Thursday, 27 November 2014

Diari Chef Mr Mama: Nasi Goreng Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Jika anda perasan, ini adalah kali kedua saya menamakan entry masakan saya sebagai Diari Chef Mr Mama. Ini kerana saya ingin mengabadikan kesemua masakan-masakan saya kelak sebagai sebuah buku resepi saya sendiri. Hehe..Hope berjaya.

Isteri saya Mrs Qyla sekarang semakin sibuk dengan projek PhD nya. So balik pun lewat. Saya sebagai suami mestilah sediakan makan malam untuk isteri apabila dia balik dari universiti. Saya sukakan elemen kejutan dan hari ini saya berkesempatan untuk memasak Nasi Goreng Udang.

Ini rupanya...


Nasi Goreng Udang plus Telur Goreng dan Papadom

Ok tanpa membuang masa, kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1) Nasi putih
2) Carrot dihiris
3) Bawang besar
4) Bawang putih
5) Udang yang telah siap dibuang kulitnya
6) Perencah Nasi Goreng Udang Seri Aji
7) Papadom
8) Telur




Cara-cara memasaknya:

1) Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah panas, tumiskan bawang besar dan bawang putih.


2) Kemudian,masukkan pula carrot dan  tumiskan sekali.


3) Selepas itu, masukkan pula udang. Goreng sehingga masak.


4) Kemudian, masukkan pula nasi putih tadi. Masukkan perencah nasi goreng. Gaulkan sebati dan gorenglah nasi sehingga anda berpuas hati dengan rasanya.






Itu sahaja caranya. Sangat mudah. Kemudian bolehlah tambah dengan telur goreng dan juga papadom. Lazat rasanya. Cepat dan mudah.

Selamat mencuba.

Sekian, terima kasih.

SHAFIQ
READING



No comments:

Post a Comment