Friday, 7 November 2014

Ayam Masak Kicap dan Ubi Kentang Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak berkongsi mengenai masakan. Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca cara-cara hendak masak Ayam Masak Kicap serta Ubi Kentang Simple. Saya tidak tahu apa nama masakan kentang saya tu, maka saya berikan namanya sebagai Ubi Kentang Simple.

Baiklah, kita mulakan dengan cara menyediakan Ayam Masak Kicap.

Bahan-bahannya ialah:

1) Peha Ayam 3 ketul (bergantung kepada anda semua)
2) Halia setengah inci
3) Setengah bawang besar yang dipotong bulat-bulat
4) Setengah bawang besar lagi potong camne pun (nk diblender nanti)
5) Seulas bawang putih tidak perlu potong
6) Kicap masin
7) Kicap manis
8) Sos tiram
9) Cabai kering
10) Air

Cara memasak:

1) Blender halia, bawang putih, bawang besar dan juga cabai kering bersama-sama. Letak air sikit ya

2) Kemudian panaskan minyak di dalam kuali

3) Selepas itu, masukkan bahan-bahan yag diblender tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak

4) Kemudian masukkan peha ayam dan gaulkan



5) Kemudian, masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap masin dan gaulkan bersama-sama. Letakkan sedikit air.

6) Then, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat tu tadi




7) Masakkan hingga kuahnya pekat seperti ini




8) Siap!!Bolehlah dihidang selepas itu.


Ok kita lihat pula bagaimana untuk membuat menu yang saya berikan nama sebagai Ubi Kentang Simple. Bahan-bahannya ialah:

1) Bawang besar dipotong bulat-bulat
2) 4 biji Ubi kentang yang direbus
3) Pati Ayam
4) Daun parsly
5) Tomato
6) Sedikit garam
7) Carrot

Cara memasaknya adalah begini:

1) Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat itu tadi

2) Masukkan ubi kentang dan carrot serta daun parsley



3) Kemudian masukkan tomato dan garam..gaulkan..sangat simple..itu sebabnya namanya Ubi Kentang SImple..hahahahaha..Siap!!!



Selepas itu, bolehlah hidangkan di dalam pinggan. Makan pula bersama nasi putih yang panas. Hari ini saya berbuka puasa dengan menu ini la..plus dengan air sirap bandung..yummy!!








Alhamdulillah sangat menyelerakan. Bolehlah cuba ya..he..Ok lah Mrs Qyla dan Adam dah bising ni nak papanya tengok tv sekali..saya sambung lagi nanti ya..banyak ni lagi nak menulis..seminggu tak tulis macam-macam perkara hendak ditulis..tunggu..

Daaaa

Shafiq
Reading

No comments:

Post a Comment