Friday 10 October 2014

SPAGHETTI CURRY, UK Style

Assalamualaikum semua, seperti biasa tinta mengenai makanan akan ditulis di dalam bahasa rojak. hehe

Ok, petang ini, malam di Malaysia, saya mula memikirkan apa hendak dimakan sebagai dinner. Di sini, saya amalkan makan malam sebelum masuk waktu magrib. Magrib di sini 6.30 pm gitu. Ok, sebagai suami mithali, saya masak Spaghetti curry today!!hehe. sedap gila saya masak..haha..just kidding, tetapi sedap ah tak tipu ah beb.

Ok di sini ingin saya share kan sedikit cara memasaknya. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

1) Spaghetti (ganti mee, ketiaw atau bihun pun boleh)
2) Bawang putih 3 ulas- dihiris
3) Bawang merah setengah biji besar - dihiris
4) Serbuk santan 1 paket - nak guna santan biasa pun boleh
5) Serbuk kari Ayam - 1 paket - bawa dari Malaysia
6) Udang kering - ditumbuk
7) Rempah - bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
8) Ayam - saya potong kecik2
9) Tomato
10) Carrot -dihiris
11) Ubi kentang - potong la camne
12) Cili merah - hiris nak buat hiasan nanti

Gambar bahan-bahan seperti di bawah ni ye


Orait, ni cara memasaknya ok:

1) Tumis bawang putih dan bawang merah serta rempah (kayu manis semua tu) sehingga kekuningan dan naik baunya


2) Masukkan serbuk kari dan gaul sehingga pecah minyak

3) Masukkan pula ayam dan gaul sehingga ayam tu agak masak

4) Masukkan ubi kentang dan carrot dan biarkan sehingga agak lembut

5) Masukkan pula serbuk santan yang telah dibancuh dan last sekali masukkan tomato dan sedikit garam sesedap rasa

6) Siap dan bolehlah dimakan.



Dan pastu apa lagi buh dalam mangkuk dan hiaskan dengan hirisan cili tadi






Slurp!!! Kalau banyak barang boleh letak tauge, buh bawang goreng, fishball, fishkit,nyum!!! Alhamdulillah memang terbaik spaghetti kari ni!! Bolehlah mencuba ya, senang je beb. Para suami boleh try ni bagi wife dan anak makan. Mrs Qyla puji saya hari ini. hehe.

Orait, itu sahaja nk share. Bye2.

Salam

Shafiq
Reading

No comments:

Post a Comment