Untuk pengetahuan semua, cuaca di Reading semakin sejuk. Suhu kini sudah boleh mencecah 2 darjah celcius. Seperti hari ini cuaca mencatat suhu setinggi 6 darjah celcius. Sejuk. Tangan boleh menjadi kebas kalau tidak memakai sarung tangan apabila keluar bersiar-siar. Rumah adalah tempat yang paling nyaman kini. Petang Sabtu yang dingin ini, alangkah sedapnya dapat menikmati cucur yang panas dicicah dengan sambal ikan bilis. Ditambah pula dengan aroma kopi yang panas untuk dinikmati bersama makanan tadi. Lazatnya...
Sehubungan itu, saya dan Mrs Qyla pun memulakan operasi kami untuk menyediakan segala menu yang dinyatakan di atas. Tanpa membuang masa, mari kita lihat bagaimana menyediakan cucur manis dan sambal ikan bilis. Kita mulakan dengan cara-cara menyediakan cucur manis.
Bahan-bahan Cucur Manis
1) Tepung gandum 4 cawan
2) Garam
3) Gula
4) Air
Cara-caranya pula seperti berikut:
1) Masukkan 4 cawan tepung gandum tadi ke dalam mangkuk
2) Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa supaya boleh menjadi manis
3) Masukkan air dan gaul sehingga sebati menjadi adunan
Mudah sangat menyediakan cucur manis ni. Budak pun boleh buat.
Seterusnya kita ke menu seterusnya iaitu Sambal Ikan Bilis.
Bahan-bahannya ialah:
1) Ikan bilis
2) 3 ulas Bawang besar
3) 1 ulas Bawang putih
4) Cili kering
5) Gula
6) Garam
7) Air Asam jawa
Cara memasakknya pula adalah seperti berikut ;
1) Blender bawang besar. bawang putih dan juga cili kering.
2) Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan yang telah diblender tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak.
3) Masukkan gula dan gaulkan sebati.
4) Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit garam. Masaklah sehingga yakin ianya telah masak..
Alhamdulillah selesai sudah masak sambal ikan bilis. Kemudian bolehlah sediakan air kopi juga. Hidangkan..sedap sangat rasanya di petang yang sejuk ini dapat menikmati kelazatan cucur cicah sambal ikan bilis dan kopi yang panas.
Sangat mudah sebenarnya. Samada mahu atau tidak sahaja. Baiklah itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama.
Daaa....
SHAFIQ
Reading
No comments:
Post a Comment