Saturday, 10 January 2015

Yong Tau Fu Reading!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca budiman?

Apa khabar? Buat apa hujung minggu ni? Saya dan isteri baru sahaja selesai makan Yong Tau Fu. Alhamdulillah terubat sedikit kerinduan pada makanan Malaysia. Sedap dan jadi rasanya. Dahulu memang beli sahaja Yong Tau Fu di pasar malam. Sekali beli RM7, RM8.50. Pernah tak kita kira balik betulkah jumlah kita beli banyak itu harganya? Hehe..Kalau dah suka, memang ambil dan bayar je kan. Saya dan isteri pun tak pernah terfikir pun nak buat sendiri Yong Tau Fu ni.





Punca nak buat Yong Tau Fu ni kerana jiran kami merangkap rakan sekolah saya dahulu, Puan Azi Aziyanty post gambar Yong Tau Fu yang sangat menyelerakan di Facebook dan ditambah pula rakan-rakan wanita di sini semalam ada buat makan pot luck mereka termasuk Yong Tau Fu. Tak tahan rasa di hati..hehe..so kena la buat juga ni!!

Mrs Qyla isteri saya minta resepi dari Azi dan maka bermulalah projek masak-masak kami di malam Sabtu iaitu Yong Tau Fu Reading!!Tapi ada bahan-bahan yang kami tiada, tetapi kita try je..hehe..

Tak nak cerita panjang, bahan-bahan nak buat Yong Tau Fu Reading ini ialah seperti berikut:

Bahan-bahan untuk Kuah Yong Tau Fu

1) Cili kering
2) Gula Perang (Brown Sugar dipanggil di sini)
3) Belacan
4) Air
5) Garam
6) Tepung
7) Sos cili

Cara-cara membuat Kuah Yong Tau Fu

1) Goreng cili kering sehingga garing




2) Kemudian blenderkan cili kering tersebut bersama belacan. Kira kira dalam satu sudu besar kami gunakan belacan.


3) Selepas itu, tuangkan air kisaran antara cili kering dan belacan tadi ke dalam periuk yang sudah dipanaskan.






4) Kemudian, masukkan pula brown sugar dalam tiga sudu besar.

Ni brown sugar yang dijual di Reading ni

5) Gaulkan sebati, kemudian masukkan garam, sos cili secukup rasa. Ambil tepung dan masukkan juga untuk jadikan kuah ini pekat. Sukatannya sesedap rasa mengikut citarasa anda.

Alhamdulillah siap!! Mudah sahaja kan

Ok kuah dah siap, so bahan-bahan untuk disiram dengan kuah yong tau fu la pula. Senang sahaja, semuanya perlu dicelur je di dalam air yang panas. Ingat tak akak dan abang pasar malam buat camne? Ok meh abg Mr Mama tunjukkan..hehe

Bahan-bahannya adalah seperti di dalam gambar. Anda nak tambah lagi terpulang.

1) Sayur kangkung!!
2) Hotdog'
3) Fishball
4) Sotong

Nasib semuanya ada dijual. Bahan-bahan ini kami beli di kedai Korean Food di University of Reading.



Ok cara membuatnya senang je, panaskan air terlebih dahulu. Dah panas menggelegak, apa lagi kasi celur la sama itu semua bahan-bahan dan bertindaklah seperti anda seorang peniaga Pasar Malam. hehe


Penapis dan gunting ada dah tu..Pasar malam kan..hehe


Ok semua ni kak/bang/adik RM7..hehe..main masuk-masuk je, kira je camne..haha..rambut baru trim tadi..Mrs Qyla trim..hehe

Mr Mama!!hehe

Walla!!siap dah semua..eh tukarlah..semua sekali RM10..hehe


Kuah yang dah siap tadi


So dah siap semua bolehlah hidangkan untuk dijamah seisi keluarga. Buat sendiri puas hati. Senang sahaja kan. Bagi saya ini semua adalah pengalaman baru dan sangat menarik. Balik Malaysia nanti rasanya nak buat sendiri je la kot senang, tak perlu dah nak beli di Pasar Malam ni semua. 





Alhamdulillah!! Selamat mencuba ya. Yong Tau Fu Reading dari kami Mr Mama dan Mrs Qyla. Miss u Malaysia

Salam Sayang

SHAFIQ
READING, UK

No comments:

Post a Comment