Tuesday 2 December 2014

Reading Part 5 : Ronda-ronda bandar Reading bersama tetamu dari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah seminggu saya tidak menulis di dalam blog saya ini. Kebelakangan ini saya sedikit sibuk mengendalikan hal rumah tangga. Isteri saya juga sudah memulakan preliminary work project Phdnya..so malam pun balik kena study. Di siang hari sukar untuk saya menulis blog kerana komitmen terhadap keluarga..jaga anak..masak..bermain dengan anak..kemas rumah..seperti biasalah kan. Tugasan seorang Mr.Mama. So, petang ini..petang ke?Jam 6 pm tapi 4.30 pm tadi dah malam..hu..still tak tahu nak gelarkan waktu ini petang or malam, inilah masanya kita menulis blog. Mrs Qyla tak bawa laptop dia dan Adam sedang tidur. Mari menulis!!!

Baiklah, untuk tinta kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang pengalaman saya menerima tetamu dari Malaysia di sini. Saya bawa mereka ronda-ronda di bandar Reading dan kebetulan ketika mereka hadir, baru sahaja di bandar Reading bermulanya Christmas Market. So, kali ini seperti biasa blog saya ini, akan saya kongsikan pengalaman saya melalui gambar-gambar yang saya snap. Siapa tetamu itu ya? Mereka ialah sahabat satu batch lantikan PTD dengan saya iaitu saudara Jevaratnam dan ibunya auntie Regina. Sahabat saya ini dikenali dengan panggilan Jeva sahaja. Beliau datang ke UK ini kerana mengikuti kursus pengurusan di bandar London. Memandangkan beliau dan ibunya hanya akan check in hotel yang sudah ditempah kerajaan pada Ahad 30 November 2014 dan mereka pula hadir sehari awal, saya dengan lapang dada dan sangat gembira mempelawa mereka untuk datang ke bandar Reading ini menginap di kediaman saya. Perasaan kami rakyat Malaysia yang berada di UK ini memang akan rasa excited untuk menerima rakan taulan dan saudara mara untuk bersama-sama merasai keindahan negara ini. Bolehlah borak-borak dengan Jeva dan ibunya nanti. Jeva ni memang dikenali dengan ramahnya. So hari yang dinanti-nanti pun tiba. Sabtu 29 Nov 2014, lebih kurang jam 8 lebih tak silap saya, Jeva dan ibunya sampai di hadapan rumah dengan menaiki teksi syarikat Yellow car ( www.yellcar.com ) dari Airport Heathrow London. London dan Reading tidaklah jauh. Jika menaiki tren, 25 minit. Jika menaiki kereta tanpa kesesakan jalan raya, 30 minit sudah sampai ke sini. Berdebar pulak rasa,..haha..pertamanya dah lama kot tak jumpa Jeva ni..pastu kali ini ibunya pun ada sekali, dan tambahan pulak inilah kali pertama rumah kami di sini menerima tetamu untuk bermalam.

Sesampainya Jeva dan makcik Regina..kemesraan itu cepat sahaja terjalin. Kami menjamu mereka dengan sarapan pagi. Baru la tahu rupanya Jeva ni tak makan nasi!!Haha..Jeva Jeva..makan la nasi wei..hehe..Makcik Regina sangat peramah..boleh cakap Perak..mereka ni pun asal memang Perak. So orang Perak berkumpul. Mesti tadi ingat Jevaratnam muka seperti orang India yang anda tahu kan. Sebenarnya Jeva adalah apa orang panggil as Chindian. Kaum Cina plus India. Ibunya iaitu Mak cik Regina adalah berketurunan Cina yang telah diberikan kepada keluarga India semasa kecil lagi. Justeru itu fahaman dan kebudayaan mereka adalah mengikut tradisi kaum India. Jeva ni boleh berbahasa Tamil dan Mandarin tau..hebat hebat..disebabkan itulah tugasannya kini sebagai PTD juga di sebuah unit penting dalam kerajaan. Rahsia ok!!hehe..Jeva ni kalau bercakap memang kuat..haha..sorry beb..haha..tapi kelakar tau..hehe..sempoi sangat mereka anak beranak..lucu rasa hati melihatnya. Melihat Makcik Regina teringat Ma di kampung. Ibu saya juga peramah dan kelakar seperti Makcik Regina ni. Ok selepas dah sarapan..mereka bersiap dan kami pun bersiap..saya nak bawa dorang berjalan dahulu di Reading ni..Rugilah kalau dah datang tak berjalan kan. So Jeva dan Makcik Regina followlah kami naik bus dan jalan kaki. Sorry ya if penat..kami tiada kereta..hu..

Mesti semua dah tak sabar nak tahu camne la Jeva ni kan..ok jom kita sama-sama ikut Jeva dan Makcik Regina ronda-ronda Reading..zazzzz...


Inilah dia..sahabatku Jevaratnam dan ibunya yang peramah Makcik Regina!!!

Bergambar bersama di town Reading.





Ada sekumpulan warga emas dalam pancaragam..


Berbakat!!

Ibu dan anak saling menyanyagi..

Kami sekeluarga




Cantik la pose ni..hehe

Ada orang nyanyi la.sedap kot suaranya


Ada Red Indian jual barang-barang dorang..Red Indian mane tak tahu la kan.hu

Adam pun ade beli bende dorang ni..huu..


Jeva kene seksa tolak stroller Adam..haha

Kami bawa dorang masuk Broad Street Mall..ada Santa Claus la!!hehe..excited lak.

Ho Ho Ho!!


Comel kan budak perempuan tu..rasa tak macam pernah tengok scene ni dalam drama or film barat??hehe



Sebiji wei pakcik yang pakai kostum Santa Claus ni..suara gaya memang sama...

happy betul Mrs Qyla..

Pastu kami jalan lagi..ni pasar jual buah-buahan..







Church ni..


Depan area church ni jumpa Syuhana..sedang HLP..PTD juga seperti saya dan Jeva..Rumah beliau di bandar ini..so senang..hu..bestla..


Sedang menghayati senibina gereja lama ini..memang bertahan betul..


Hu..pastu jalan lagi nampak bende alah ni..aiyo..confirm la kene main kan..Tq uncle Jeva yang anggap diri dia abang coz belanja Adam main..

Adam

Adam lagi

Lagi Adam




ok puas tak dah Adam?hehe

Pastu dah jalan jalan kami ajak mereka berdua makan KFC lak..haha..makan KFC di UK ok la kan..lain kot KFC sini..





After makan jalan lagi..ni dalam The Oracle shopping complex yang pernah saya beritahu sebelum2 ini





Handmade Solid Chocolate..bentuk kunci..hu..alat2 besi yang lain pun ade

Limau..kayu manis yang dikeringkan dijadikan pewangi








Kami keluar Oracle..nak bagi jalan2 tepi sungai lak..Riverside



































Adam main kejar2 burung..hu


Reading Town Hall




Pastu kami jalan2 di Reading Christmas Food & Craft Fair..ini rupanya Christmas Marketnya..Ada pelbagai bahan kraf dan makanan dari pelbagai negara

























Eh ada lagi Santa Claus la..hehe









Mak cik Regina khusyuuk makan ..hehe








After dah penat berjalan..kami pun pulang..coz dah nampak Jeva dan makcik Regina start penat dan mengantuk..sian mereka..jet lag tak habis lagi dah jalan2..yang penting nampak di raut wajah mereka terpancar keseronokan ronda-ronda di reading ini. Jeva berapa kali ntah cakap.."Aku rasa macam mimpi wei ada kat UK ni"..hehe..itu jugalah apa aku rasa Jeva mula-mula sampai kat sini..haha

Sampai di rumah..masing2 penat..Jeva dan Makcik Regina mandi..pastu terus tido..xpe its ok..faham coz jet lag kan..walaupun masih awal lagi..tapi dah penat..selamat tido..hehe

Pintu bilik..mereka sedang nyenyak tido di dalam..hehe..tak mau kacau

Kami masak tomyam dan sayur campur untuk dinner..


Tada!!!Ini dia ole2 dari Malaysia from Jeva dan makcik Regina..Papadom!!!

Tomyam cube!!!

So malam tu nampaknya memang nyenyak mereka tido..dah jam 12 malam so kami lak nk tido.so tinggalkan nota sket..sediakan makanan tadi untuk dorang..pastu kami tido..rupanya jam 2 pagi dorang bangun..pastu makan slow2 xnak bagi bunyi..kesian ah..takde teman..hu..jet lag punya penangan..nk tune perubahan masa kan,

So ini esok awal2 pagi..kami masak sarapan lak untuk mereka..today mereka berdua nak berangkat dah ke hotel penginapan di London..Jeva pun nak start kursus dah..

Sy masak..hehe




Tadaa!!Nasi goreng kampung..wedges..salad..







Ini dia sarapan pagi..hehe

Makcik Regina yang sangat baik hati!!!we love u

Jeva khusyuk beli2 tiket online..hehe

Kami sedang bersarapan bersama-sama..nasib la Jeva..orang makan nasi ko tak makan lak..haha..makan la roti tu..haha





Hu..makcik Regina nak juga basuh pinggan dia makan..ai..rasa bersalah..kite snap sket makcik!!!

So selepas itu kami pun borak2 korek rahsia Jeva dari makcik Regina..banyak la kami tahu. Yang boleh disimpulkan mereka datang dari keluarga yang bercampur kaum..bahasa..adat dan agama..so masing2 boleh menghormati dan tahu adat dan agama bangsa2 lain di Malaysia..seronok tahu macam2 pasal Jeva..habis la ko Jeva..rahsia ko kat aku..haha...Cepat2 la cari jodoh ya..haha...mak ko comel je..kelakar..

Pastu sebelum mereka nk berangkat lebih kurang jam 12.30 pm..saya dan Jeva je berdua gi ronda-ronda University of Reading jap..hehe..jalan2 ah kan bawa Jeva..nanti kot2 nak sambung Master kat sini ke kan..




Tasik di dalam University of Reading..

















Jeva..selamat berkursus ya bro..

Selepas itu..kami pulang..Jeva dan makcik Regina nak bersiap..sebenarnya rasa seronok sangat rumah meriah. Bila Jeva dan Makcik Regina balik terasa sunyi dan kehilangan lak..Sedih juga..tapi itulah adat pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga sahabatku Jeva dapat berkursus dengan baik demi perkembangan kerjayanya. All the best bro. Seperkara lagi yang saya dapat belajar dari mereka ialah saling kita menghormati antara satu sama lain walaupun kita berlainan kaum dan agama. Dijadikan Allah manusia pelbagai untuk kita saling belajar. Mereka sangat menghormati dan bersopan santun. Yang lebih saya tertarik Jeva bawa ibunya sekali berkursus di sini. Belikan ibunya pakaian dan kasut baru demi menghadapi musim sejuk di UK ni. Pastu ibunya dapat seat Business Class lagi Jeva belikan untuk ke sini. Bertuah mak ko dapat anak yang baik cam ko Jeva. Kasih anak kepada ibunya. Itu perlu kita contohi. Walaupun mahal tetapi tidak mampu membayar segala jasa baik ibu kita. Tahniah sahabatku.

Makcik Regina pula boleh cakap Perak. Yela 30 tahun kot keje Hospital Teluk Intan. Bergaul pula dengan orang Melayu banyaknya. Seronok rasa..leh je cakap kome la apa la semua tu..haha..terbaik..we are Perakian!!!terasa macam jumpa mak saya je..

Jeva nak bawa makcik Regina berjalan jalan juga after kursus nanti katanya. Baguslah sahabatku. Terima kasih sudi menjenguk kami di sini dan bawa ole2 tu..bagi Adam duit raya..belanja kami lak lagi..terharu..semoga kita berjumpa lagi ya..All the best bro!!Maaf ye kalau sepanjang bersama kami ada tersalah bahasa ke semuanya..Bye2 Jeva dan Makcik Regina!!!

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini..

Daa...

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment