Thursday, 15 January 2015

Ikan Sea Bass Masak Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca yang dihormati,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai resepi Ikan Sea Bass masak kicap ya.

Kita mulai dengan bahan-bahannya :





1) Bawang besar dihiris
2) Bawang Besar dipotong bulat
3) Halia setengah inci dihiris
4) Bawang putih 2 ulas dihiris
5) Satu batang cili dihiris memanjang
6) Tomato 2 biji dipotong

7) Ikan Seabass yang telah siap digoreng


8) Gula 

9) Kicap pekat

Sekarang kita lihat pula cara-cara memasaknya ya:




1) Tumis bawang besar yang dihiris, halia dan bawang putih sehingga wangi


2) Masukkan kicap pekat secukup rasa. Kemudian tambahkan air.


3) Setelah itu, masukkan pula tomato


4) Kemudian masukkan pula ikan sea bass tadi. Masukkan gula juga selepas itu dan gaul sebati


5) Masukkan pula bawang yang dipotong bulat


6) Akhir sekali masukkan cili merah.


7) Gaulkan sehingga semuanya sebati dan apabila rasa sudah masak, bolehlah hidangkan untuk dimakan.


Tadaa!!Inilah hasilnya!!Lazat Alhamdulillah


Saya juga sediakan bayam tumis, telur dadar serta ikan bilis dan bawang goreng


Makanlah dengan nasi putih panas. pasti lazat!! Selamat mencuba. =)

MEMASAK ITU MUDAH dan MASAKLAH DENGAN IKHLAS

SHAFIQ
READING, UK

No comments:

Post a Comment