Entry saya sebelum ini "Reading Part 3: Jalan Kaki ke Morrisons : Beli Ikan" saya telah membeli dua ekor ikan Sea Bass. Saya dah berjanji dengan semua pembaca yang saya hendak buat bakar ikan sea bass yang saya beli itu. Pada malam ini, saya berjaya menghasilkan ikan bakar sea bass sendiri. Saya menjadi Chef Mr Mama malam ini. Banyak sudah menu saya masak sendiri. Inilah keseronokan menjadi Mr Mama. Alhamdulillah. Lelaki juga mampu memasak dengan baik.
Ikan Sea bass
Ok, senang sahaja nak menyediakan ikan bakar ni. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang perlu anda ada ya.
Bahan-bahan:
1) Ikan Sea bass seekor
2) Cili kering 6 biji
3) Bawang besar setengah biji
4) Halia setengah inci
5) Serai 1 batang
6) Tomato sebiji
7) Cili Padi
8) Bawang besar setengah biji
9) Kicap masin
10) Limau nipis sebiji
11) Serbuk Kunyit
12) Garam
Kita lihat satu persatu dahulu. Dimulai dengan cara membuat rempah untuk kita salut ikan ni apabila dibakar ya.
1) Blender setengah biji bawang besar, sebatang serai, halia dan cili kering
3) Kemudian, salut ikan sea bass dengan rempah yang telah kita sediakan tadi
Memang terbaik kan?Yummy..bau sahaja dah lazat rasa
Sekarang kita lihat pula bagaimana hendak menghasilkan kuah kicap yang akan kita cicah ikan sea bass ini.
1) Potong dadu sebiji tomato, hiris setengah biji bawang besar, potong 6 cili padi.
Saya juga masak sayur bayam tumis. Makan pula dengan nasi putih. Alhamdulillah naik selera malam ini.
Selamat mencuba ya.
Daa..
SHAFIQ
READING
No comments:
Post a Comment