Sunday, 9 November 2014

Spring Potato guna screwdriver

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada pagi hari ini yakni Ahad, saya dan Mrs Qyla telah membuat satu lagi ekperimen masakan kami iaitu Spring Potato. Ala yang ubi kentang macam spring tu. Kalau pergi Melaka, ada orang jual tepi sungai Melaka dekat dengan kedai cendol yang sedap tu. Seingat saya la lagi RM3 kot orang tu jual satu set. Kat pasar malam Putrajaya pun ada gak jual. Dulu main beli je tak de pulak fikir nak buat sendiri ni.

Memandangkan ubi kentang banyak di rumah, yela murah kan ubi kentang sini. 2 kg ubi kentang baru 99 pence (sen). So kami bercadang nak buat sendiri je la potato spring ni pagi ni. Tapi alamak, takde lidi la pulak. Mane nak dapat lidi bang pagi2 ni. Nak guna apa ni?Takkan nak patahkan ranting kot kat luar rumah..haha..guna apa ni.? Ting!!! Idea sudah mari. Mrs Qyla ni memang student PhD betul la. Kita guna screwdriver la senang..hehe..still tak guna lagi sejak beli. Apa lagi kasi cuci dulu la..

Potato dan screwdriver

Actually screwdriver tu perlu untuk dicucuk ke dalam ubi kentang so senang nak potong kentang tu. Kalau kita pergi tengok orang jual kat kedai, dia ade mesin khas nak senang potong kentang jadi seperti spring. So screwdriver ni kami jadikan as "mesin" ah..hehe..if ada lidi lagi bagus sebenarnya..kami takdela goreng kentang ni dengan screwdriver tu..haha..jangan salah faham ya

Ok tak nak banyak cerita kita teruskan ke bahan-bahan dan cara memasaknya.

Bahan-bahannya ialah:

1) Ubi kentang (terpulang kepada anda semua nak berapa biji pun)



2) Screwdriver..haha..lidi ah kalau boleh

3) Tepung gandum

4) Rempah gorengan serbaguna Seri-Aji

5) Air


Cara menyediakannnya pula sangat senang. Begini caranya:

1) Cucuk kentang yang telah dicuci (tak perlu buang kulit) tu dengan screwdriver atau lidi ah ya



2) Dengan menggunakan pisau potong ubi kentang menjadi bentuk spring. Tekan pisau sehingga ke batang screwdriver dan pusingkan.


Ini hasil yang akan anda dapat

3) Kemudian keluarkan screwdriver 

Tara!!!Spring potato yang kita mahukan

4) Sementara itu, bancuhkan tepung gandum, serbuk gorengan serbaguna dan juga air untuk menjadi adunan




5) Celup spring potato tadi ke dalam adunan yang telah disediakan.


6) Kemudian bolehlah menggoreng



Dengan menggunakan garfu tahan kedua-dua hujung spring potato ketika di awal proses menggoreng bagi mengekalkan bentuknya. Seksa sikit ah..kalau ada lidi senang..boleh goreng sekali dengan lidi..


Itu saja..sekejap je nak membuatnya..hasilnya sama sahaja seperti dibeli di kedai..anda boleh jimat kan? Bolehlah makan dengan sos mahupun mayonis..nak buh serbuk lada pun boleh..terpulang..

Alhamdulillah!!Spring potato siap



Adam bangun tidur je terus ke dapur..suka dia dapat spring potato

Nyum nyum..hehe


Sebenarnya banyak perkara boleh kita hasilkan sendiri..semuanya bermula dengan kemahuan dan tindakan. Begitu juga di dalam masakan..Selamat mencuba..ingat..guna lidi ya..haha..screwdriver ni coz dah terdesak...

Daaaa


SHAFIQ
Reading

No comments:

Post a Comment