Today saya nak share semalam punya kisah di sini.
Semalam hari Ahad, saya dan rakan-rakan lelaki Malaysia yang lain telah berpakat untuk beriadah. Perancangan ini dibuat sehari sebelum melalui group Whatsapp lelaki Reading. Seminggu berada di rumah menjaga anak dan juga belajar di universiti semestinya stress itu serba sedikit ada dalam diri masing-masing. So, Ahad semalam digunakan untuk bermain badminton di Sports Park University of Reading. Ini juga boleh dikatakan sesi berbual mesra antara kami para lelaki macho Reading, =). Bolehlah saya berkenalan dengan rakan-rakan baharu samada dari Malaysia mahupun rakyat tempatan. Semalam juga kali pertama saya bermain badminton di sini.
Maaf gambar terbalik. Ihsan dari group whatsapp
Actually ikutkan saya plan nak bantu isteri untuk masak roasted chicken semalam, tetapi setelah diberi lampu hijau oleh isteri, aksi sukan mesti diteruskan, So, Mrs Qyla yang akan buat semuanya sorang. Saya rasa serba salah juga, tetapi biarlah kan, nak rasa suprise camne la rupa roasted chicken yang akan dihasilkan nanti. Saya bantu juga la untuk sesi perap ayam malam sebelumnya.
Berbalik semula kepada kisah badminton saya di Sportspark, saya dan rakan-rakan lain bertemu di Sports Park university pada jam 10.45 pagi. Untuk pengetahuan, untuk bersukan di Sports Park, pengunjung samada pelajar universiti atau rakyat tempatan perlu tahu sesi-sesi sukan tertentu yang ingin disertai. Untuk badminton, pihak Sportspark ada menyediakan slot yang dinamakan sebagai "No Strings badminton" iaitu sesi di mana kita just boleh walk in main. Sesi ini juga bertujuan sebagai satu medium sosial untuk kite berkenal-kenalan. So untuk hari Ahad, sesi No Strings Badminton ialah pada jam 10.45am sehingga 12.45pm. Nak main pula bukan free camtu je, kene bayar, sekali masuk perlu bayar 3.70 pound untuk non member. Kalau nak murah masuk, kenelah daftar dulu sebagai member. Terasa di hati teruja untuk bermain badminton kerana sudah lama tidak bersukan dan bermain badminton. Badan pun terasa berat je. Raket takde pun, so kene lah buat muka tak malu pinjam dulu dari rakan-rakan yang ada raket lebih.
Seusai sahaja memasuki dewan badminton, kelihatan sudah ramai pengunjung yang hadir untuk bermain badminton. Rupanya ramai juga mat saleh ni yang minat main badminton. Yela, sebagaimana yang kita ketahui sukan yang popular di UK ni mestilah bola sepak kan. Tapi cam hari ni, yang datang main ni just suka-suka je, bukannya yang power-power, so rasa tiada lah tekanan.
Masuk je dalam ni, resit bayaran kita tadi kene diserahkan kepada sport coordinator dalam gelanggang, Sport coordinator berperanan untuk mengatur perlawanan agar semua dapat peluang bermain. Disebabkan saya pertama kali datang, so saya digelar sebagai Guest semalam iaitu Guest 3. Kalau dah biasa datang, kita akan ada nama. Nama maksud saya ialah nama yang ditulis di atas pengepit baju. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan,
Next time kalau main dah akan ada nama la, coz dah bagi details pada sport coordinator, hehe. With this method kite bolehlah berkenalan antara satu sama lain coz kite akan dicampur2 beregu tu.
Saya dapat bermain sebanyak 5 game semalam, best, bukan setakat bermain dengan rakyat Malaysia sahaja tetapi bermain bersama dengan rakyat tempatan di sini. Happy rasa.
Selepas bermain kami lepak di kafe di Sportspark untuk sesi chat bersama rakan-rakan. Banyak juga info yang saya dapat. Bagi saya aktiviti seperti ini perlu untuk bertukar-tukar pendapat dan idea memandangkan kami di sini minoriti. So lebih baik kita rapat, senang pape jadi boleh jugalah minta tolong kan. Dalam jam 1.45 pm kami semua pun pulang ke rumah masing-masing. Bawah ni gambar kitorang chat.
Sampai je di rumah, saya memang tak sabar nak lihat hasil tangan Mrs Qyla iaitu Roasted Chicken tu..nak tengok sangat..lapar kot..dan ini hasilnya!!Memang suprise betul..power..Tak sabarnya nak makan!! Dihidang pula dengan cicahan air asam dan sambal kicap dan nasi kurma. Ada juga jagung rebus!!Tq Mrs Qyla sayang. Ni duk menulis ni pun teringat rasanya lagi. Lazat sangat Alhamdulillah.
Bahan-bahan Roasted Chicken
1) Ayam seekor, kami guna baby chicken yang berharga 2.25 pound seekor di Costcutter
2) Sos marinate bbq untuk ayam
3) Sos cili
4) Kicap
5) Margerin
6) Sedikit gula secukup rasa
7) Setengah inci halia dihiris
8) Dua ulas bawang putih dihiris
9) Bawang besar setengah biji besar diulas
Cara-caranya :
1) Campur sos marinate bbq, sos cili, kicap, dan gula secukup rasa di dalam satu bekas.
2) Kemudian masukkan seekor ayam tadi dan gaulkan sebati. Kemudian perapkan semalaman
4) Kini, tiba masa untuk ayam tersebut dibakar di dalam oven. Kami masukkan juga ubi kentang yang dipotong ke dalam ayam dan keliling sebagai tambahan. Sapukan juga margerine ke atas ayam.
Ok itu sahaja saya nak sharekan buat kali ni. Suprise dari isteri tersayang. =)
Daaa....
SHAFIQ
Reading
No comments:
Post a Comment