Tuesday 7 October 2014

Nasi Goreng Thai!!

Assalamualaikum semua, untuk tinta kali ini, izinkan saya menggunakan bahasa rojak bagi menggambarkan suasana ceria saya.

Pada petang ini hujan rintik di Reading, UK ni. Hari ini pun kami hanya makan karipap sahaja yang digoreng pagi tadi. So untuk makan malam (makan petang actually) ini, saya masak Nasi Goreng Thai untuk isteri dan anak tersayang.


Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

1) Bawang Merah - dipotong halus
2) Bawang Putih - dipotong halus
3) Carrot - potong la macam mane pun..haha
4) Cabbage - seperti di atas potongannya..hehe
5) Ikan Bilis - Nak letak daging ke apa ke boleh je
6) Telur
7) Nasi
8) Perencah Nasi Goreng Thai!!hahahahahha..mudah saje

Cara-cara memasak :

1) Tumis dahulu bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya
2) Masukkan pula ikan bilis dan goreng sehingga agak  garing
3) Masukkan carrot dan cabbage tadi dan gaulkan bersama dalam seminit
4) Masukkan pula nasi dan gaul sebati
5) Masukkan perencah nasi  goreng Thai dan gaul sebati lagi.
6) and walla!!! Masak sudah
7) Goreng pula telur mata kerbau untuk makan bersama nasi goreng tadi
8) Hias la apa lagi pastu.

Ini hasilnya masakan seorang Mr. Mama untuk isteri dan anak tercinta. Masak dengan ikhlas ok!!





Alhamdulilah habis sekejap sahaja. Sedap kan. Hehe. Memasak itu mudah sebenarnya. Dan menyeronokkan. Masaklah dengan hati yang ikhlas kerana kita memasak untuk makan. Kalau tidak untuk orang lain pun, untuk diri sendiri makan hendaklah yang terbaik. Nasi Goreng Thai dari saya Mr.Mama.

See ya..

Salam.

No comments:

Post a Comment