Sunday 25 January 2015

Ultras Malaya Reading layan match futsal FA Futsal Cup 2015

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, apa khabar ya? hope semuanya sihat la ya. Kali ni saya nak sharekan pasal aktiviti saya di sini Ahad lepas, lambat pula update kali ni..sorry

Saya dan rakan-rakan pada Ahad lepas berkesempatan menyaksikan perlawanan futsal FA Futsal Cup 2015 di antara Reading Futsal Club menentang Helvecia Futsal Club. Untuk makluman Reading Futsal Club adalah sebuah pasukan futsal yang kini sedang bertanding di dalam FA National League Midland Division 1. Kebetulan rakan saya di sini, saudara Atif dapat tiket free nak menyaksikan perlawanan tersebut, maka kami berenam pun bergerak la pada petang Ahad untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Selalu main futsal je, kali ini nak tengok bagaimana orang putih lak main futsal.

Saya dan Mizi tumpang kereta Hairi. Kereta baru beli kot..hehe..

Hairi dan Mizi. Time ni tengah tunggu satu lagi kereta iaitu Hafiz, bro shafril dan Atif.


Ini adalah tempat pertandingan. Lupa la nama tempat ni. Tapi kat college ah..lawan guna dewan gymnasium kolej tu


Bro shafril

Hafiz

Ni dewan gymnasiumnya..dari luar dah macam bangunan tinggalan perang dunia ke 2 lak..haha

No ball games?Aik futsal ni apa?huu

Masuk-masuk je game dah start..so jom kita layan game tu dengan gambar-gambar yang saya tangkap ni. Saksikan aksi-aksi pemain kedua-dua pasukan serta gelagat penyokong 

Reading Futsal CLub berjersi putih manakala Helvecia Futsal Club berjersi biru.

Pemain simpanan Reading FC


Penyokong lihat dari atas




Ultras Malaya Reading..hehe

Referee dan coach Reading FC




Udah jatuh kome





Siapa lebih pantas





Hoi main elok-elok la..kata coach..hehe




Penyokong

Antara penyokong yang hadir

Penat la beb..lek lu..hehe

Hiyah!!


Amboi hang tolak aku naa



Aik Hairi xkan dah bosan kot..hehe

Jap..aku nak lap bola..


Coach sedang beri arahan..ni rest separuh masa pertama..berkesudahan time ni Reading 3- Helvecia 1



ATif tengah update status kat FB la tu


Haha..keeper Reading kene kad merah..lastnya dia pun jadi penonton cam kami


Kad kuning dapat dek Reading


Video perlawanan



Coach nak bagi rasuah ke apa tu?jangan!!hehe



Penalty





Keeper yang kena kad merah cuba argue..tapi tak dilayan dek referee..hu






Jatuh lagi

Hang jangan nak berlakon..haha

Free kick pasukan Helvecia..

Goal!!!




Video lagi

Siapa dulu

Hu..jatuh lagi..



Cuba guna effect lain kat kamera..haha







Antara gelagat fan


PAsangan suami isteri minat futsal




Bergambar kenangan..hehe

Cameraman yang menjadi perhatian kami..haha..hai

Bro hairi dah tak keruan..haha

Hiyah!!!Aku dapat bola ni..keeper gantian Reading ni punyalah kuat suara..garang lak tu..minta air pun macam nk gaduh..haha..





Gelagat kanak-kanak yang hadir..

Penalty






Alamak..kita nak kalah ke ni..bukan tadi kita lead 3-1 ke..




Habis game..hu..keputusan penuh Reading tewas 4-5 kepada Helvecia..good game..takpe cuba lagi masa akan datang Reading FC!!

Pemain bersalaman


Kita kan jiran..lek lu..

Pemain dan coach sesi post mortem..



Ni logo Reading Futsal Club

Ni logo Helvecia Futsal Club


So itulah sahaja yang ingin saya kongsikan. Memang menarik dapat lihat dorang bermain. Next target kami nak tengok Reading FC yang bola padang lak main kat Madjeski Stadium..tu baru lagi best kan..

Kepada Atif, terima kasih berikan kami tiket free, kepada bro Hairi terima kasih sudi tumpangkan dan kepada yang lain terima kasih kerana bersama-sama mengisi masa lapang di sini.

Daaa

SHAFIQ
Reading, UK