Saturday, 8 November 2014

Little Owl Pre-School Open Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca,

Untuk kali ini ingin saya berkongsi dengan para pembaca mengenai "pre-school" atau taska untuk kanak-kanak di Reading ini. Adam anak saya akan genap 2 tahun pada 11 November 2014 ini, Semestinya sebagai ibu bapa, saya dan Mrs Qyla amat menitik beratkan perkembangan psikologi anak kami dalam proses membesar. Komunikasi bersama rakan-rakan adalah aspek penting bagi membentuk pemikiran dan jati diri. Otak kanak-kanak sedang berkembang dan dengan bermain dengan rakan-rakan ianya dapat merangsang lagi ketajaman minda mereka dalam mengenal sesuatu perkara baharu di dalam kehidupan. "Pre-school" atau lebih ramai sebut "Nursery" adalah tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain, belajar dan berkomunikasi bersama rakan-rakan kanak-kanak mereka. Saya dan Mrs Qyla berkesempatan untuk menghadiri "Open Day Little Owl Nursery" yang terletak berdekatan dengan Lower Early Gate di University of Reading pada 8 November 2014 bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. Inilah peluangnya untuk kami melihat sendiri apakah aktiviti yang disediakan oleh pengurusan "pre-school" dan juga mengenali tenaga pengajar di situ.

Kehadiran kami disambut mesra oleh salah seorang tenaga pengajar iaitu Mrs Wong, rakyat UK berasal dari Hong Kong. Little Owl Pre-School mempunyai taman permainannya sendiri di mana kanak-kanak boleh bermain dengan selamat bersama-sama dipantau oleh tenaga pengajar di situ. Mari kita lihat suasana di luar Litte Owl Pre-School.

Ruang kenyataan bagi pihak pengurusan mewawarkan sesuatu berita.

Tangga yang terdapat titi gantung dan juga gelongsor. Kelihatan di bawahnya bahan-bahan terpakai digunakan sepenuhnya menjadi alat permainan. Bahan-bahan seperti kuali, tong cat dan tin digunakan sebagai alat muzik buatan. Ini dinamakan pembelajaran yang menarik!!

Pondok yang mempunyai gelongsor



Ibu bapa yang hadir bersama anak-anak mereka melihat suasana anak-anak bermain

Ruangan pasir untuk kanak-kanak bermain. Anak saya sangat teruja bermain dengan pasir.





Saya memimpin anak bermain.


Papan gelongsor.


Rumah kecil sesuai untuk kanak-kanak bermain. Di dalamnya terdapat peralatan dapur untuk bermain "masak-masak"


Kawasan padang yang luas untuk kanak-kanak bermain.


Lukisan mural yang menggambarkan cerita kanak-kanak.

Pada pandangan saya, kawasan sebegini amat menarik buat kanak-kanak untuk bermain. Bermain di luar dengan pelbagai aktiviti seperti bermain "masak-masak", "pondok-pondok", tali dan tangga di mana kanak-kanak belajar untuk memanjat, kawasan berpasir di mana boleh menunjukkan kreativiti dengan membuat istana pasir dan lain-lain lagi bentuk aktiviti dapat meransang minda dan kecergasan fizikal anak-anak kita. Terasa semakin bersemangat untuk menghantar anak ke "pre-school" ini.

Seterusnya kami dijemput pula untuk melihat kawasan di dalam "pre-school" tersebut. Mari kita lihat pula gambar-gambar aktiviti di dalam pula.



Adam bermain keretapi.


Sudut untuk kanak-kanak menunjukkan kreativiti dengan tanah liat, daun-daun dan sebagainya.

Kanak-kanak akan diajar makan dan minum dengan teratur. Makan dan minum perlu duduk di kerusi. Adam makan kek yang disediakan.

Seronok melihat Adam duduk sopan.

Terdapat kanta pembesar untuk melihat daun-daun dan kayu yang diambil dari kawasan semak berdekatan. Menarik bukan.

Kanak-kanak perempuan sedang bermain masak-masak.

Poster memohon sumbangan untuk "pre-school".

Lukisan kanak-kanak di sini ditampal sebagai satu bentuk seni yang perlu diiktiraf. Jika anak-anak kita menconteng, itu adalah salah satu perkembangan sihat dalam proses membesar. Boleh jadikan ini contoh. Adam Alhamdulillah sudah banyak menghasilkan seni sehingga passport saya juga sudah diganti dengan yang baru di London. Boleh rujuk "entry" saya sebelum ini mengenainya.

Lagi lukisan-lukisan kanak-kanak.


Pandangan saya tertarik seketika ke arah bendera Malaysia dan beberapa perkataan penting Bahasa Malaysia yang sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Rasa bangga kerana bahasa kebangsaan dan bendera Malaysia ada di sini. Ini berikutan terdapat kanak-kanak Malaysia yang juga belajar di "pre-school" ini.

Bahasa negara-negara lain seperti Jepun, China, India dan Kanada.



"We all smile in the same language"

Pelbagai permainan haiwan.

Ayah bersama anaknya.


Adam dan rakan-rakan barunya. Adam sudah hampir sama dengan kanak-kanak tempatan walaupun berwajah Asia.

Paparan mengenai bagaimana aktiviti pembelajaran diadakan.

Di dunia ini, kanak-kanak melihat dengan pandangan yang sama.




Papan kenyataan di mana setiap hari kanak-kanak yang belajar di sini akan mengambil namanya dan meletakkkan di ruangan "How many children here today". Begitu juga dengan para pengajar. Dari sini juga tenaga pengajar boleh bertanya anak-anak di sini "Who come first today?" . Dari situ sahaja kanak-kanak boleh belajar susunan nombor "First, Second, Third dan seterusnya.


Para tenaga pengajar di sini juga terdiri dari pelbagai budaya dan bangsa walaupun mereka adalah rakyat UK. Ada berasal dari Hong Kong, Jepun  dan Greece. Kanak-kanak juga dinyatakan akan belajar tentang perayaan masyarakat yang lain contohnya apabila tiba "Chinese New Year" mereka akan membuat tanglung. Begitulah contohnya. Maka pembelajaran mengenai adat resam budaya lain juga sudah diterapkan dari awal lagi buat kanak-kanak saya di sini. Jangan salah faham kita bukan belajar untuk mengenali agama lain, bagi saya jati diri agama kanak-kanak adalah tanggungjawab kita untuk mendidik. Pembelajaran seperti ini adalah sebagai satu bentuk pendedahan dan Islam juga mendidik kita untuk mengenali antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.

Saya juga ada bertanya mengenai bahasa Inggeris untuk anak. Tenaga pengajar di situ menekankan supaya kita berkomunikasi di dalam bahasa kebangsaan di rumah kerana bahasa kebangsaan adalah penting dan jati diri sesebuah bangsa. Manakala bahasa inggeris adalah bahasa kedua boleh dipelajari dengan cepat oleh kanak-kanak melalui pergaulan. Tidak perlu memaksa anak-anak kita untuk bercakap bahasa inggeris. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Di rumah kami bercakap lebih dengan Bahasa Malaysia tetapi diselitkan kadangkala dengan Bahasa Inggeris. Di Malaysia mungkin kita boleh melebihkan sedikit bahasa Inggeris disebabkan pergaulan seharian juga bukan di dalam Bahasa Inggeris. Pembelajarannya adalah mengikut keadaan tetapi jangan memaksa. Walaubagaimanapun, Bahasa Inggeris sangat penting. Ambillah masa untuk mengajar anak-anak kita.

Untuk pengetahuan, Little Owl Pre-School adalah bagi kanak-kanak berumur 2 sehingga 5 tahun. Yuran "pre-school" ini adalah seperti berikut ( "copy & paste" dari laman web Little Owl Pre-School):

If your child is under the age of 3:

£15.00 per session

If your child is under the age of 3 and you are a student at the University of Reading:

£14.00 per session

If your child is over the age of 3:

Your child’s sessions (15 hours per week) will be funded by Wokingham Borough Council from the term after your child turns three years old.
Bagi kami, kami teruja untuk menghantar Adam buat permulaan ini ke "pre-school" ini kerana kasihan melihat anak kami memerap sahaja di rumah bersama saya setiap hari. Dulu di Malaysia, kami juga menghantar Adam ke "nursery" di Bangi dan Adam belajar banyak perkara di situ. Boleh disimpulkan pembelajaran di Malaysia juga untuk kanak-kanak adalah baik seperti di sini. Kelebihannya di sini ialah dari segi pergaulan dengan bangsa asing dan dapat meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Apabila genap 3 tahun juga 15 jam dalam seminggu adalah percuma dan itu adalah sangat bagus dan membantu para ibu bapa dari segi kos. Kami sudah pasti akan menghantar Adam untuk belajar di "pre-school" kalau tidak di Little Owl di tempat lain. Itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama Adam mengenai Little Owl Pre-Scool Open Day. Diharap anda terhibur. Sekian, terima kasih...

ItSSe
Se

No comments:

Post a Comment