Ok, entry ini adalah berlanjutan dengan entry "Adam's Birthday Treat: Reading Town Part 2, Eating and Toys". Di dalam entry tersebut, sempena birthday anak saya yang ke-2, kami telah beli ikan. Dah 2 bulan dan sejak hidup di UK ni tak pernah lagi makan ikan..hehe..so ikan tu kami masak malam semalam..kami masak Asam Pedas..nak tahu cara membuatnya dengan mudah..jom baca entry saya ini..
Ikan yang kami beli di siang hari di kedai Smelly Alley
Ok tak nak buang masa, kita lihat bagaimana nak masak Asam Pedas guna ikan ni ok..
Bahan-bahannya ialah:
1) Ikan
2) Bawang merah
3) Tomato
4) Perencah segera Asam Pedas..(haha..simple je).dah nama pun orang lelaki ye tak..
Ikan saya potong 4 bahagian, 2 buat goreng, 2 lagi buat Asam Pedas
Perencah Asam Pedas Adabi bawa dari Malaysia
Cara memasaknya:
1) Tumis perencah Asam Pedas sehingga pecah minyak
2) Kemudian, masukkan air, tomato, ikan dan juga bawang
4) Biarkan sehingga masak. saya juga letak sedikit garam dan asam keping.pastu siap..haha..senang je kalau orang lelaki nak buat..guna je perencah..mudah..hehe
Selepas itu, siaplah..bolehlah dimakan..hehe
Ya memang saya masak guna perencah je..tapi usaha itu yang penting betul tak..buat kaum lelaki,,inilah masanya kita nak masak sesuatu yang istimewa buat isteri kita.
Ok itu sahaja..kami makan malam semalam dengan menu ini sempena birthday Adam..Alhamdulillah
SHAFIQ
READING
No comments:
Post a Comment