Sunday, 25 January 2015

Reunion Geng-geng Alumni UPM : Riang Ria di London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca.

Apa khabar? Alhamdulillah saya dan keluarga sihat walafiat. Semoga anda semua juga begitu hendaknya. Ikutkan saya dan anak saya Adam batuk-batuk dan selsema minggu lepas. Tapi semakin beransur nak pulih kembali. Suhu sejuk sekarang di Reading di antara -1 sehingga 5 darjah celcius.

Hari Sabtu yang lalu saya, Mrs Qyla dan Adam serta rakan kami di sini iaitu Masni (cik lagi) ke London untuk sesi reunion orang kata dengan rakan-rakan baik Mrs Qyla sewaktu buat Master Sains dahulu di UPM. Kami ke London kerana ingin bertemu dengan pasangan suami isteri yang juga keduanya adalah rakan satu lab dengan Mrs Qyla dulu. Mereka berdua ni sedang buat PhD di Scotland. Mereka berdua kami panggil Qadyr dan Sari. Saya pula kenal mereka semua pun sebab saya pun UPM kan. Dulu selalu jumpa Mrs Qyla (dating) dah selalu jumpa/nampak dorang ni semua. Sari dan Qadyr dtg ke London untuk renew passport dorang kat High Commission Malaysia, London. So dah alang-alang mereka dah kat London tu la, Mrs Qyla dan Masni ni ambil peluang untuk bersua kembali dengan rakan lama yang terpisah..hehe..Saya dan Adam mestilah kena ikut..mana boleh jalan-jalan kami lak tinggal..hehe..

So pagi Sabtu seawal jam 8.30 kami bergerak menuju Reading Station untuk menaiki train ke London. Pasal naik train ni saya pernah ceritakan dulu semasa saya ke London buat passport baru. Yang bestnya salji turun pagi tu ..best sangat!!haha..walaupun sekejap je 5 minit dan salji pun manja-manja je punya salji tetapi at least dapat gak rasa camne la salji tu rupanya..hehe..So 9.30 gerak naik train dari Reading Station dan lebih kurang jam 10.05 minit kami sampai di London Paddington. Jom kita lihat secara bergambar sesi reunion kitorang hari tu.

 Ni tunggu Tube..kami tunggu tube circle line..dia ada dua..satu circle line..satu lain district line..kene check peta ah betul2 if nk naik tube kat london ni..ni pun Masni la yang jadi tourist guide kami since dia dah biasa turun London..=)

Suasana di stesen Tube

Masni dan Mrs Qyla


Dalam Tube

dalam tube

dalam tube..die cam lrt ah kat Malaysia..bawah tanah kan

Kami berhenti di stesen Tower Hill. Dari situ kami bergerak ke Tower of London, sebuah istana lama tinggalan diraja England suatu ketika dahulu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah diraja dan episod hitam tempat pembunuhan dan penderaan. Panjang kisahnya..boleh google la ya..Qadyr dan Sari tunggu kami kat situ la..





Bergambar berlatar belakang Tower of London


One happy family!







Cantik kan..masih terjaga rapi


Nak masuk Tower of London ni mahal..hu..adult sorang dalam 20 lebih pound





Tower of London shop..sekitar kawasan Tower of LOndon ni ada kedai makan..kedai cenderahari dan juga terletak bersebelahan Thames River dan Tower Bridge




Memang cantik..suka tengok istana lama ni



Dari Tower of London boleh nama Tower Bridge..orang selalu confuse anggap Tower Bridge ini adalah London Bridge..saya pun..now dah tahu..hehe









Yeah..akhirnya berjumpa juga rakan lama yang dah lama tak bersua..Sari dan Qadyr..hehe..



Mrs Qyla, Masni and Sari!! Sari cam budak kecik je kalau korang jumpa dia..mesti takkan percaya dia student PhD..hehe





Selepas itu kami bergerak pula ke Tower Bridge..


Bergambar kenangan di atas Tower Bridge






Adam and bantal busuk dia memang takleh dipisahkan!!..hehe






Adam bengang..haha

Sepasang kekasih..=)

Mrs Qyla happy je..hehe

Burung yang megah posing..hehe


Selepas itu,kami bergerak semula ke stesen Tube..nak ke tengah bandar London..nak makan lepak2 borak2 kisah2 lama dan terkini..hehe..lapar dah ni..so dah ada Qadyr jadi tukang angkat stroller ah..haha

Suasana kat platform tunggu tube tu..kami kali ni nak ke station Piccadilly circus..kawasan boleh dikatakan the heart of London ah...




Ni dia Piccadilly Circus punya kawasan tu!!penuh manusia..



Ripleys believe it or not London!!





Bergambar berdua je kali ni..hehe













Saya suka view ni!!!cantik kan..hehe


Skang baru tertanya..dia duduk atas apa..hhuuu





Pastu kami berjalan ah kawasan sekitar.. Tempat makan yang kami nak tuju ni Qadyr dah check kat blog makan..ada satu tempat dia nak bawa kami semua gi makan..Halal restoran tu..ianya terletak di Kingly Court

Inilah dia Kingly court..kawasan restoran bertingkat..ada banyak restoran makanan..kami nak makan di restoran Stax Diner!!kedai jual burger semua..cam burger bakar ah..hehe..jom kita serbu..






Cantik kawasan tempat makan=makan ni..

Ni menu kat Stax Diner tu..



Wall of Shame orang yang gagal cabaran makan burger paling pantas..hehe

Record ah..hehe

Suasana dalam restoran tu..

Kawasan chef memasak..

Sari dan Qadyr..=)

Ini dia burger sudah mari!! Nama burger ini ialah Cheeseburger in Paradise..


Ni dalam dia!!memang burger dan roti dia homemade ah..terbaik beb

Slurp..memang berbaloi!!harga sebiji Cheeseburger in Paradise ni 8.85 pound

Ni pula burger Mrs Qyla order..namanya ialah  The Chickadee..harganya pula ialah 9.50 pound..

Bergambar kenangan sebelum makan..hehe..Adam ada tepi saya..tidur dalam stroller..banyak la kisah yang kami borakkan sepanjang makan tu..dan memang terbaik rasa makan kat Stax Diner ni..if datang ke London silalah cuba ya..


Selepas makan, kami solat jamak Asar dan Zuhur. Ambil wuduk kat toilet pastu solat kat bilik persalinan je..hehe..saya dan Qadyr solat kat blik persalinan outlet Puma..yang perempuan lak kedai baju perempuan..hehe..solat tiang agama..kat mana pun kena buat gak..

Dah solat..kami berjalan lagi ..kali ni plan nak ke M&M London..coklat kegemaran kita semua sejak dari zaman kanak-kanak tu la..hehe










Masing-masing check map kat hp..cam salah jalan je..haha



Di hadapan china Town..ada restoran Rasa Sayang la!!Malaysia Singapore Cuisine..

Restoran Rasa Sayang yang terletak di China Town London

Sempat la snap gambar menu2 kat restoran rasa sayang tu..dia tulis dalam Bahasa Malaysia kot..Nasi Lemak la..rojak la..macam2 ah..


Pintu gerbang China Town



Bergambar kenangan di China Town








Sari ni ayah dia Cina tau..




Bangunan ni saya suka design dia.

Yeah sampai sudah M&M's world yang terletak di Leicester Square. London..penuhnya manusia jangan cakap la dalamnya..sesak..hu



Nampak tu..hu..ramai kan..jom kita masuk la..apa lagi..





Ada banyak merchandise M&M buat seluruh penggemar coklat ni..bukan jual M&M je..


ramai orang..






Banyaknya M&M ..mana nak ni..hehe..



Tu dia Adam dapat gak dia kapal terbang M&M..hu..untunglah Adam..gi mana je mesti dapat bende..

Mrs Qyla beli banyak tu la M&M..dia pun suka..bukan Adam je..












Bergambar kenangan di hadapan patung M&M








Pastu kami berjalan lagi..tanpa arah tujuan..haha




Bengang ngan budak berdua ni..lama kot tunggu apa la nak dibuatnya..banyak cakap je..15 minit tunggu ini la satu-satu aksi dorang buat..pastu banyak cakap..tak larat nk tunggu..kami terus bergerak dari situ..hu


Pastu kami singgah di satu kedai untuk minum-minum..kat sini lepak lagi minum sambil borak-borak lagi..

Qadyr..

Sari

Masni

Kapal terbang Adam..haha


Dah malam..so masa untuk pulang lah..bestlah seharian jalan-jalan..borak macam2..memang kasi gosip la dorang ni semua..saya dengarkan je..ai tak sangka lak semua ni adalah Pensyarah yang tengah sambung belajar..gosip bukan main..haha


Ada beca gak kat London..hehe



Suasana manusia yang ramai kat eskalator nak menuju ke station Tube..


Dalam train nak balik Reading..

Akhirnya dalam jam 7 kami sampai di reading Station..Alhamdulillah..


Dalam bus Claret 21 nak balik rumah dari Reading Station

Alhamdulillah trip ke London kali ini memang best..jumpa Sari dan Qadyr..dapat pergi Tower of London, Tower Bridge..naik tube..jalan kat Piccadilly circus..makan kat STax Diner burger yang lazat..pengalaman solat kat blik persalinan ..hehe..pergi M&M's world..memang best sangatlah

To Sari and Qadyr, wish both of you all the best..dah nak habis dah korang Phd..selamat maju jayalah habiskan lagi sikit je tahun akhir Phd..nanti dah setel Phd leh la fikir baby lak..hehe..pastu to Masni terima kasih banyak la jadi tourist guide hari tu..memang hebat ah selok-selok London ni..

Itu sahaja perkongsian tentang reunion geng-geng Alumni UPM: Riang Ria di London..

Sekian..

Daaa

SHAFIQ
READING, UK






No comments:

Post a Comment