Thursday 30 October 2014

Passport, London, Adam dan Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca blog From The eyes of Mr maMa. Harapnya semua berada dalam keadaan sihat ya. Kali ini tajuk tinta saya adalah Passport, London, Adam dan Aku. Ada perkataan passport, London, Adam anak saya dan juga Aku iaitu saya sendiri. Kenapa dengan passport? Apa ada di London? Apa Adam dah lakukan? Apa jadi pada diriku ini? Semuanya akan terjawab apabila anda meneruskan pembacaan entry saya ini.

Tarikh keramat 28 Oktober 2014 telah berlaku satu peristiwa ngeri dan kejam terhadap passport saya yang baharu sahaja diperbaharui pada bulan Jun 2014 untuk tempoh 5 tahun. Si pelakunya pula adalah seorang kanak-kanak comel, kecil, pantas, cekap dan pelukis hebat di Reading, UK ni. Ya, karya baginya, tetapi bagi passport saya ianya adalah satu contengan hebat pen dakwat basah warna hitam di beberapa halaman passport. Ruang tandatangan habis dicakar ayamkan oleh kanak-kanak itu sehingga tidak lagi kelihatan tandatangan pembawa passport iaitu diri saya! Siapa kanak-kanak itu? Namanya Adam, seorang penggemar lagu Itsy Bitsy Spider...

Adam, karyanya membawa dirinya bergambar di Wellington Arch, London

Mesti ramai yang akan kata "Itulah passport letak merata, tak jaga elok-elok". Saya akui salah saya juga, Tetapi alkisahnya begini. Saya keluarkan passport saya untuk membuat semakan ketika hubungi JobsCentre di sini untuk dapatkan National Insurance Number atau NI Number iaitu nombor yang diperlukan untuk kerja. Semasa call tu, siaplah buku, pen dakwat basah warna hitam dan juga passport. Kemudian tak sedar yang Adam ambil pen dan passport. Semuanya berlaku pantas, saya selepas call tu, dah lupa dah nak check balik passport ke apa..buat macam takde apa je berlaku, dan mulalah bermain dengan IPad kejap. Selepas itu, Adam panggil saya...Adam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya melihat karya agung Adam di atas karpet dan juga passport. Terkejut sangat rasa. Nervous pun ada. Karpet takpe, boleh cuci dan hilang. Saya terus hubungi kawan saya, Hajar yang bekerja di Jabatan Imigresen Johor, bagi semua pic passport saya yang kene conteng dan dalam masa sama saya bagi juga mesej High Commission Malaysia di London pasal passport saya. Nasiblah ada kawan kerja Imigresen, cepat je respon, sah saya kene buat yang baru, Hajar juga tolong roger Jabatan Imigresen Malaysia London beritahu pasal kes passport saya. High Commission pun beritahu perkara yang sama. Ya itu maksudnya saya, Adam dan Mrs Qyla akan ke London!!! Memang tak sangka akan pergi ke London, sesuatu yang tak dirancang langsung. Mungkin Adam rancang ni ye.hehe

Esoknya kami bersiap awal untuk ke London. Kami menaiki bas Claret 21 (saya pernah inform mengenai bas ini dalam entry2 sebelum ini) untuk ke Reading Station iaitu stesen keretapi Reading. Kami akan menaiki keretapi dari Reading Station ke London Paddington. Tambang keretapi ni berbeza tau. Kalau naik Peak Hour iaitu waktu puncak dari 6.30 sehingga 9.30 pagi tiket pergi balik untuk seorang dewasa dalam 40 plus pound. Tapi kalau naik off peak hanya 22.20 pound je pergi balik untuk dewasa. Tiket ni juga adalah travelling card di mana kita akan gunakannya untuk menaiki bas di London kelak. Kiranya dah kira harga tiket bus jugalah. Beza betul kan harganya. Adam free tak perlu bayar. Hebat2..hehe..dahla buat karya..free lak tu naik train..Ni gambar2 kami dari Reading Station ke London Paddington. London, here we come!!

Suasana di Reading Station







Check schedule train


Singgah kedai kat Reading Station beli air dan snack sikit. Ada buku gak dijual

Bayar di mesin layan diri..hebat


Platform

Itulah rupanya train yang akan dinaiki..bukan komuter tau..keretapi biasa

Kami naik di Platform 11

Mrs Qyla dan Adam





Rilek makan keropok

Kami naik 1st train off peak iaitu 9.34 am..ini suasana dalam train..tak dapat masuk ruang tempat duduk pun..ramai..so berdiri je la..


Akhirnya setelah 25 minit kami tiba di stesen London Paddington!!Alhamdulillah menjejak kami semula ke London. dulu sampai London just di Airport Heathrow je..


Sangat sibuk di London Paddington

Pintu masuk dan keluar station London Paddington

Selepas itu, kami bergegas dapatkan bas No 36 untuk ke High Commission Malaysia. Dari stesen Paddington ni kita kena naik bas 36 atau 436 yang akan turun di Hyde Park Corner bus stop. Dari situ jalan kaki ke Belgrave Square akan jumpalah High Commission of Malaysia. Tiket guna je travel card yang kite dapat masa beli tiket train.

Snap dari dalam bas

Dalam bas

Actually kami silap naik bas 36 ni ke arah bertentangan iaitu laluan yang tidak akan berhenti di Hyde Park Corner, so kami turun ntah kat mana haha..pastu naik balik bus 36 yang akan berhenti di Hyde Park Corner. Sampai je Hyde Park Corner kelam kabut jalan kaki ke High Commission. Actually hujan dah time ni..renyai..masa untuk submit application buat passport baru di Imigresen Malaysia London ni dari jam 9 am hingga 12 pm je..so saya sampai dah jam 11.30 pm..kelam kabut pergi kaunter.nasib sempat..prosesnya sama je cam Malaysia..yela dah nama pun Imigresen Malaysia kan..cuma saya bertuah kerana saya punya passport diconteng je.so xyah nak isi borang ke apa..just dia suh photostat IC depan belakang dan juga visa UK. Jangan risau mesin photostat ade situ..tapi setiap kali photostat 20 pence (sen) kene bayar...

Suasana di Jabatan Imigresen Malaysia London..yahoo..jumpa rakyat Malaysia


Waktu operasi 

Bendera Malaysia megah berkibar

Ada kafe..kecik je..cam bilik..leh la nak beli..kami beli nasi tomato..sedap..


Mrs Qyla pose depan papan tanda high commission of Malaysia

Bendera Malaysia dan bendera ASEAN

Suruhanjaya Tinggi Malaysia

Time kat kaunter saya tak snap pic..sorry ok..just nak bgtahu bayaran bagi buat passport baru..ganti baru cam saya..bayarannya ialah 61 pound..lebih sikit ah dari Malaysia punya bayaran..kalau Malaysia rm300 kan..ni untuk tempoh 5 tahun..Saya ditegur oleh Officer Imigresen bernama Encik Rosni yang dah tahu saya akan datang ..as i said earlier..kawan saya Hajar dari Jabatan Imigresen Johor dah roger siap2..hehe..tq..lega rasa coz passport siap hari yang sama juga iaitu 3.45pm..

So ada lagi 3 jam lagi ni nak 3.45pm..saya solat zuhur dulu di surau di High Commission..selepas itu, kami pun apa lagi..kita jalan2 la dulu jap..memandangkan malas nak naik bas dah..kami akan ke kawasan sekitar je..Yang paling dekat dari sini ialah ke Buckingham Palace Garden , Wellington Arch yang ada banyak tugu Memorial War di situ dan juga Hyde Park.kami sebenarnya hanya sempat ke Wellington Arch yang kami ingatkan Buckingham Palace Garden dan juga kami sempat juga ke Hyde Park....sejuk di London ni dari Reading..berasap bila bercakap..haha..seronok je sejuk2..plus lak hujan baru berhenti..tapi still mendunng ah...ok di bawah ni ialah sekitar di Wellington Arch

Tugu Sir Robert Crosvenor, First Marquess of Westminter


kawasan sekitar Belgrave Square..ni kawasan semua kedutaan negara-negara boleh kata


basikal untuk disewa..masuk je duit..Reading pun ada

London busy lah..yela ibu kota kan..memang busy la..




Dalam terowong bawah tanah untuk ke seberang jalan..dorang lukis dengan lukisan sejarah2 London




Ni semua di Wellington Arch




















Ecece Adam..hehe






Happy Adam!!















Malaya tu!!!










Selepas dah puas snap2 pic ulang2 di Wellington Arch kami bergerak ke Hyde Park..seberang jalan je..ni pic2 nya..








tandas tu..cantik..hu




 The Serpentine Lake..banyak burung2




Bagi burung makan..seronok betul Adam











No dog please..




Suasana dala Serpentine bar & kitchen


Lepas keluar je beli air..alamak hujan lak dah..hu..kene pakai payung..mana nak pergi ya..hasratnya nak ke Malaysian Hall..nak makan..tapi aduhai..satu hal lagi..tak faham lagi sistem bus sini camne..bus mane pergi semua..tak jumpa lak bus yang akan ke Malaysian Hall..frust la..hujan lak lagi..masa makin berjalan..so kami just jalan je sekitar situ..ni gambar2nya..


Perasan tak ada imej Monalisa???eh mane datang ni..

bangunan kat London memang bersejarah..cantik2..even kat Reading pun sama..memang UK jaga


kedai jual barangan lama dan antik..mesti mahal ni..

Pig!!


We are Ferrari enthusiasts!!!

Lawanya

Ada Cimb bank la

Selepas itu jam 3 kami berpatah balik ke High Commission Malaysia coz 3.45pm kene ambil dah passport..lagipun nak solat Asar kat situ..Asar awal skang..2 lebih dah Asar.



Setel urusan di High Commission dalam jam 4pm..time tu cuaca dah mula nak senja..skang ni jam 5pm di UK dah gelap ya..huu..saya macam tak nak frust..saya cakap kita kene makan juga kat mana2 yang best..saya sempat borak dengan Malaysian di High Embassy mane makan best..die cadangkan saya ke restoran Tukdin iaitu restoran Melayu yang tak jauh dari Paddington station..so masa untuk bergerak ke sana!! Ni lagi satu hal..dekat 40 minit cari bus stop yang akan menuju ke Paddington..coz bajet macam semua bus akan ke situ..rupanya tak..memang bus 36 atau 436 je yang akan ke sana..so pusing2 akhirnay jumpa juga bus stop yang ade bus 436 yang akan ke station Paddington.





Bus 436!!


Sian Adam sampai tertidur..penat sangat dia..tu cover dari hujan..basah..

Dalam bas menuju Paddington

Traffic jam!!


Restoran Arab..actually memang ramai betul orang Arab sini..plus dorang pun banyak business kedai makan dan runcit..memang Arab komuniti dia ramai di London




Setibanya di Paddington kami begerak ke arah Craven Road dalam 400 meter dari Paddington di mana terletaknya restoran Tukdin..penat beb jalan..coz dah penat kan.kaki pun dah sakit..akhirnya sampai juga di restoran Tukdin!!!



menu semua di dalam bahasa malaysia..proud to be Malaysian!!!

Restoran Tukdin dibuka tahun 2009




Mrs Qyla penat dah..Adam masih tido

Adam dah nak bangun nampak

Mrs Qyla order Sirap bandung..saya lak teh ais..rindu malaysia oi!!
Adam hirup sampai nak habis air..penat tu..sian dia..

Ni je tinggal pastu..hu

Sementara tunggu makanan siap..makan biskut yang dibawa

Alhamdulillah Nasi lemak Tukdin dan juga ketiaw goreng sudah mari..nyum2..



Memang terbaik rasanya..bagi saya nasi lemak boleh la..tapi ketiaw goreng memang terbaik!!harga kat sini bagi saya sederhana lak..harga die letak harga Malaysia.tapi bayar pound..faham tak!!haha..maksud saya..die letak sepinggan nasi lemak tu 7.90 pound..bajet cam rm7.90 ah..hu..kalau orang sini rasa murah la..tapi cam kami still rasa ni mahal..tapi rindu punya pasal beb..Alhamdulillah kenyang..masa untuk balik!!!penat sangat

Kami naik train ke Reading di Platform 10 pada jam 6.05 pm dan tiba di Reading pada jam 6.30pm..penat gila..dah sampai Reading station..ambil bas Claret 21 ke area rumah..jalan lagi pastu..memang sakit betul kaki rasa..actually kaki saya memang sakit malam sebelumnya..hu..tu lagi rasa teruk..balik memang rest je la..

Pengalaman ini memang takkan saya lupakan..:

1) As bapa anak kita mungkin buat salah conteng passport dan sebabkan kita terpaksa keluar duit nak buat baru semua,,tetapi bila difikirkan ni salah saya juga coz tak jaga..budak kecik mana dia faham..mungkin ni juga kifarah buat saya kan..melayang duit banyak sekaligus!!huu

2) Janganlah marah anak tak tentu pasal kalau memang salah kita pun..

3) Hikmahnya kami semua dapat juga ke London..faham dah sistem train..faham dah sistem bus di London.tahu dah sket2 pasal London kan..hehe

4) Adam saya Mrs Qyla semua happy..rasa bertuah..at least rasa gembira Adam happy..sian dia dah lama tak berjalan kan..dulu kat Malaysia ada kereta..boleh ke mana2 nak jalan2..Perak la..Ikea la..zoo la..macam2 la lagi..

5) London memang bandaraya yang sibuk.kami sangat rasa bersyukur duduk di Reading...tenang je rasa..jalan pun tak sesak cam London..lagi mudah..bandar die pun kecil..so leh jalan kaki je gi semua tempat..

6) Skang UK Sejuk!!!!

Itulah dia tinta saya mengenai Passport, London, Adam dan Aku!!! Sebuah catatan yang bermakna..

Daa...

SHAFIQ
Reading

No comments:

Post a Comment