Monday, 24 November 2014

Reading Part 3: Jalan Kaki ke Pasaraya Morrisons : Beli ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca,

Rasanya lama sudah saya tidak berkongsi mengenai bandar Reading yang saya sayangi ni kan?hehe..Baiklah dalam 2 siri terdahulu mengenai Reading, saya telah berkongsi mengenai apa yang terdapat di Town Reading. Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca budiman mengenai bahagian lain di Reading iaitu di Basingtoke Road yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Ia juga terletak tidak jauh dengan University of Reading. Tidak jauh ? Ya saya hanya berjalan kaki selama 15 minit untuk ke Morrisons. Tetapi kalau pulang akan mengambil masa 25 minit mengambil kira penat menaiki bukit. Kalau berbasikal sekejap sahaja. Di sini walaupun berjalan kaki tidak terasa penatnya kerana suhu yang sejuk.

Sebenarnya kami baru sahaja mengetahui bahawa pasaraya Morrisons terletak tidak jauh dengan rumah kami. Semuanya pun kerana kami pernah menyewa kereta di syarikat Hertz yang terletak tidak jauh dengan pasaraya tersebut dan saya juga pernah mengisi minyak kereta sewa di stesen minyak Morrisons. Di sini kebanyakkan pasaraya mempunyai stesen minyaknya sendiri. Kalau masih ingat entry saya mengenai ASDA, ia juga mempunyai stesen minyak sendiri. Begitu juga dengan pasaraya Morrisons ini, terdapat juga stesen minyak sendiri. Sebelum bercerita lebih lanjut, konsep pasaraya Morrisons adalah lebih kurang sama sahaja seperti pasaraya ASDA dan TESCO. Ya sama juga seperti pasaraya yang anda pergi di Malaysia. Tiada beza ketara UK dan Malaysia kecuali harga barangan di sini yang ternyata lebih murah dari Malaysia.hehe..saya sudah berulang kali menyebutnya dalam beberap siri entry saya sebelum ini mengenai harga barangan runcit dan mentah di sini,

Jadi, mari saya bawa anda semua berjalan ke pasaraya Morrisons ya. Kami ke pasaraya Morrisons kerana ingin membeli bahan mentah seperti buah-buahan dan ikan. Sengaja kali ini ubah selera kata orang kan. So pada pagi Sabtu yang dingin kami bertiga bergerak ke pasaraya Morrisons. Hujan juga baru sahaja berhenti.

Saya dan Adam bergambar di pokok yang sudah kehilangan semua daunnya di kawasan rumah saya. Ini sebelum memulakan perjalanan

2nd pose.hehe


 Berjalan kaki dari rumah ke pasaraya Morrisons yang terletak di Basingtoke Road ini lancar kerana menuruni bukit. Kecuali dengan siri tangisan Adam yang marah kerana tidak mahu duduk di dalam stroller..Adoi..huu


Alhamdulillah kami sudha sampai!!Nampak tak tu tulisan Morrisons berwarna kuning?

Laluan pejalan kaki di hadapan pasaraya Morrisons

Saya dan Adam pose lagi sekali..haha..dia nak dukung je..tak nak duduk dalam stroller

Ini adalah di kawasan hadapan sebaik sahaja memasuki pintu masuk Morrisons

Terdapat Cafe sekiranya anda lapar di dalam Morrisons. Terletak betul2 setelah masuk ke dalam Morrisons sebelah kiri

Pintu masuk Morrisons


 Disebabkan kami lapar dan belum sarapan. Kami mengambil keputusan untuk makan di Cafe Morrisons. Kita sebagai umat Islam di perantauan ni kenalah bijak memilih makanan yang Halal dimakan. Dan kenalah yakin ya. So kami pilih menu Fish and Chips. Ikan dan juga kentang goreng. InsyaAllah Halal.

Adam menunggu

Eh kaki Mrs Qyla..hehe

Suasana di dalam Cafe. Cara hendak memesan menu adalah layan diri. So pilih menu apa yang kita hendak. Pergi ke kaunter. Air buahan-buahan semua ambil sendiri. Bayar. Kita akan dapat no giliran yang perlu kite letakkan di atas meja. Menu anda pilih akan dihantar kemudian.

No 43. Tunggu la kan

Resit dan duit syiling UK.

Tadaa!! Ini dia. Puas hati ah. Beli satu set je. Fish and Chip. Ada juga kacang peas. Besar kot ikannya. Harganya 4 pound lebih. Mari kita makan!!!

Saya ambil piring yang lain. Letakkan kentang goreng dan juga kacang peas. Adam suka makan.hehe


 Selepas sahaja menjamu selera mengisi perut yang kelaparan. Tibalah masa untuk membeli belah. AYuh.

Segar bugar semuanya. Ada ubi kayu dan ubi keledek juga..Yeah..hehe..

Adam Banana. Hehe..suka betul pisang. Dia nampak je pisang, terus cakap kat kami " Jom Jom..Nana..Nana.."..hehe..Nana tu Banana..Pegang tu takut saya curi kot..haha.Adam Adam

Kobis..49 pence satu..murah la kan.

Semua 49 pence

Memang berkualiti dan segar bugar sayur-sayuran di sini. 

Ini kawasan ikan.

Kami beli ikan Seabass. Dua ekor 5 pound. Ikan memang agak mahal di UK ni..Teringin nak makan ikan lagi wei..nak buat ikan bakar..nanti saya share resepi next entry..hehe

Ikan sardine..4 ekor yang telah siap dipotong kepala dan ekornya 1.20 pound. 

Adam mengemudi troli..hehe

Bunga yang segar tu. Cantik la

Adam nak kek lak dah..laju je..hehe

Ni kawasan sandwich

Ni kawasan buah-buahan

hasil tangkapan kami. Ikan, buah-buahan, sayuran..

Buahan tropika..Tembikai..yummy..

Kelapa pun ada la..hehe.Teringat Ma saya kat kampung. Memang setiap hari kukur kelapa begini guna mesin. Nak perah hasilkan santan kan. Penjual nasi lemak la katakan.

 Setelah membeli apa yang kami mahu, masa untuk pulang. Takut hujan balik ke naya. Jalan kaki kot..

Balik la yang seksa kerana perlu menaiki bukit. Time pergi senang la kan turun bukit.

Tertarik dengan papan tanda jalan yang tersembunyi di sebalik pohonan pokok bunga. Pokok apa ni ya..hu..tak tahu namanya..Tetapi memang selalu buat pagar la kan

Dorang siap potong bagi papan jalan tu nampak..haha..bagus2..


Setelah dalam 20-25 minit berjalan kami pun sampai. Biasa la bertiga. Lambat sikit la sampai. Naik bukitnya lagi..

Kesimpulannya kami bertiga memang perlu jelajah lagi kawasan sekitar rumah kami ni. Rupanya banyak lagi kedai-kedai menarik sepanjang perjalanan yang baru sahaja kami ketahui. Syukur Alhamdulillah memang strategik lokasi rumah kami kini. Rezeki dari Allah. Next time memang boleh saya pergi sendiri je naik basikal ke Morrisons. Mesti lagi cepat. Baiklah itu sahaja perkongsian saya mengenai Jalan Kaki ke Pasaraya Morrisons. Tunggu ya resepi Ikan Bakar yang saya janjikan tadi. Ikan Bakar Seabass cicah kuah kicap. Yummy.

Salam 1 Malaysia

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment