Thursday, 1 January 2015

Boxing Day 2014, 26 Disember 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebenarnya lama sudah nak menulis mengenai Boxing Day di Reading, tetapi tidak berkesempatan. Untuk yang tidak tahu, Boxing Day ialah sehari selepas krismas iaitu pada 26 Disember 2014 setiap tahun. Boxing Day ini mengikut pembacaan saya ialah merujuk kepada "box" (kotak) hadiah krismas. Kebiasaannya mereka akan membuka hadiah pada hari tersebut.

Boxing Day juga diraikan dengan jualan murah sehingga 90%. Memang ramai yang ternanti-nanti akan jualan murah pada Boxing Day. Masakan tidak, barang-barang berjenama semuanya dijual pada separuh harga dan ke bawah. Sebagai contoh kasut futsal Puma yang dijual pada harga 44.49 pound pada hari biasa, ianya menjadi 4.49 pound sahaja!! Siapa yang tidak mahu kan? Hehe..

Ada juga yang sanggup berkhemah di depan outlet-outlet berjenama semata-mata ingin menjadi yang pertama merebut barangan berjenama impian mereka pada harga yang murah. Saya dan keluarga juga sempat ke bandar Reading bagi menyaksikan sendiri bagaimana suasana Boxing Day.


Toy Sale!! up to 75% off!!




Adam..hehe



Penuh manusia




Siap beratur lagi di outlet Next..saya pun asalnya tak tahu pun kedai NExt ni apa..haha


Kasut futsal Puma yang saya maksudkan. Saya beli!!hehe

Ini pula tiket beratur kat outlet Next. Kami orang ke 811 dan 812. Kiranya punyalah ramai orang dah datang kedai tu. Padahal baru jam 11 pagi

Kami beratur..hee..Mrs Qyla nak rasa dan tengok dalam kedai tu. So ikutkan je..hehe

Actually, bagi saya dan Mrs Qyla, Boxing Day memang menarik buat orang yang minatkan barangan berjenama. Tetapi bagi kami yang biasa-biasa sahaja ini..bolehlah jika sudah ada niat nak pakai berjenama punya barang, tunggulah boxing day ini.

Sekian.

SHAFIQ
READING, UK

No comments:

Post a Comment