Friday, 7 November 2014

B&Q serta Superbike outlet @ Reading

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog saya yang setia. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak update tinta-tinta di dalam blog kesayangan saya ini. Kerana saya agak sibuk dalam seminggu yang lalu mengisi borang online Biasiswa Chevening dan juga Biasiswa Komanwel. So akhirnya malam ini saya dapat juga peluang untuk menulis. Ok petang ni. petang Jumaat saya berkesempatan selepas solat Jumaat di Muslim Centre University of Reading untuk mengikuti rakan keluar menaiki keretanya ke beberapa tempat di Reading. Niat awal mula-mula nak beli daging je..tapi memang banyak tempat lak kami pergi..haha..

Kami berempat iaitu Hidayat (tuan punya kereta), Dr.Khairul yang tak lama lagi nak balik Malaysia dan Naqib yang mukanya seperti rkyat negara Jepun..haha..jangan marah bang..hehe..First. kitorang pergi ke Wokingham beli daging halal di UK Halal Meat. Saya pula tidak beli daging , saya ke kedai runcit Rahim Store untuk membeli sedikit barangan runcit. Kemudian jumpa pula samosa ada jual kat kedai tu, saya pula puasa,apa lagi beli ah buat berbuka nanti. Kemudian, kami bergerak pula ke B&Q iaitu satu gudang yang menjual barangan hardware. Gudang ini betul-betul terletak bersebelahan dengan Stadium Madejski iaitu stadium bagi pasukan bola sepak Reading FC. Hidayat nak beli humidifier iaitu alat untuk menyedut udara kerana rumah dia dinding dah tumbuh dengan kulat. Di sini kerana suhu yang sejuk , dinding sejuk so senang kulat nak tumbuh ni. Berikut ialah gambar-gambar di dalam gudang B&Q.








Stadium Madejski!!!








Selepas dapat apa yang dihajati, kami sebenarnya nak balik je terus, tetapi tiba-tiba muncul di hati Dr.Khairul, pensyarah UniKL  yang bakal pulang tidak lama lagi ke Malaysia setelah 3 tahun di sini untuk melihat superbike!! Hidayat memang tahu selok belok Reading, so kami pun pergilah ke outlet Blade Honda Reading.

Ini dia gambar-gambarnya!!!Memang teruja sangat!!haha..saya pun memang dah lama pasang angan-angan nak pakai superbike ni..ini kiranya pertama kali juga saya pergi ke outlet yang jual superbike ni..tak sangka dah di UK ini pulak perginya..ai macam nak suruh beli di sini je..hoho..

Dr.Khairul yang rambut panjang tu la..

Vroom vromm..smart beb

arghh..bestnya..mane nak ni..mane nak ni..motor merah ni harganya 4 ribu lebih pound..

Honda CBR..

Pergh yang kuning ni memang memikat hati la kawan

tolong tolong..nakkkkk

Posing dulu..hehe..tq Naqib Samurai snap


Honda CB500F harnya 4999 pound..murah la tu bagi orang UK ni..macam kita la..beli honda wave pun lebih kurang kan..

Saya berkenan ngan CBF500F ni juga

Honda CBR..oh rasa diri ni smart la..haha


Pakai selipar je..saya punya jacket dah macam stylo tu..haha

Ok ni antara akseksori..

Helmet helmet ful face..range harga antara 69 pound ke atas..

79.99 pound

119.99 pound

139.99 pound

Arai DucatiCorse 689.99 pound..ade aircond ke dalamnya?haha

Jacket Ducati

Pemandangan dari atas



Ada yang nak order helmet or pape pasal motor..boleh roger saya..kita try tengok camne..hehe..

Memang teruja sangat duduk dalam kedai motor ni..rasa nak je beli..kalau kita kerja sini la kan..as kerani je la..memang boleh dah angkat motor camni..price dari 4999 pound..motor CBR yang saya duduk warna hitam kat atas ni harga dia 6999..kalau hutang pun sebulan 150 pound..ish..boleh sangat la kalau kerja sini nak pakai kan..untunglah..memang menarik hati..tetapi apa pun niat terhadap sesuatu tu janganlah sampai kita terabaikan yang lebih utama..bagi saya memang seronok untuk memiliki superbike..tetapi saya melihat di antara keperluan dan kehendak..

Dulu di Malaysia saya ada motosikal Modenas C100 yang kini saya berikan kepada ayah saya di kampung untuk pakai..saya sayang motor tu..yela sport rim semua kan..itu pun bagi saya sudah cukup bagus untuk saya..tetapi dari satu sudut lain yang positif..jika kita inginkan sesuatu tidak kira apa pun..kita mestilah memasang angan-angan..dari angan-angan akan timbullah usaha ke arah pemilikan dan seterusnya benda yang kita inginkan itu InsyaAllah akan kita dapat.

Mungkin suatu hari nanti saya bersama Mrs Qyla akan ke pejabat menaiki superbike..hehe..

Ok itu sahaja untuk tinta B&Q dan Superbike @ Reading..

Daaa

Shafiq
Reading

1 comment:

  1. Hi there! Nice stuff, do keep me posted when you post again something like this! indian motorcycle tours

    ReplyDelete