Tuesday 9 December 2014

Markfied yang mendamaikan, Seni bina klasik di bandar Leicester dan melawat Bibury Village di Gloucester

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Semalam saya dah berjanji akan menulis dua (2) lagi entry mengenai perjalanan saya minggu lepas. So after dah seharian berjalan di Birmingham City, hari terakhir kami iaitu Sabtu akan digunakan untuk melawat sekitar Markfield, ronda-ronda di bandar Leicester dan melawat Bibury Village di Gloucester yang dinyatakan kampung tercantik di UK.

Pada hari Sabtu awal pagi lagi kami sudah mengemas pakaian untuk check-out hotel. Suhu sejuk pagi itu sehingga ais ada di cermin kereta dan rumput. Sejuk sangat.



Tu dia ais

Bye2 Travelodge..semoga jumpa lagi di tempat lain di UK ni

Ais di rumput

Kikis ais dulu


Tu ah aisnya yang melekat kat cermin..camni la nanti salji agaknya


So perjalanan kami yang pertama di pagi Sabtu yang indah dan sejuk adalah untuk ronda-ronda kawasan di sekitar Markfield. Semalam saya dah beritahu yang Markfield ni kawasan perladangan dan juga National Forest dorang. So jom kita lihat.



Senibina lama di salah sebuah kawasan kampung di Markfield






Kawasan tanaman pokok Krismas


Kawasan ladang ternakan lembu.. Lembunya tido kot..sejuk..haha


Saya bergambar


Memang cantik dan mendamaikan la suasana di Markfield. Kami tidak lama di situ, terus menuju ke bandar Leicester pulak. Nk tengok la apa beza Reading dengan Leicester ni.

Ya sampai sudah di Leicester. Lebih kurang Reading la tapi lagi besar

Subway kat mana-mana pun ada.

Subway ni Halal. Sama seperti di Subway di Wokingham berdekatan dengan University of Reading







Ada Red Leicester Choir sedang membuat persembahan koir untuk kutip derma bagi pesakit kanser.

Greggs ni di Reading pun ada

Mc Donald

As usual, Adam kejar burung..hehe

Suasana di Town Centre Leicester




Market Hall Leicester..pasar la..hehe


Kedai Cina..jual barang Asia

Tu dia besar pasar dia bang..


Suasan dalam pasar


Nak beli pisang..1 pound je sesikat..Adam suka Banana

Sebelah pasar ada bangunan The Corn Exchange..mungkin ini bangunan di mana jual beli kontrak pasaran jagung diadakan dahulu kala. Saya membayangkan yang ni sama macam Rubber Exchange di China dan Singapore..dulu saya getah antarabangsa..

Pelbagai jenis buah-buahan

Tomato banyak tu satu mangkuk 50 pence je (sen)

Sayuran..suasana dia sama je cam Malaysia. Peniaga menjerit jerit beritahu apa mereka tawarkan buat pembeli

Terbaik.. Limau ni ..15 biji.. 1 pound je..hu..best2..beli beli


Ada juga jual bunga-bunga segar


Orang Arab jual brooch

Lighter pelbagai design





Di ruangan di pasar juga ada jual pakaian murah

Toys..

DVD dan VCD



Kedai makan..anjing tu pakai baju lagi


Di depan tugu orang kenamaan suatu ketika dulu di Leicester

Bergambar di batu asas yang masih disimpan di Leicester


Senibina Inggeris yang cantik


Lagi senibina yang cantik

Saya minat dengan senibina Inggeris ni semua..masih terjaga rapi sehingga kini


Kedai jual gula-gula




















Lapar makan kat Pepe's Piri-piri..hehe

Kesimpulannya bandar Leicester sama seperti di Reading cuma lebih luas. Saya tidak berkesempatan melawat lebih lama di Leicester. Shopping mall di Leicester semua tu tak sempat. Kerana ingin kejar masa sebelum malam tiba. Nak lawat Bibury Village di Gloucester pulak nanti. Yang penting senibina Inggeris lama amat memukau hati. Di setiap kawasan di bandar, di desa semuanya dijaga rapi sebagai sebuah identiti bangsa mereka. Sebelum bergerak ke Gloucester, kami mencari masjid dengan menggunakan app Zabiha yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini. Jika anda ke luar negara cuba download di HP anda apps Zabiha. Sangat membantu mencari masjid dan restoran Halal. Kami ke Masjid E.Abu Bakr. Ianya adalah rumah yang diubah suai menjadi masjid. Tidak besar tetapi cukup menjadi sebuah masjid yang indah.

Masjid E.Abu Bakr

Doa untuk dibaca ketika menghadapi musim sejuk


 Selepas solat, kami meneruskan perjalanan kami ke Gloucester. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Jam sudah pukul 2 petang. Jika lewat, nampaknya kami akan berada malam di Bibury Village. Mungkin tidak akan nampak keindahan sebenar Bibury Village. Kami hanya berdoa sahaja.





Sepanjang perjalanan ke Gloucester menggunakan jalan lama dan Motorway




Adam nyenyak tidur di belakang

Subhanallah indah langit dan awan

Burung yang sempat wife saya snap

Ya nampak sudah mulai sejak. Kami nak ambil exit ke Gloucester

Sesat pulak sampai ke bandar Gloucester..Takkan lah Bibury Village tu kat sini..Alamak..kene set balik GPS ni Memang orang cakap tiada rezeki..Kami kene bergerak balik 30 minit nak ke Bibury Village. Nampaknya malam akan menjelma. Mungkin tidaklah dapat melihat keindahan Bibury Village di kala siang. Jalan menuju ke Bibury Village sangat dalam dan jauh dari manusia. Kene melalui kawasan ladang, jalan yang bersimpang siur ..terasa seram pun ada..kereta pun tak banyak..gelap sangat..tiada lampu jalan..di dalam hati mana kampungnya ni..jangan lah jadi apa-apa..

Akhirnya ini la yang kami dapat snap..ni kampungnya..malam kan..tak sedap hati nak duk luar sejuk2 lak tu..so wife snap dari dalam kete je..Adam lak tidur..

Kami berhenti di kawasan sungai.gelap..hu..




Guna setting apa ntah.dapatlah snap gambar gini.cantik sebenar kampung ni..cuma tiada lampu jalan..so gelap sangat..

Ni sungai yang hitam kat atas tadi tu..




Frust rasa..huu


Gambar2 tak menjadi..tidak mengapalah..ada la hikmahnya..nak tahu tak camne sebenar Bibury Village tu..kami dapat melihat juga di malam hari itu.memang sangat indah..seni bina nya sangat lama..dan terjaga..jauh dari orang..tapi still ada penduduk di situ..hotel pun ada..ok saya bagi sedikit picture2 Bibury Village yang saya ambil di internet..kami pasti akan ke sini lagi kelak..



                                  Inilah dia Bibury Village, the most beautiful village in UK
Cantik kan..

Sungai yang kitorang berhenti snap pic tu patutnya inilah rupanya..


Sangat indah

Damainya

So pengajarannya di sini kenalah rancang perjalanan dengan betul. Kami kecewa tetapi bila tengok balik di peta dan GPS, dekat sebenarnya Bibury dan Reading..Sejam je.so nanti musim bunga nak pergi la..hehe..After that, kami pun bergerak pulang ke Reading..pulang ke rumah kebanggaan kami..hehe..dah puas berjalan beberapa hari ni di beberapa County dan bandar di England..so jom balik..=)

Kami tiba di rumah jam 7 malam..Alhamdulillah..sebuah perjalanan yang indah..

Bibury Village, tunggu kami akan pasti melawat dan saya akan snap pic2 indah kampung tu nanti..

Sekian sahaja dari saya..Daa...

SHAFIQ
READING






No comments:

Post a Comment