Sunday, 8 March 2015

Sesi santai komuniti Malaysian PGR Reading bersama Pengarah Education Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

Semalam hari Sabtu, 7 Mac 2015, komuniti Malaysia di sini yakni merujuk kepada para pelajar Post Graduate dan keluarga telah mengadakan majlis santai potluck di University of Reading. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan sijil penyertaan Sheffield Malaysian Games 2015 kepada semua peserta dan juga meraikan Prof Madya Dr Mohad Anizu Hj Mohd Nor, Pengarah Education Malaysia United Kingdom & Ireland yang akan tamat tempoh kontraknya sebagai Pengarah pada hujung Mac 2015 ini. Di samping itu, yang lebih utama ialah majlis ini dapat merapatkan lagi ukhuwah kami sesama rakyat Malaysia yang majoritinya sudah berkeluarga di sini.

Seperti biasa, saya dan Mrs Qyla membawa ayam bakar untuk majlis potluck. Bagi kami, ianya mudah disediakan dan paling penting lazat. Majlis semalam diadakan bermula jam 11 pagi. Berikut ialah gambar-gambar suasana di majlis tersebut untuk tatapan anda semua.





Antara juadah terawal yang disusun atur di atas meja..masih ada yang belum hadir ketika ini.


Lazat-lazat kan?


Bakal pemain Malaysia suatu hari kelak membuat latihan sebelum majlis bermula..=)

Ketibaan tetamu kehormat dan para ahli keluarga Malaysian Reading


Isteri Prof Madya Mohad Anizu turut hadir

Apa yang Mrs Qyla katakan tu?=)

Hebat! Belum rasa pun boleh digambarkan kelazatan kek yang dibuat oleh Nadhirah ni!

Nurulaini dan Kak Ilyana (Dr) sedang sibuk susun makanan-makanan.

Dr Anizu sedang dilayan oleh Atif.

Anak-anak kak Ilyana

Alamak! Gambar tak terang la!! Silauan cahaya! Dari kiri, Pe Qat, Engku Syafiq, Naqib dan Firdauz bersama babynya Naim



Susah nak tangkap gambar Adam ni..



Salwa sedang berlatih mendukung anak.

Antara air yang ada.

Tukang buat kek terkini di Reading. Jika nak tempah, bolehlah hubungi beliau.

Timun, salad dan sambal belacan!!Kombinasi hebat!





Semua makanan yang dibawa lazat!!Tak sabar nak makan la

Kak Azim..=)

Che Suhaili..sedang menunggu masa dan ketika untuk melahirkan anak ke-3..=)

Antara para wanita Reading..=)

Gaya bebas semuanya!

Ayden..=)

Papa Ayden..Hidayat..=)..bila nak bawa naik kereta baru?

Pasangan "kekasih" yang tidak dapat dipisahkan..=)..Adam dan Raudhah..

Bro Shafril bersama anaknya Ammar..=)




Hairi..=)

Hana..=)..anak Mizi dan Che Suhaili..

Adni..anak kepada Firdauz dan Ejat..=)

Wah!! Banyaknya makanan!! Mana satu nak makan ni?

Kanak-kanak dah tak sabar nak makan..=)

Pisang cheese!! Yummy!!

Irfan..anak kepada Bro Zaidi dan Kak Wan Zaa.

Mana gigi depan tu? =)

Mrs Qyla dan Adam


Abg Azrul dan Kak Roziana..pasangan suami isteri yang baru tiba di Reading ini pada Januari 2015. =)

Dr Anizu..

Seronok betul Atif dan Abg Amin kita ni.



Jalilah dan Dahlia..=)

Adam nak kek! Dia tak sabar..

Tak sabar perut ni nak merembes enzim-enzim.

Majlis dimulakan oleh Pengacara Majlis, saudara Atif


Para pelajar dan keluarga sedang mendengar kata alu-aluan dari Atif






Sesi ucapan dari Dr Anizu. Banyak input yang kami perolehi dari beliau. Macam-macam cerita yang dimaklumkan. Antara pesanan penting beliau ialah silalah daftarkan diri jika anda seorang pelajar secara online di laman web Education Malaysia United Kingdom & Ireland. Ini bagi memudahkan urusan pihak Education Malaysia membantu jika terdapat sebarang masalah dan kecemasan.  Sila layari laman web berikut untuk info lebih lanjut ya..educationmalaysia.co.uk


Mrs Qyla sedang suap Adam kek yang diidamkan dari tadi walaupun majlis belum bermula.

Hazni Hafiz..=)

Adam..anak kak Ilyana..=)

Senyum sokmo Pak Lah dan Kak Yati


Saya..=)..



Adam buat apa tu?

Qhalif..anak Abg Amin dan Kak Naila..=)

Pe Qat dan anaknya Raudah..=)

Masih lagi berstatus "Cik" kedua-duanya..Syima dan Hanis..=)

Sambal belacan sedang menunggu timun dan salad bergabung dengan dirinya yang masih ditutup..

Sila nikmati saya!!

Makan saya!

Lazat tak saya?

Makan aku..makan aku!

Pilihlah yang mana suka.

Nasi jangan dilupa

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan mengikut jenis sukan. Bro Simon David selaku wakil pasukan bola sepak..=)..Tewas di pusingan kedua dengan pasukan yang bergelar juara

Kak Liza selaku wakil Badminton Regu..Tempat ketiga..=)

Azi-Aziyanty ..Badminton Single..Tempat Kedua ..=)

Kak Naila..wakil baling selipar..Tempat ketiga..=)


Abg Amin..Chess..tempat ketiga..=)

Mrs Qyla..Congkak..Juara!! =)..

Nadhirah..Carom..Juara!! =)



Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Dr Anizu sebagai kenangan dari komuniti Malaysian PostGraduate Reading. Disampaikan oleh Kak Faizahani..=)


Makan Time!! Naqib dah tak sabar nak jamu selera ya?

Suasana selepas 30 minit..Hampir licin!


Papa Kangaroo memerlukan bantuan air dari Pe Qat..=)..Jangan marah aaaa..

Sambil makan sambil borak-borak tentang suasana dan isu semasa.


Isu semasanya ialah harga sewa rumah yang mahal di Reading dan kadar elaun yang tidak relevan di sini dibandingkan dengan kawasan lain di UK yang mana murah sewa rumahnya tetapi menerima kadar elaun B sama seperti Reading. Nampak suatu yang positif dari perbincangan semalam. Ayuh semua!! Engku Syafiq selaku Pengarah!

Sempat lagi tengok perlawanan Liga Super di antara JDT menentang Sarawak. JDT menang 2-1..=p


kami sekeluarga..=)




Bergambar kenangan bersama Dr Anizu..selamat maju jaya!!




Cik-Cik pun bergambar dengan Dr Anizu..=)


Majlis semalam berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Ianya berjalan lancar dan semua yang hadir kenyang dan gembira. Kami juga mendapat banyak informasi dari Dr Anizu selaku Pengarah Education Malaysia UK & Ireland. Terima kasih kerana sudi hadir ke Reading dari London untuk bersama kami. Kami ucapkan selamat maju jaya buat Dr Anizu untuk tugasan seterusnya di Malaysia ya!! Jumpa lagi..=)

Sekian sahaja perkongsian saya buat semua..Salam..

MOHD SHAFIQ ROZALI
READING, UNITED KINGDOM

No comments:

Post a Comment