Monday 8 December 2014

From Reading, Berkshire to Markfield, Leicestershire

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca budiman.

Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja, Alhamdulillah. Pada minggu lepas, kami telah berangkat ke Markfield, Leicestershire bagi menghadiri Pemantauan Staf Cuti Belajar UKM yang diadakan di Markfield Institute of Higher Education (MIHE). Jarak di antara rumah kami ke MIHE ialah 114 miles atau pun bersamaan dengan 184 km lebih kurang. Masa yang diambil ialah lebih kurang 2 jam lebih memandangkan ada kawasan yang kelajuan maksimum pemanduan ialah 50 mile per hour sahaja (80 km per hour).

Markfield ialah satu kawasan yang boleh saya panggil perkampungan di county (state) Leicestershire menuju ke arah utara England. Ianya tidaklah betul2 di utara, lebih kurang di tengah England la mengambil kira Reading ini terletak di bahagian selatan. Jika di peta dunia anda tidak akan nampak perkataan Leicestershire atau Berkshire. Yang ada "shire" ini disebut sebagai County atau pun lebih kurang negeri la kalau nak compare dengan Malaysia. Pastu England ni pula dipecahkan kepada Region. Reading Berkshire  tempat tinggal saya ni terletak di Region South East. Ala lebih kurang cam Malaysia ada negeri-negeri Pantai Timur, negeri-negeri Utara, negeri selatan, Malaysia Timur semua tu la.If nak terangkan kat sini memang lama dan berjela la jadinya blog ni pasal county dan region semua ini. Hehe..tu nanti bab lain after saya dah master pasal sistem county semua ini. Ianya adalah satu sejarah. If di peta dunia kalau kita check kat google map ke memang tak ade tulis berkshire ke leicestershire ke..yang ada Reading pastu Leicester. If yang minat EPL pun korang tahu nama-nama team bola korang pun ikut nama bandar-bandar ni semua. Manchester, Reading, Birmingham dan lain-lain tu semua. If nak baca lebih lanjut boleh google ok. Tapi if untuk orang di UK, memang guna shire shire ni. Alamat rumah saya pun Reading, Berkshire. Leh juga try baca kat link ni

http://county-wise.org.uk/counties/

Peta UK..Anda boleh lihat di peta Reading ke Leicester

Ok kita lupakan pasal County semua tu tadi, saya pun nak nangis baca..coz makin rasa berbelit...haha..so kami bergerak ke Markfield dari Reading lebih kurang jam 9 lebih, 4 Disember 2014 (Khamis). Ikutkan Pemantauan Staf Cuti Belajar ni start 3 Disember tetapi disebabkan wife saya Mrs Qyla ada lab work nak dibuat, so dia dapat kebenaran datang lewat sehari. Lagipun dalam jadual, wife saya kene present hari Jumaat, 5 Disember tu petang. So dengan menggunakan GPS kereta Renault Clio yang kami sewa, kami pun bergeraklah ke sana. Alhamdulillah jalan lancar, kami menggunakan motorway atau pun di Malaysia kita panggil highway / lebuhraya. Jalan di sini kiri kanan adalah kebanyakkannya kawasan ladang. View cantik. Yang paling seronok tiada TOL!!!!hehe..Tol ada tetapi di sesetengah kawasan je kalau nak masuk bandar London contohnya. Minyak murah pastu tol tiada, tahniah..hehe



Saya sedang memandu. Mrs QYla dan Adam di belakang

Kawasan hutan

Ladang



Bukit


Ladang



Akhirnya setelah 2 jam lebih kami tiba di Markfield.


Kami terus melapor diri di tempat pemantauan Staf Cuti Belajar UKM diadakan iaitu di MIHE. Di next entry saya akan ceritakan mengenai MIHE ok.


Nasib kami sampai pada 4 Disember 2014. Nak dijadikan cerita, masa pembentangan semua staf dipendekkan dan tidak banyak soalan dari para Panel UKM so hampir semua dah present. Dorang nak habiskan pada 4 Disember tu juga semuanya. So hari tu juga semua boleh balik kalau nak. So isteri saya kene present pada sesi petang tu. Selepas makan tengahari di MIHE, kami ke hotel dulu. Memandangkan penginapan di MIHE ini diasingkan lelaki dan wanita, so kami menyewa hotel yang terletak 6 minit dari MIHE iaitu di Travelodge Markfield. Hotel Travelodge boleh dikatakan hotel termurah di UK la sama seperti Hotel Seri Malaysia dan Tune Hotel di Malaysia. Harga semalam di Travelodge ialah 37 pound. Kami sewa untuk 2 malam dan akan check out pada 6 Disember 2014, Sabtu.

Hotel Travelodge

Dalam bilik




Alhamdulillah ok la dengan harga begitu dapat bilik begini. Travelodge ni ada je kat mana-mana kawasan. Dan selalunya memang akan sekali dengan petrol station.

So cerita petangnya pasal pembentangan dan juga kisah MIHE akan saya ceritakan pada next entry. Sila ikuti ya.hehe..

Adam tidur lena dalam bilik hotel..alolo




 Itulah perkongsian saya mengenai From Reading, Berkshire to Markfield, Leicestershire.

Daa...

SHAFIQ
READING






No comments:

Post a Comment