Sunday 30 August 2015

Kerjayaku di United Kingdom

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini. Apa khabar? Salam #SehatiSejiwa dari saya di Reading, United Kingdom. Semoga negara kita yang tercinta akan dirahmati Allah dan terus membangun dalam suasana aman harmoni.

Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58 ini dan lagi 2 minggu saya akan setahun di Reading,UK, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kerjaya saya di sini. Sememangnya selain tugasan sebagai seorang Mr Mama, saya juga bekerja part time untuk menampung perbelanjaan keluarga saya. Kalau nak harapkan pada elaun bulanan yang diterima sahaja memang tak cukup la nak hidup sebulan. Sebab utamanya ialah sewa rumah yang mahal di Reading. Sangat mahal.

Makanya, saya selaku suami haruslah bertindak dengan bijak agar saya dapat mencari wang sampingan tanpa menganggu tugasan utama isteri sebagai seorang pelajar PhD. Itu adalah perkara paling penting yang sentiasa saya ingatkan pada diri saya. So macam mana nak kerja part time di UK ni? Begini caranya.

1) Untuk bekerja tidak kira sepenuh masa mahupun separuh masa, seseorang itu perlu mempunyai National Insurance Number (NI Number). Untuk memohonnya anda perlu hubungi pihak Jobscentre Plus. Anda hanya boleh hubungi pihak Jobscentre Plus untuk memohon NI Number setelah anda berada di UK. Tak perlu bayar pun untuk apply NI Number ni.

NI Number ni bagi saya adalah satu nombor khas bagi setiap pekerja untuk melayakkan mereka mendapat benefit seperti State Pension. Melalui NI Number juga gaji kita akan dapat ditentukan jumlah potongan cukai yang perlu dipotong. Untuk makluman lebih lanjut boleh layari laman web di link berikut :

https://www.gov.uk/apply-national-insurance-number

2) After dah dapat NI Number ni nanti, bolehlah start cari kerja. Ada satu laman web carian pekerjaan yang saya suka sangat dan kerja yang saya dapat selama ini memang saya cari di laman web ini.

http://www.indeed.co.uk/

Banyak kerja part time yang boleh dicari. Cleaner, kerja di pasaraya, kerja di gudang dan macam-macam lagi.


3) Satu lagi nak dapat kerja sini juga hasil dari bantuan kawan-kawan Malaysia la. Siapa yang tahu ada kerja kosong berkongsi. Syukur salah satu kerja saya hasil dari bantuan rakan Malaysia di sini. Terima kasih!

4) Gaji? Gaji di sini dibayar kirannya melalui upah per jam. Minima setakat ini di sini dibayar 6.5 pound sejam. So makin banyak jam kerja, makin banyaklah gaji dapat. Bergantung kepada diri masing-masing larat banyak mana nak kerja.


Alhamdulillah banyak dah pengalaman saya mencari kerja, temuduga 7 kali dah. Dari kerja gudang, cleaner, kerja stadium bola, kerja pasaraya dan kedai sandwich, semuanya saya dah tempuhi. Setakat ini saya sudah bekerja dengan 4 majikan dan tugas yang berbeza.

Bagi saya pengalaman bekerja di sini sangat bermakna. Sebelum ini di Malaysia, saya seorang pegawai kerajaan yang ada staf sendiri. Di sini, saya belajar dari bawah. Melihat bagaimana survival perlu untuk mencari wang tanpa mengira apa kerjanya janji halal. Ia mengajar saya erti kehidupan dan lebih menghormati semua orang tanpa mengira siapa pun mereka.

Ini pengalaman saya yang masih cetek di UK ni.

1) Kerja sebagai cashier menjual makanan di Madejski Stadium Reading.

Tugas saya di sini ialah menjadi cashier dan runner di booth jualan makanan semasa perlawanan bola sepak di stadium. Madejski Stadium ni home ground Reading FC. Memang teruja betul coz dapat lihat sendiri suasana bola sepak Inggeris. Stadium yang cantik dan pengurusan yang tersusun. Makanan pun ada sub unit kedai jualan yang teratur dan kemas. Ini pengalaman yang hebat dan menyeronokkan bagi saya. Melayan kehendak penonton yang beratur panjang, kali pertama nk kene deal dengan Mat Saleh dalam bahasa Inggeris memang mendebarkan..haha..tapi Alhamdulillah lama-lama ok je.

Saya apply kerja di website stadium.So kalau teringin cuba tengok di website stadium or pasukan bola sepak di kawasan anda akan duduk di UK kelak.

2) Tukang cuci di klinik.

Ini adalah kerja pertama saya di UK. Saya akan kenang kerja ini sampai bila-bila dalam hidup saya. Tugas saya sebagai tukang cuci senang sahaja. Tugas biasalah seperti mengelap , vakum, buang sampah, mengemop dan sebagainya. Di sinilah saya jumpa rakan-rakan baru saya. Saya banyak belajar Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan saya iaitu Amir dan Etouni. Amir orang Nepal , Etouni pula ialah orang Namibia. Tetapi sejak mereka kecil mereka mengikut keluarga behijrah ke UK, so memang dah jadi rakyat British. Cakap pun slang Uk dah.

Vakum ruang pejabat klinik

Mengelap meja

Mengemop lantai

Buang sampah

Cuci pinggan mangkuk

Amir Gurung kawan saya..hehe

bersama Amir

Supervisor Franmel dari India, dan Etouni pemain basketball Reading College..hehe



Setelah 8 bulan bekerja, saya terpaksa quit kerja ni coz saya perlu arrange masa saya agar wife ada banyak waktu nak stay di universiti. Sedih rasa tinggalkan kawan-kawan yang best. Banyak yang saya borakkan dengan mereka, pasal kerja saya dulu, pasal hidup susah mereka di Nepal dan Namibia. Pasal India. Macam-macam lagi gelak ketawa dan stress kami cuci klinik ni. All the best semua rakan-rakanku!! Kerja klinik ni mudah je..he

3) Tukang cuci di pasaraya

Yang ni kawan saya yang tolong dapatkan kerja. Terima kasih bro. Berbanding dengan kerja cleaner di klinik, yang ni start awal pagi seawal jam 5.30 pagi. Tugas saya cuci semua kaunter pembayaran di pasaraya ni. Pasaraya ni besar. So ada 51 kaunter bayaran saya kene bersihkan pagi-pagi. Memang penat. Pasaraya ni macam Tesco semua tu la.

Rezeki saya, saya dapat tukar shift ke malam so kene cuci bahagian lainlah di pasaraya ni. Memang rasa seperti bersenam kerja di pasaraya ni. Hehe..

Paling best kerja di pasaraya ni ialah senang nak beli barang after habis kerja..haha


Mop restoran di pasaraya

Di stor cleaner

Peralatan-peralatan lebih sofistikated..haha..

4)  Jadi cashier dan tukang buat sandwich di kedai sandwich

Haha. Ini memang pengalaman. Kerja saya di sini pula ialah menjadi tukang buat sandwich. Egg Mayo Breadpack, Tuna and Cucumber Breadpack, Chargrilled Chicken Oval Bite, Prawn Mayo Baguette, Tuna Crunch dan macam-macam lagi!! Hehe..

Rasanya dah hafal cara, boleh buka kedai kat Malaysia balik nanti la.heheh..

Di sini saya lebih dapat meningktkan penguasaan bahasa inggeris saya since after habis buat sandwich saya kena jaga kaunter jadi cashier. Kena borak-borak la dengan customer. Selain sandwich ada jual donut, muffin, air , crisps dan savouries macam vegetable pasty dan chicken bake.

Attire saya di kedai jual sandwich


Gambar ni je ada..hu..gambar ruang depan takde..hu

Hakikat yang saya perolehi ialah apabila kita berada dalam suasana survival, memang sanggup buat banyak kerja untuk cari wang sampingan. Patutlah orang Indonesia, Nepal semua datang Malaysia buat apa sahaja kerja demi nak cari wang boleh dihantar ke keluarga di negara masing-masing.

Ramai rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa dan negara. Banyak perkara saya belajar dari mereka. Pengalaman ini yang akan terus saya lalui terus mendewasakan pemikiran saya dalam hidup, Saya buat semua ini demi keluarga saya agar lebih terjamin di sini. You need to do what you can do to survive.

Yang pasti, semua ini akan melengkapkan diri saya kelak apabila melapor diri untuk berkhidmat semula di Malaysia!! Salam Kemerdekaan ke-58 dari saya, Mr Mama di Reading, UK.

MOHD SHAFIQ ROZALI

Sunday 23 August 2015

My 29th Birthday : Suprised from wife, explored the National History Museum dan makan Lobster di London!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dihormati. Sudah lama betul saya tidak menulis di dalam blog ini. Semuanya kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian. Bila dah free tu kadang-kadang rasa berat betul nak menulis. So ayuh mulakan semula!

22 Ogos adalah hari lahir saya. Tahun 2015 ini saya genap berumur 29 tahun. Boleh teka kan dah tahun bila saya lahir tu?hehe..Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi di atas segala nikmat dan ujian yang diberikan sehingga ke saat ini. Saya sangat rasa bersyukur dengan segalanya.

Tahun lepas pada hari yang sama, saya jual kereta MyVi kesayangan saya di Manjung, Perak kerana tidak mahu ada sebarang komitmen hutang sebelum datang ke Reading ni. Tahun ni saya sudah bergelar Mr Mama dan sudah hampir setahun saya memegang gelaran itu..hehe. So ni nak share apa saya dapat dan lakukan sempena birthday ke 29 tahun ni.

Jumaat lepas, waktu petang seperti biasa isteri saya akan pulang dari universiti sebelum saya pula pergi bekerja. Mrs Qyla busy jumaat lepas. Stress pun ya coz baru jumpa supervisor. Macam-macam benda lagi nak kene buat. So dia call saya suruh ambil (ada kereta dah..nanti la cerita.hu) dan nak singgah rumah kawan sekejap katanya ambil barang sikit. Dalam hati saya ai barang apa pulak dah.

So dah ambil isteri dalam kereta dia kata nak ambil jamu coz kawan tu nak bagi cuba katanya. Dalam hati saya sekali lagi, mak ai jamu lak dah..biar benar isteri aku ni..haha..so layankan je la. Dah sampai tunggu jap dalam kereta, tiba-tiba isteri datang bawa kotak putih dan masuk dalam kereta sambil nyanyi lagu happy birthday!! Haha suprise!! Rupanya isteri order kek dari kawan tu (dia memang pandai buat kek..hehe), wow memang betul2 satu kejutan ni! Tengok jam dah pukul 5.10pm waktu Uk bersamaan 12.10 pagi di Malaysia, so memang saya dah umur 29 tahun la! Rasa terharu dan happy sangat. Terima kasih my lovely wife! Terus balik dan apa lagi, makan la..hehe..







Sedap kek ni. Kalau nak order boleh order dekat kawan kami di sini. Nadhirah atau lebih mesra dipanggil Nelly. Terima kasih. 

So takkan ni je kan? Ada lagi. Memang saya dah plan lama dah, birthday saya, saya akan cuti dari kerja, dan nak bawa isteri dan anak jalan ke London. Nak lawat National History Museum dan makan di restaurant Burger & Lobster. Meh saya sharekan pengalaman saya jalan-jalan cari makan ni!

Kami ke London menaiki kereta dari Reading. Bergerak seawal jam 8.30 pagi dari Reading dan sampai di London pada jam 9.15 pagi. Tak jauh London dari Reading ni. Parking memang suatu yang menyukarkan di London, satunya ianya mahal dan kita kena pandai cari yang mana paling hampir dengan tempat-tempat yang kita nak pergi. Memang sebelum nak datang London ni saya dah study mana nak parking dan berapa jauh nak jalan semua dari car park ke destinasi tujuan saya. So ingin saya cadangkan jika anda ingin ke London menaiki kereta pada hari minggu, apa kata park kereta anda di Imperial College London. Caj setiap jam ialah 3 Pound. Kira ok sangat compare dengan car park lain di London. Tu kira sangat murah dah. Dan paling seronok ianya sangat dekat dengan beberapa lokasi tarikan utama di London. Sebagai contoh, National History Museum ni betul-betul terletak di sebelah universiti tersebut. Nak ke Hyde Park dekat, nak ke Harrods dekat, nak ke museum2 lain pun dekat. Pendek kata boleh google dan lihat sendiri la.


Bakal pelajar PhD Imperial College London 2025 InsyaAllah..hehe



Dari kawasan car park di Imperial College London, kami hanya perlu berjalan kaki selama 3 minit sahaja untuk ke National History Museum. Muzium buka jam 10.30 pagi tetapi que punya panjang nak masuk. Kagum sekejap. Ni muzium ke?haha..Kerana bandingkan dengan Muzium Negara tak pernah lagi beratur..haha






Gambar-gambar di atas menunjukkan suasana beratur nak masuk muzium! Wow..

Gambar ini pula ialah gambar di hadapan muzium.












Bangunan lama yang sangat indah dari segi arkitek dan senibinanya!! Saya memang sangat kagum dan sukakan bangunan-bangunan lama yang terpelihara di United Kingdom ni. Bergambar kat luar je dah cukup seronok dan terpesona!

Ok, sekarang jom kita masuk ke dalam National History Museum London ni!!Ops lupa nak beritahu yang masuk percuma. Anda cuma perlu bayar jika nak melihat pameran-pameran khas yang diadakan oleh pihak muzium. Seperti semalam ada pameran fotografi hidupan liar. So memang kalau yang tu kena bayar. Dorang buat di luar muzium. Yang lain semuanya percuma!!


Dibahagikan kepada beberapa zone mengikut warna memudahkan pengunjung untuk melawat. Kami punya aim hanya satu!! Dinosaur!!haha..Berikut ialah gambar-gambar pameran Dinosaur dan of coz peminat no 1 Dinosaur dalam family saya iaitu Adam!!!haha

Excited gila. Nama dinosaur dia hafal tau..huhu

Rangka Stegosaurus!! 



Adam sebut elok je Stegosaurus!

WoWWW!!


Kalau naik ke atas ada pameran mengenai planet. Tetapi xdenya boleh pergi. Si kecik dah sebut come papa..TRex..haha..over there..hu yela Adam..moh kite..

Haha.so Dinosaur just stay on this level ya..no no no level lain..ai la nasib papa adam..hehe



Pakar Dinosaur tengah terangkan kat Papa dan Mama..elok pula Adam ni sebut "dinosaur fossil"..wei siapa ajar fosil2 bagai ni..hu



Adam..look!



come Mama..come..Trex over there

Super size rangka Diplodocus!! Yang ni terletak di hall yang bernama Hintze Hall. Panorama di Hintze Hall ni memang menakjubkan. Ruang legar yang luas dan design bangunan yang sangat indah!! 5 bintang la!!







Ni pic kene beratur sekali lagi untuk ke pameran dinosaur lak..ramai gila orang.

Sementara saya jadi tukang beratur..mama bawa Adam gi kedai jual barangan dinosaur..ambil !!tu dia sekor lagi Adam beli..uwaaa..berapa banyak dah kat rumah plus yang ni..





























Dia punya excited sampai tak nak berganjak dari pameran ni semua..hu..sampai nangis2 xnak pergi dari situ..hu

Pelopor-pelopor dalam misi dan kajian mencari rangka dinosaur. kawan Adam la semua ni..haha


Of course, ada banyak lagi sudut pameran lain di muzium ni..check this out!



























Buat dari buaya seekor terus beg tu..haha..ngan kepala sekali. From Africa!



Katak ada bulu kaki..haha




Gila besar la pokok ni..ni dia punya keratan rentas..pergh..Giant Sequoia's Trunk dari California, USA.. Ianya adalah pokok terbesar di dunia.









Seriously sebenarnya muzium ni sangat besar dan banyak lagi ruang galeri yang tak sempat saya pergi kerana memang niat nak bagi Adam happy coz dia minat sangat dinosaur. So kegemaran diri saya iaitu terhadap muzium ni kena la beralah. Kalau ikut hati memang setiap tempat saya nak gi, nak baca nak tangkap gambar. Tetapi itulah ayah. Bila dah ada anak, semuanya hanya untuk dia..hehe

Penat sangat tau lihat dinosaur ni. Satu lagi sebab panas. Ramai sangat orang. Better bawa air la saya cadangkan.

Selain itu, di dalam muzium juga terdapat kedai cenderamata dan juga kafe.




Jangan Adam..pegang je ya..huu..

Argh..

Kafeteria

Lapar sangat..so makan dulu

Selain dari pameran yang menarik, apa yang akan menarik perhatian anda jika berkunjung ke National History Museum ini ialah senibina bangunan muzium ini sendiri. Bangunan muzium ini dibina pada tahun 1870. Saya sungguh terpesona!! Berikut adalah gambar-gambar muzium ini sendiri! Lihat dan nilaikannya..=)





































Power kan?!! Memang rasa seronok betul pergi muzium ni. Berbaloi ditambah free pulak tu masuk. Di luar muzium kita boleh berehat bersantai bersama keluarga.








Jika anda ke London, jangan lupa masukkan di dalam jadual lawatan untuk National History Museum ok? Tip top beb!!

Ok dah habis melawat muzium, seterusnya saya ke destinasi pilihan saya seterusnya iaitu ke Restoran Burger & Lobster!! Dah lama dengar dan kawan-kawan pun dah pergi, so tiba masa untuk merasai sendiri kelazatan lobster yang diceritakan sedap sangat tu. Lagipun ni birthday, sekali sekala makan best dengan keluarga apa salahnya kan. Jom saya bawa anda!

Ok, restoran ni ada banyak cawangan. Di London sahaja ada 7 restoran ni. Pilihlah yang mana anda nak pergi. Di UK juga restoran ni ada di Bath, Cardiff dan Manchester. Kalau di luar UK ada di USA dan Sweden. Memandangkan kami sudah berada di National History Museum, maka cawangan terhampir dengan muzium dengan berjalan kaki ialah di bangunan Harvey Nichols di Knightsbridge. Hanya 20 minit berjalan kaki akan sampai ke destinasi tersebut.






Otw jalan, anda akan jumpa Harrods,Ala shopping mall famous untuk barang branded tu..mahal kot harga barang dalamnya. ribu-ribu pound..cuba convert duit malaysia..mak ai..hehe..kami masuk coz tukar pampers Adam.haha..

Ok dah tukar pampers, kami ke restoran tu terus. Ini dia!!




Haha elok pula Adam tidur..kesian la..penat main dan lari-lari dalam muzium. Kami je la nampaknya makan ni..hehe

Kami order minuman : Iced Lemon Tea dan Orange Juice.

Menu pula ialah Grilled Lobster

dan Lobster Roll. Macam sandwich tapi inti dia isi lobster..setiap hidangan ni akan dapat kentang goreng dan salad. Harga setiap satu set ialah 20 pound. Minuman pula 4.50 pound yang kami order tu.




Tu dia lobster!! Fuhhhh!! Berdebar nak makan

Bila makan je, Allah sedapnya lobster.Memang terbaik. 5 bintang kami bagi. Memang tak rugi datang sini. Sedap sangat. Isinya yang enak rasa seakan-akan ketam pun ada. Salad dia segar dan sedap dimakan dengan sos istimewa. Kentang goreng lazat. Semuanya memang A!! Layanan dari pelayan restoran juga membuatkan anda rasa seronok makan di sini. Kami perasan ada juga orang Malaysia lain dalam restoran. Orang Arab paling ramai. InsyaAllah  seafood kan halal..dimakan..=) Jika anda ke London, jangan lupa untuk makan di Restaurant Burger & Lobster!! Memang sangat berbaloi!!

Pengalaman sambut birthday ke-29 kali ni memang menyeronokkan. Syukur saya diberikan rezeki dan nikmat sebegini. Bertuah sangat rasanya. Dulu berkorban jual Myvi di hari lahir tahun lepas, tahun ni sambut birthday di London bersama keluarga. Actually ni bukanlah nak sambut birthday saya semata-mata tetapi meluangkan masa supaya stress isteri buat PhD berkurang dan minat Adam terhadap dinosaur dapat ditingkatkan lagi dengan bawa terus lihat fosil dinosaur..hehe..

Semoga anda terhibur membaca nukilan di blog saya untuk kali ni.

Jumpa lagi,,take care..

MOHD SHAFIQ BIN ROZALI
READING, UK