Thursday 27 November 2014

Vue Cinema @ Reading : Sahabat, Mengopi, Interstellar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca yang saya hormati sekalian.

Apa khabar semua?Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera ya. Saya nak tanya saudara saudari di luar sana tu, sudah menonton filem Interstellar? Ala, cerita sci-fi arahan Christopher Nolan yang memang terkenal dengan filem-filem berunsurkan sains fiksyen tu. Jika belum, cubalah tonton, jika anda memang sukakan teori Newton mengenai relativiti, graviti semua tu memang sesuai sangatlah. Saya yang biasa-biasa je orangnya ini rasa blur sekejap bila cerita tu tamat. Keluar wayang tak tahu nak cakap apa..haha..parah parah..

Sebenarnya saya bukanlah mahu membuat sinopsis mengenai cerita tersebut dengan lanjut semoga anda di luar sana yang kurang faham jadi faham. Saya sendiri pun kurang faham, haha. Untuk entry kali ini, saya hendak berkongsi dengan para pembaca mengenai pengalaman saya menonton film Interstellar di pawagam di Reading, UK ini. Boleh dikatakan juga sebagai pengalaman pertama menonton di pawagam UK buat diri saya. Dan film pertama ditonton adalah naskah yang berat untuk masyarakat marhaen seperti saya yang sejak sekolah tidak gemarkan matapelajaran Fizik..haha..kita layan je der..

Pada malam semalam yakni malam hari Rabu, saya dan lima (5) lagi rakan-rakan Malaysian di Reading ini telah berkesempatan menonton film Interstellar di Vue Cinema, Reading, Kami menonton pada malam hari yang dingin iaitu bermula jam 9.15 malam. Actually, hubungan kaum Adam di Reading ini memang rapat, kami aktif dengan group WhatsApp yang digelar Kaum Lelaki Reading dan kini diubah menjadi Sembang Kopi Reading. Hal ini kerana, kami selalu bertemu melalui aktiviti riadah seperti bermain badminton, bola sepak, selepas solat Jumaat, dan aktiviti paling digemari iaitu "Mengopi". Untuk makluman anda, istilah Mengopi ini datang dari sahabat bernama Hasbullah yang kami panggil Pak Lah. Bak kata Pak Lah, Badminton No 2, Mengopi No 1..haha..

Berbalik semula kepada aktiviti wayang kami semalam, disebabkan komitmen sahabat-sahabat lain, hanya kami berenam sahaja yang pergi menonton cerita Interstellar. Yang lain ada aktiviti badminton dan sibuk dengan pelajaran masing-masing. Idea menonton wayang ini pula datang dari sahabat bernama Atif, seorang pelajar Phd di dalam bidang Psikologi. Tiket wayang untuk Adult Standard Seat harganya adalah 9.7 pound. Jika anda pelajar harganya lebih murah sedikit. Tiket wayang kami berenam telah ditempah secara online oleh sahabat kami Fadzil, seorang pelajar PhD di dalam bidang Kaji Cuaca. Nampak tak tu, dua-dua Mastermind ni student Phd, sesuai la upgrade lagi tahap minda yang dah hebat dengan bahan santai Interstellar..haha..cam kami yang lain ni semua Mr.Mama ni..hebat juga..jaga anak kot..haha..so kene upgrade minda ke tahap seorang saintis fizik..jom kite gi town..yeah..hehe..

So kami pergi dengan dua kereta. Kereta Pak Lah, saya dan juga Mizi naik. Kereta Atif pula dinaiki oleh Fadzil dan Hairi. Mizi dan Hairi adalah Mr Mama seperti saya juga. Isteri Mizi pelajar Phd di dalam bidang Psikologi manakala Hairi isterinya adalah pelajar Phd di dalam bidang Perhutanan. Saya pula Mrs Qyla student Phd Sains Makanan begitu juga isteri Pak Lah. Jom kita lihat aksi-aksi kami semalam melalui gambar. Maaf gambar tidak cantik kerana hanya menggunakan kamera handphone.



Di dalam kereta Pak Lah. Kami gerak awal. 8.15 ke Vue Cinema. Vue Cinema ini terletak di RiverSide sebelah Mall Oracle yang saya pernah beritahu dahulu.

Dalam kereta Pak Lah.

The Riverside Car Park. Kene caj 3 pound semalam.

Dah park. Pak Lah dan Mizi.






Keluar dari Riverside Car Park.

Pokok Krismas. Yela Krismas nak dekat kan

Di sepanjang laluan Riverside. Boleh nampak Vue Cinema tu


Restoran di atas sungai.

Oracle di seberang sungai

Inilah dia Vue. Pawagam di Reading.

Bergambar kenangan. Dari kiri : Hairi, Atif, Pak Lah dan Mizi

di lobi bangunan Vue

Di Kiosk tiket

Fadzil sedang mengedarkan tiket masing-masing

Yeah. Kami ada tiket Interstellar. Dari kiri : Hairi, Atif, Pak Lah, Mizi dan Fadzil

Sungai..

Penulis blog..haha..saya la..


Restoran Tampopo..ingat nak mengopi sini sebelum masuk wayang..tapi tak jadi..

Kami nak mengopi..hehe..tapi saya tak beli pun..

Atif dan Mizi

Pak Lah memang raja Mengopi..hehe..die duk pilih apa nak order..Fadzil pun

Hairi dan Atif

Mizi

Bergambar kenangan lagi ..hehe..ok dah mengopi..jom kite masuk wayang..

Escalator ke pawagam..lobi tiket tadi aras bawah

Atas ni cam Malaysia la..wayang mesti ada jual2 makanan kan..



Beli keropok dan air je..hehe..

Orait..jom kite masuk wayang!!!


Keadaan di sekitar pintu masuk ruang-ruang cinema..

Dewan no 9..malam ini Interstellar di sini..

Yeah..dah masuk wayang..

Semua dah ambil port masing-masing


Ini semua adalah iklan-iklan yang saya snap..

Iklan

Iklan

iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan..phew..iklan saje 30 minit bang..haha..9.45 baru start citenya..adeh..so kene fokus..hehe..

Ok..ni adalah babak film Interstellar

Don not go  gentle into that good night..

Ok dah habis..ni ialah reaksi...haha..blur bang..blur..haha



SO jom balik tido..kene rest otak ni..haha

Sedikit la kan saya nak rumuskan mengenai cerita Interstellar ni mengikut pemahaman saya sendiri. Ini juga dibantu dengan review cerita ini di internet dan siap belajar lagi apa itu konsep wormhole secara fiziknya..tengok penerangan kat youtube lagi..hehe..semuanya berkisarkan teori sains fizik..patutlah berat ceritanya..huu

Interstellar ialah kisah di mana bumi mengalami masalah tanaman yang dilanda oleh ribut debu. Hero cerita ini bernama Cooper yang merupakan bekas pilot NASA adalah petani yang mengalami masalah ini. Anaknya Murph adalah seorang yang percayakan bahawa terdapat "Ghost" yang memberikan petanda melalui buku yang dijatuhkan di dalam biliknya. So secara tak sengaja pada suatu hari, tingkap bilik anaknya ini tidak ditutup, dan ketika ribut debu datang secara tak sengaja telah membentuk satu kod yang membawa anak beranak ini ke suatu lokasi rahsia NASA. Dari sinilah bermula segalanya. Akibat masalah tanaman yang berlaku, manusia ditakuti akan pupus, so NASA di bawah Professor Brand rancang satu projek untuk memindahkan manusia melalui worm hole ke planet lain yang boleh didiami. Tetapi sebelum nak pindahkan manusia , kenalah cari planet mana yang sesuai untuk didiami kan? Jadi dorang hantar la sepasukan astronaut dan pilotnya ialah Cooper untuk merentasi wormhole ke dimensi lain yang dipercayai mempunyai planet yang sesuai ciri-cirinya untuk didiami manusia. Melalui rentasan masa dan graviti juga di dalam wormhole inilah Cooper merentasi masa ke masa lampau di mana "Ghost" yang dipercayai oleh anaknya ketika kecil ialah Cooper sendiri sebenarnya. Semuanya ini adalah berkonsepkan teori fizik. Nak tahu lebih lanjut anda bolehlah tonton sendiri ya.hehe..pening kot nk cerita panjang-panjang..

Jap, tetapi sebelum itu wormhole ialah satu terowong dimensi masa yang membolehkan pergerakan objek secara pantas dari satu galaksi ke galaksi lainnya. Teori wormhole ini didokong oleh teori relativiti Einstein. Kalau fikir pun yela..nak pindah ke planet lain pun ambil masa beribu tahun or juta tahun cahaya kan..so dalam cerita ini kiranya melalui wormhole ni sekejap je la nak pindah nanti..

Kalau dikaitkan dengan Islam, saya tertarik dengan teori-teori sains ini yang menuntut kita mempercayai akan kuasa Allah..percayakan alam ghaib yang kita sendiri memang tak nampak..tapi itu benar..Pergerakan pantas merentas masa dan galaksi..Rasulullah SAW di dalam peristiwa Israk Mikraj juga melakukannya hanya dalam satu malam dengan izin Allah. Rasulullah diperlihatkan Allah akan peristiwa di alam akhirat kelak apakah bentuk hukuman yang bakal diterima umatNya yang melakukan dosa..Jadi semua ini kita hendaklah mempercayai bahawa Allah SWT sahajalah Yang Maha Kuasa ke atas sesuatu. Teori Sains manusia memang tidak terjangkau dan sehingga kini masih belum dapat dipastikan. Semua hanyalah teori.

So, kepada anda semua yang berminat nak tengok film Interstellar ni silakanlah ya.hehe..baca dulu sinopsis la kalau nak cepat faham..tapi kalau anda memang hebat..senang je nak faham..

Ini sahajalah perkongsian pengalaman saya menonton film Interstellar di Vue Cinema, Reading semalam. Kepada rakan-rakan Pak Lah, Mizi, Atif, Hairi dan Fadzil..terima kasih banyak ya..kepada rakan-rakan yang lain..takpe..nanti free kita buat trip rombongan lagi ok..Semoga ukhuwah kita di sini terus utuh mesra..Amin..

Take care semua para pembaca...

SHAFIQ
READING