Sunday 12 October 2014

Fun Fair @ Palmer Park

Assalamualaikum semua,

Apa khabar saudara mara, sahabat handai, dan pembaca sekalian?

Harapnya semua berada di dalam nikmat kesihatan Allah S.W.T. Apa yang kalian lakukan di hari Ahad ini? Pada hari ini, saya dan Mrs Qyla berpeluang membawa anak kami, Adam untuk ke "Fun Fair" di Palmer Park. Palmer Park terletak berdekatan dengan Wokingham Road, Reading. Di situ juga terdapat Palmer Stadium. Palmer Park mendapat namanya sempena Datuk Bandar Reading suatu ketika dulu iaitu George Palmer. Kami berjalan kaki sahaja ke Palmer Park. Jaraknya ialah sejauh 1.9 batu dan berjalan kaki selama 30 minit, Tidak terasa penatnya kerana suhu sejuk. Kami yang masih baru di sini, inilah masanya untuk berjalan merasakan sendiri bagaimana "Fun Fair" ala Eropah yang selalunya dilihat di kaca televisyen sahaja.


Mrs Qyla dan Adam di hadapan tugu George Palmer, Mayor of Reading yang diabadikan namanya di Palmer Park

Berikut pula adalah senario sekitar Fun Fair yang kami lawati, serupa dengan yang dilihat di filem-filem barat. Terasa di bawa ke zaman 50-60 an kerana lagu lama dipasang menggamit memori lama di Fun Fair tersebut. Terasa juga seperti ada watak badut pembunuh yang memerhati mangsa, Inilah akibatnya pengaruh filem.







































Beli gula kapas, seronok Adam pertama kali makan. Bagi saya pula berbelas tahun dah tak makan.

Bagi saya sebagai seorang bapa, seronok melihat Adam berlari ke sana ke mari disebabkan teruja pertama kali ke Fun Fair, Isteri saya juga dapat "release tension" seminggu belajar di universiti. Adam punya pasal, 8 pound habis di sini sahaja. Tidak mengapalah, dia pun asyik memerap sahaja di rumah. Inilah masanya untuk bergembira sebagai seorang kanak-kanak. Saya jua begitu semasa kecil. Tatkala ini saya teringat ayah saya yang saya panggil Aboh. Aboh selalu menggembirakan saya ketika kecil dengan membawa ke taman permainan, membeli mainan dan buku cerita. Walaupun hidup susah, tetapi sanggup melakukan apa sahaja demi anak. Falsafah itu yang saya bawa dalam hidup saya dengan syarat tidak melalaikan. InsyaAllah.

Hari Ahad yang indah buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Sekian.

SHAFIQ
Reading

No comments:

Post a Comment