hanya perlu membuat tempahan secara "online" di laman web syarikat yang anda ingini. Di Reading, yang popular di kalangan orang Malaysia di sini untuk menyewa kereta adalah di syarikat Hertz dan juga Enterprise. Di bawah saya berikan URL laman web untuk kedua-dua syarikat tersebut.
https://www.hertz.co.uk/rentacar/reservation/
http://www.enterprise.co.uk/car_rental/deeplinkmap.do?bid=019&cnty=GB&language=en&arc=GKSB101&cm_mmc=Google-_-Brand-_-GK_SE_Rental_B_NTL_E_UK-_-enterprise
Anda perlu bandingkan harga antara syarikat ini untuk dapatkan harga yang terendah dan berbaloi. Untuk kali pertama ini, saya memilih syarikat Hertz sebagai pilihan saya. Kita boleh pilih apa jenis kereta yang kita inginkan, samada yang bersaiz kecil, sederhana atau besar. Saya memilih kereta saiz B, lebih kurang kereta compact seperti Ford Fiesta. Pada awalnya kereta yang tertera di laman web adalah Vauxhall Corsa, tetapi perlu diingat, kadangkala kereta lain yang akan kita perolehi di hari mengambil kereta. Jangan risau, kereta yang mereka akan ganti selalunya adalah kereta yang lebih besar dan cantik. Saya mendapat kereta Ford Focus!!
Untuk lebih murah juga, lebih baik jika anda membuat bayaran secara online menggunakan kad kredit atau debit. Jika bayar di lokasi, harganya adalah sedikit mahal. Kita juga boleh menyewa "car seat" dan "booster". Di UK, kanak-kanak adalah wajib duduk di dalam "car seat" atau "booster" dan adalah menjadi kesalahan jalanraya jika kita tidak mematuhinya. Jadi, nasihat saya jika ada rakan yang mempunyainya, lebih baik pinjam kerana harga untuk menyewa "car seat" sahaja sudah hampir menyamai harga sewaan kereta. Memandangkan saya tiada "car seat", buat permulaan ini, saya menyewanya terus. Kadar sewaan yang perlu saya bayar untuk tempoh Jumaat sehingga Isnin adalah sebanyak 44 pound termasuk VAT (cukai seperti GST). Untuk "booster" yang saya sewa, ialah sebanyak 15 pound.
Untuk menyewa kereta, anda perlu bawa lesen memandu Malaysia di hari mengambil kereta. Jika membayar menggunakan kad kredit juga, anda perlu membawa kad tersebut sebagai bukti untuk disemak oleh staff syarikat.
Kali pertama melihat kereta Ford Focus tersebut, saya rasa sangat teruja kerana tidak pernah terfikir yang saya bakal membawa kereta mewah sebegini. Tetapi saya juga gementar kerana saya hanya 10 minit sahaja membawa kereta itupun di dalam kawasan University of Reading bersama Mizi. Ini adalah suasana sebenar, di waktu malam dan keadaan jalan raya yang sibuk kerana waktu orang balik kerja. Saya nekad yang saya boleh memandunya!! Berikut ialah gambar Ford Focus yanag saya pinjam. Alangkah indahnya jika ini adalah kereta saya sendiri.
Seronok memandu Ford Focus, tetapi berikut adalah perkara yang berlaku semasa beberap hari memandu kereta ini.
Jumaat (14 November 2014)
1) Sebaik sahaja keluar dari syarikat Hertz bersama isteri dan anak, semuanya lancar dan berasa seronok.
2) Kemudian saya park kereta saya di kawasan bukit yang menurun. Saya hendak "reverse" kereta tetapi saya gagal untuk "reverse" dan kereta bergerak ke depan. Saya tidak mahir menggunakan "clucth", "accelerator" dan juga "handbrake". Kereta itu hanya 1cm sahaja sahaja lagi untuk melanggar kereta lain yang di "park" di depan. Saya dan isteri sangat cemas.
3) Tanpa segan silu, saya keluar dari kereta dan meminta bantuan orang yang kebetulan ada di situ. Senang sahaja dia "reverse" di kawasan tersebut. Malu mula timbul. Dan dalam hati, bolehkah saya memandu manual di jalan yang sibuk, di kawasan berbukit?
4) Selepas itu saya memandu untuk pulang. Di kawsan simpang yang agak tinggi, saya sekali gagal untuk bergerak ke depan. Kereta saya mengundur ke belakang dan hampir melanggar kereta yang sedang menunggu di belakang. Cemas rasanya, setelah beberapa lama, saya berjaya menggerakkan kereta ke depan dan terus menuju ke kawasan yang kami sendiri tidak tahu, Kami jumpa satu kawasan perindustrian yang semuanya pekerjanya sudah pulang. Di situ terdapat kawasan bukit yang curam sesuai untuk saya belajar bagaimana untuk memandu di kawasan yang curam. Ternyata saya tidak belajar ini semua dengan Mizi. Kini saya belajar ianya sendiri.
5) Alhamdulillah di situlah saya dapat kembali rentak. saya sudah dapat mengawal kereta dengan baik, Saya sudah tahu bagaimana hendak rasa "biting point" atau orang Malaysia sebut rasa kereta "henjut ke depan" apabila kita melepaskan "clutch" dan menekan pedal "accelerator". Apabila rasa "biting point", lepaskan "handbrake" dan kereta akan dapat menaiki bukit.
6) Setelah hampir setengah jam di kawasan tersebut, saya terus pulang ke rumah. Alhamdulillah dapat selamat sampai ke rumah. Malam itu, saya rasa berdebar apabila ingatkan kembali semua peristiwa yang terjadi. Tak dapat saya bayangkan apa akan terjadi kalau berlaku kemalangan? Nauzubillah. Saya juga menonton berulang kali video pemanduan di Youtube pada malam tersebut. Esok pagi saya mesti belajar sehingga saya rasa betul-betul mahir.
Sabtu (15 November 2014)
1) Awal-awal pagi lagi saya sudah keluar seorang diri untuk memantapkan pemanduan saya di jalan raya, di kawasan traffic light, di kawasan berbukit. Belajar parking, segalanya. Kebetulan di awal pagi di sekitar kawasan rumah dan universiti jalan tidak sibuk dan saya dapat memanfaatkan masa selama 2 jam untuk berlatih.
2) Kami bertiga ke bandar, melalui kawasan jalan raya yang sangat sibuk. Saya dapat belajar memandu di jalan raya yang sesak di Reading. Dapat melalui kawasan yang saya perlu berhenti di kawasan jalan yang curam.
3) Paling lucu, saya disaman kerana parking tidak bayar. Ingatkan kawasan tersebut tidak perlu bayar. Melayang 35 pound kena bayar. Saman tersebut adalah saman di bawah Reading Borough Council. Ikutkan penalti yang diberikan ialah 70 pound, tetapi jika bayar dalam tempoh 14 hari ianya adalah separuh kadar penaltinya. Jadi beringatlah ya.
Dan hari Ahad (16 November 2014) dan Isnin (17 November 2014) adalah hari yang indah buat kami sekeluarga. Pelbagai tempat kami pergi, pemanduan saya juga dengan kereta manual semakin lancar dan menyeronokkan. Saya sudah dapat kembali memahirkan diri memandu kereta manual. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan saya Mizi di atas tempoh 10 minit itu. Terima kasih juga kepada isteri dan anak saya yang memberi kepercayaan kepada saya. Saya rasa sangat seronok memandu kereta manual sekarang. Tidak sangka setelah 7 tahun, saya akan memandu kereta manual kembali. Lebih tidak disangka ianya berlaku di United Kingdom. Alhamdulillah.
Sebelum terlupa, sebelum menghantar kembali kereta, kita perlu mengisi kembali minyak sehingga penuh. Pada hari saya ambil Ford Focus tersebut, minyak adalah "full tank". Di hari Isnin, saya hanya gunakan separuh sahaja kapasiti minyak dan saya perlu isi separuh tangki kembali. Alhamdulillah syukur, minyak kini di UK adalah murah. 1.20 pound seliter. Lebih kurang RM 1.20 perumpamaannya. Murah kan? Ianya mengikut situasi semasa keadaan harga minyak dunia yang kini sedang jatuh merudum. Saya hanya bayar 16 pound sahaja untuk isi penuh tangki minyak Ford Focus saya. Isi minyak di sini berbeza, kita perlu isi dahulu minyak. Kemudian baru bayar. Jika di Malaysia, kita perlu bayar terlebih dahulu, baru isi. Tetapi konsepnya sama sahaja. Jangan risau nanti jika ada mempunyai peluang memandu di UK.
Nilai yang saya perolehi dari pengalaman ini adalah
1) Yakinlah pada diri sendiri. Kita pasti mampu berjaya!
2) Memandulah dengan berhati-hati dan cermat. Ingatlah orang yang tersayang.
3) Pemandu di UK adalah lebih "polite" dan bertimbang rasa. Sukar untuk mendengar bunyi hon dibunyinya. Ketika saya membuat kesalahan, tiada hon dan caci maki yang saya dapat. Ada rakan memberitahu yang kurang sopan di sini kebanyakannya adalah orang Asia dan juga orang dari negara Eropah yang lain selain British.
4) Usaha tangga kejayaan.
Sekian sahaja perkongsian saya.
Daaa...
SHAFIQ
READING
No comments:
Post a Comment