Nampaknya saya semakin mendapat galakan dari ahli keluarga di Malaysia dan rakan-rakan untuk menulis di blog kesayangan saya ini.Ada juga rakan yang minta saya share camne nk dapatkan rumah sewa di sini, bagaimana dengan sistem bas yang dikatakan cekap, insyaAllah akan saya kongsikan bersama anda. Tunggu ya. I do appreciate it!
Ok kali ni saya nk berkongsi dengan anda semua cara memasak Nasi Kurma dan Ayam Kurkar. Alhamdulillah sedap rasanya. Actually saya dapat resepi ini juga melalui blog lain tetapi saya punya masakan pula adalah berdasarkan bahan yang terhad dan mudah. Today, Mrs Qyla bawa bekal ke universiti nasi kurma dan ayam kurkar ni termasuk papadom. Siap masuk dalam FB dah Mrs Qyla ni.hehe..ni die rupanya nasi kurma dan ayam kurkar tu
Nampak lazat kan?Memang lazat pun. Ok tak mahu banyak cerita. Berikut adalah bahan-bahan untuk membuat Nasi Kurma dan Ayam Kurkar.
Bahan-bahan Nasi Kurma:
1) Beras, kalau basmathi lagi power
2) Rempah ratus 4 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
3) 2 sudu besar Serbuk kurma
4) 2 ulas Bawang putih dihiris
5) 1 ulas Bawang merah dihilis
6) Halia 1/2 inci dihiris
7)Pati Ayam secukup rasa
8) 2 sudu besar mentega
How to cook it? begini caranya:
1) Panaskan mentega di dalam rice cooker terus. Tumiskan bawang-bawang tadi dan rempah empat sekawan sampai la naik baunya
2) Pastu letakkan serbuk kurma tadi (bancuh dulu dengan air) dan tumis sehingga pecah minyak.
3) Kemudian, masukkan beras dan air secukupnya. Tambah juga pati ayam dan juga garam secukup rasa. After dah agak macam mix bahan2 ni semua, bolehlah masak nasi tadi guna cookernya.
and walla!!! ini hasilnya kelak, Nasi Kurma!!!yummy
Ok, sekarang kita lihat pula cara-cara nak sediakan lauk untuk nasi kurma iaitu...Ayam Kurkar. Agak-agaknya la kan, kenapa ya dipanggil kurkar? Kalau handal cuba teka?hehe.
Bahan-bahan Ayam Kurkar:
1) Ayam 6 ketul (nak banyak tambah je)
2) Santan kelapa (saya guna serbuk)
3) Rempah ratus 4 sekawan
4) 5 sudu besar serbuk kurma
5) 2 sudu besar serbuk kari ayam
6) Bawang putih dihiris
7) Bawang besar dihiris
8) Halia 1/2 inci
9) Ubi kentang 6 biji (saya guna yang kecil, so tak potong)
10) Sos cili
How to cook it?
1) First of all, kita kena hasilkan apa orang kata pes rempah. Ok, saya punya pes rempah caranya senang je. Campurkan sekali rempah kari, serbuk kurma dan sos cili secukupnya dan gaul bersama air. Tu je..senang kan.
2) Panaskan minyak. Masukkan bawang-bawang tadi, halia sehingga wangi. Tumis sehingga wangi.
3) Kemudian masukkan pula pes rempah yang kite hasilkan tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
4) Masukkan ayam dan juga ubi kentang. Gaulkan sekejap dalam 2 minit
5) Masukkan pula serbuk santan tadi yang telah dibancuh dengan air. Kemudian tambah sedikit air dan garam secukup rasa.
6) Biarkan sehingga menggelegak. Siap!!! Senang je..
Ok..apa itu kurkar?? Kurkar itu campuran perkataan antara kurma dan kari? Rasa ayam kurka ni pekat. Mix antara kari dan kurma. Dimakan pula dengan nasi kurma. Pergh lazat. Saya juga goreng papadom untuk tambahkan lagi selera.
Ok daaa...
Shafiq
Reading
No comments:
Post a Comment