Saturday 18 October 2014

Siri 2 : 80 Pound? Jom shopping di ASDA

Assalamualaikum and good evening all, i would like to share about my shopping today at ASDA.

Boleh dikatakan ini adalah siri ke 2 saya mengenai pembelian barang dapur di United Kingdom. Bukanlah nak bandingkan sangat dengan Malaysia, tetapi seronok membeli belah barangan keperluan harian di UK ni. Sesiapa yang pernah kerja atau belajar di sini, pasti akan terasa perbezaannya membeli belah barangan dapur dan harian di UK ni dengan Malaysia. With certain amount of money, u will smile after you pay at the counter. In this entry, saya akan sharekan apa yang saya dapat dengan 80 pound di ASDA. Sekali lagi diingatkan tinta saya ini tidaklah boleh dibandingkan antara pound dan ringgit malaysia. Jika hendak bandingkan, anda perlu terlebih dahulu tukarkan gaji pekerja di UK dalam pound ke ringgit Malaysia dan harga barang di sini ke ringgit Malaysia. =)

Ok, buat permulaan saya perkenalkan dulu ASDA. ASDA ini adalah pusat membeli belah lebih kurang seperti TESCO dan GIANT juga kalau di Malaysia. You can imagine it rite? Ada sudut pakaian, barangan elektrik, perkakas dapur, makanan, baby dan sebagainya. Konsep itu ada je di Malaysia kan. Dulu kalau di Putrajaya, saya dan Mrs Qyla selalu membeli belah barangan keperluan harian  di AEON Big, Alamanda. Orang Putrajaya la katakan dulu. ASDA ni taglinenya ialah " Saving You Money Every Day". Setakat ni memang saya bersetuju dengan tagline tu. Kebanyakan barangannya 10% lebih murah dari pasaraya lain di UK ni. Dan kita juga boleh upload resit pembelian kat website ASDA dan  boleh dapat refund kalau kita beli belah di pasaraya lain, pasaraya tu lebih murah dari ASDA.  Yang ni di bawah tagline "10% cheaper, or we'll give you the difference, guaranteed!!" So memang ASDA menjadi pilihan ramai la. Ingat lagi pasal entry saya : 20 pound?Apa saya dapat? mengenai kedai runcit Costcutter?

 Di ASDA saya dapati ada beberapa barangan lebih murah dari Costcutter. Kalau anda semua nak tahu mengenai ASDA boleh layari laman web ini,http://www.asda.com/ ,dan sila lihat sendiri senarai barangan dan harganya. Dengan ASDA juga kita boleh buat pembelian online dan home delivery. Saya ada akaun ASDA dan dah dua (2) kali membuat pembelian online dan setakat ini saya berpuas hati dengan penghantaran barangannya. Jika barang yang kita pesan tiada, dorang akan gantikan dengan yang lain yang mungkin lebih baik dan dicaj pada harga barangan yang tiada tu. Saya pernah dapat buah strawberry yang lagi banyak coz buah strawberry yang saya nak (lebih sikit) tu stok habis. Ok cukuplah kot perkenalan ASDA, saya dah macam duta ASDA di Malaysia lak.hehe

Macam biasalah orang takde kereta, bas je la kenderaan utama. Saya, Mrs Qyla dan Adam ingin ke ASDA Lower Earley. Kami menaiki bas Claret 21 di hentian bas Pepper Lane, University of Reading. Ini boleh dikatakan pertama kali kami menaiki bas Claret 21 ni. Claret 21 ni bas dua tingkat yang satu-satunya masuk dalam kawasan universiti. Ok  just nk kongsi sedikit la kan mengenai sistem bas di Reading UK ni.  Di Reading ni, ada beberapa syarikat yang mengendalikan sistem pengangkutan bas seperti Fleetvuzz, Thames Travel, Courtney dan Readingbuses. Macam di Malaysia jugalah ada banyak syarikat bas. Yang famous kalau bas kat bandar cam Metro dan RapidKL. Saya just nak share pasal bas2 di bawah syarikat Readingbuses coz kawasan yang saya duduk kini basnya ialah bas di bawah Readingbuses.

Ada terdapat beberapa nama bas yang perlu anda ketahui untuk ke sesuatu destinasi di Reading ni dengan Readingbuses. Sebagai contoh, bas Claret 9 ialah bas yang akan melalui kawasan Shinfield Road. Saya selalu naik bas ini untuk ke bandar Reading. Manakala bas Claret 21 pula ialah connective bus untuk student universiti dan kawasan perumahan berdekatan uni untuk ke Reading Town dan juga ke Lower Earley. Ada juga bas khas hanya untuk ke Madejski Stadium iaitu stadium bagi pasukan bolasepak Reading FC. Ada lagi beberapa bas seperti Leopard 3

Bas di Reading sangat efficient dan mesra pengguna terutama yang OKU , orang tua dan juga kanak-kanak yang diletak dalam stroller. Jika ada orang wheelchair atau bawa stroller bas ini akan direndahkan sedikit sehingga separas kaki jalan oleh driver bagi memudahkan penumpang dalam keadaan tersebut naik. Bas pula Memang tepat pada masa seperti yang dijadualkan. Pernah juga lewat tetapi ketika di waktu puncak tetapi jarang sangat. Rasa sangat selamat naik bas di sini. Aish terbayang naik bas metro kat KL.huu. Ok tiket bas untuk kami bertiga pergi balik 5 pound.Berikut adalah sedikit gambar-gambar mengenai bas. Saya akan buat satu entry khas mengenai bas pada masa akan datang.

Mrs Qyla di dalam bas


Mrs Qyla di hadapan logo UOR

Hentian bas Pepper Lane UOR

Pit stop yang dipaparkan secara elektronik

Pemandu di dalam blok sendiri. So selamat takdelah kene tikam.

Tangga untuk ke tingkat atas bas

Kawasan khas untuk OKU yang guna wheelchair atau mak ayah yang bawa stroller

Bas Claret 21 Readingbuses

Dalam 10 minit kami tiba di ASDA yang dimaksudkan. Masa untuk membeli belah!

Saya bersama Adam di depan ASDA

Alrite tadi dah saya kenalkan pasal ASDA kan, mari kite tengok sikit gambar yang saya sempat snap guna hp. Sorry kali ni gambar semua guna hp so kualiti agak rendah.

Labu untuk sambut Halloween hujung Oktober ni!



Bawang Besar 5kg 2 pound



Kebetulan pula skang ni musim nak sambut Halloween, so ada banyak juga dijual costume untuk dipakai. Sorry ye saya takde la nak sambut.hehe

Untuk kanak-kanak

Costume halloween

Accessories for Halloween

Saya dah buat list dah nak beli apa. Alhamdulillah memang ikut list tu dan ini hasil tangkapan saya.

Tu dalam troli..adoi.camne nak bawa balik ni..huu
 
 
Pastu kitorang pun bayarlah. Mula-mula risau juga, berapa la kene ni. Alhamdulillah seperti yang dijangkakan. Then terfikir juga banyak ni, camne nak bawa balik? Nak naik bas ni. Nasib baik beg galas belakang, troli kecik yang gi pasar tu dan beg plastic ASDA. Ini rupanya hasil selepas susun elok-elok.

Penuh tangan dua belah dan dalam beg.huhu..berat wei. Nampak je cool.Ni pic tunggu bas nak balik.

Indahnya autumn. Ni otw jalan kaki nak balik rumah dari hentian bas

Mesti dah start yang bertanya, mana list barangnya. Apa barang dapat? Sabar, kene balik rumah kasi susun cantik2 dulu baru leh Nampak apa dapat tu. Hehe..nah ini hasilnya. Semua sekali termasuk beg ASDA yang dibeli (yang warna biru hijau gambar lalang tu) ialah 80.41 pound!! Kali ni ada resit sebagai bukti ye.

Barang-barang 80.41 pound


resit pembelian

Ok, antara barang-barang secara kasarnya ialah:

1) Nappy (pampers) ada 40 setiap 1 paket - beli 2 paket = 10 pound
2) Baby milk jenama SMA beli 2 tin  besar 900 g setiap tin = satu harga 7.50 pound
3) Ayam peha dan dada - 2 set = 5 pound
4) Buah-buah seperti berikut : Anggur merah dan hijau, buah apple, buah plum, buah limau
5) Nutella dan roti = nutella harga sini 1.25 pound je
6) Sayuran = sawi, bayam, tomato, kobis
7) Spaghetti beli 3 - setiap satu 20 pence (sen)
8) Kuali
9) Set pisau dapur
10) Ubi, bawang-bawang
11) Tepung 1 kg 45 pence (45 sen) what?!
12) Biskut variety
13) Sos spaghetti

  dan lain-lain seperti di dalam gambar dan resit

Bagi saya, 80 pound banyak ni kira ok sangat la dah kalau kira duit sini. Kalau darab duit Malaysia tak adillah kan. Kene kira duit pound juga. Gaji katakanlah 3 ribu pound sebagai seorang professional atau tak professional pun kan, kerani 1700 pound, ok sangatlah dah ni. Nasiblah bahan mentah sini murah. Barulah bernafas nak hidup dengan elaun bulanan yang isteri dapat. Tak sabar nk kerja nanti. InsyaAllah. Btw, just nak share juga, harga petrol di ASDA pada hari ini ialah 1.27 pound seliter. Harga minyak sini ikut pasaran minyak dunia. Harga minyak kini sedang jatuh, so harga pun murah.

Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. InsyaAllah akan banyak lagi perkongsian menarik yang ingin saya kongsikan pada masa akan datang. Semoga tinta ini berguna buat para pembaca yang akan bekerja atau belajar di UK terutamanya di Reading, UK.

Daa.....

SHAFIQ
Reading



No comments:

Post a Comment