Assalamualaikum dan salam sejahtera semua? Whats up mate?hehe..konon UK ah kan. Today nak share lagi mengenai resepi yang saya baru buat juga. Pagi Jumaat yang indah penghulu segala hari ni, saya dan isteri saya, Mrs Qyla masak Garlic Bread dan juga Wedges sebagai sarapan. Bosan dah nak kena masak spaghetti dan nasi goreng, haha. Dihidang pula bersama sosej ditambah pula mayonis, sos dan secawan milo. MasyaAllah, sedap.
Alhamdulillah, cara nak menyediakan Garlic Bread dan juga Wedges ini teramat mudah. Bahannya juga tidak banyak, ringkas dan cepat. Di sini ingin saya kongsikan cara menyediakannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Untuk masak garlic bread:
1) Butter
2) Garam
3) Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
4) Roti yang dipotong segi empat tepat (boleh guna roti Gardenia)
Cara-caranya:
1) Tumbuk 2 ulas bawang putih
2) Masukkan garam secukup rasa dan 2 sudu butter bersama bawang putih yang telah ditumbuk tadi dan gaulkan sebati dengan sudu
3) Sapu roti dengan adunan sebati tadi
4) Kemudian bakar roti tadi dengan menggunakan oven selama 15 minit. Siap!!!
Senang sangat kan?=)
Ok, now we proceed to the step in preparing the wedges. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1) 5 Ubi kentang dipotong dua (kulit tidak perlu buang, cuci dengan bersih)
2) Kemudian rebus ubi kentang biar agak lembut. Tambah sedikit garam semasa rebus.
3) Kemudian sejukkan ubi kentang. Cuci dengan air dan kemudian potong mengikut bentuk wedges seperti yang biasa kita lihat. Nk sebut bentuk apa pun tak tahu.haha
4) After that, masukkan tepung dan rempah goreng serbaguna seri aji dan gaulkan sebati.
5) Selepas itu bolehlah goreng. Sangat mudah kan. Senang sangat!!
Saya juga masak sosej sebagai tambahan. Letak mayonis dan sos cili. Buat pula air milo panas di waktu pagi yang sejuk2 begini. Ini hasilnya!!!
Alhamdulillah naik selera makan. Barulah western kan.hehe..Tidak kira la orang nak kata saya suka makan western ke, tetapi inilah yang boleh saya manfaatkan ubi kentang yang ada. Ingat tak saya pernah share dalam entry : 20 pound? Apa saya dapat? kan murah ubi kentang saya beli. Jangan sia-siakan ubi.haha.
Cubalah ya. Sangat mudah dan ringkas. Tak perlulah nak beli wedges kat KFC sedangkan kita sendiri boleh buat di rumah. Lebih jimat, dan kita yakin kebersihannya.
Selamat mencuba!! Daaaa
SHAFIQ
Reading
No comments:
Post a Comment