Saya dah rindu rasanya pada Malaysia. Dalam rindu tu mestilah pada makanannya juga. Salah satunya Mee Goreng Mamak. Sedapnya ai. So saya pun nak buat juga la Mee Goreng tapi versi saya je la. Hehe..Tak sampai la tahap Mee Goreng Mamak.
So saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Mee Goreng Mr. Mama!!
Kita mulai dengan bahan-bahannya:
1) Spagheti (mee susah jumpa)
2) Telur 2 biji
3) Peha Ayam yang dicarik
4) Cili kering dikisar
5) Bawang besar dan bawang putih yang dihiris dan ditumbuk
6) Tomato
7) Kacang panjang
8) Cili merah dihiris
9) Kicap manis pekat
10) Sos cili
11) Minyak masak
12) Carrot
Ok dah ada bahan-bahannya, kita lihat pula cara-cara memasaknya ya. Saya tunjukkan cara-caranya dalam bentuk gambar.
1) Rebus peha ayam yang dicarik tadi
2) Masukkan juga bawang putih yang dihiris. Setelah selesai rebus, air rebusan jangan dibuang. Simpan untuk proses masak nanti.
3) Kemudian panaskan minyak di dalam kuali
4) Tumis bawang besar dan bawang putih
5) Kemudian masukkan pula cili kering yang sudah dikisar
5) Tumis sehingga pecah minyak
6) Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang telah direbus tadi. Ingat air rebusan simpan.
7) Masukkan sos cili
8) Masukkan kicap pekat
9) Gaulkan sebati, kemudian masukkan pula tomato
10) Kemudian, masukkan carrot dan kacang panjang
12) Gaulkan sebati
13) Kemudian masukkan spagethi. Kalau anda gunakanlah mee ya
14) Pecahkan telur dan gaulkan bersama
15) Gaulkan sebati
16) Ok air rebusan ayam tadi ada lagi kan. Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ini ke dalam spagehti tadi dan gaulkan. Ulang sehingga air rebusan habis.
17) Tadaaa!! Siap!!
18) Kemudian bolehlah hidangkan. Saya hias dengan cili merah, salad dan juga buah anggur
Itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Selamat mencuba ya!!
Daaa
SHAFIQ
READING
No comments:
Post a Comment