Pada entry yang lepas, saya telah menceritakan kepada anda semua tentang pengalaman saya sekeluarga ke Sheffield Malaysian Games 2015 di Sheffield yang terletak di bahagian The North (Utara) England. Kali ini saya ingin menceritakan mengenai perjalanan saya dari Sheffield ke Manchester , dari Manchester ke Nottingham dan dari Nottingham kembali semula ke Reading. Satu pengembaraan yang jauh dan menyeronokkan. Meninggalkan sebuah kenangan indah buat diri saya sekeluarga. Untuk itu, saya pecahkan penceritaan saya untuk edisi kali ini kepada beberapa tajuk. Harap anda semua terhibur membaca diari Mr Mama ini.=)
KEMBARA KE MANCHESTER : Peak District, Old Trafford dan sahabat sekolah
Saya dan keluarga saya bergerak ke Manchester dari Sheffield pada sebelah petang iaitu kira-kira jam 2.30 pm. Tujuan saya ke Manchester adalah bagi melawat rakan sekolah saya semasa di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor dahulu. Namanya Izzat. Beliau dan isterinya Liyana menyambung pelajaran di peringkat Master di University of Manchester. Alang-alang dah dekat lebih kurang sejam suku perjalanan dari Sheffield, maka bolehlah saya singgah di Manchester jumpa kawan sekolah lama yang sudah 12 tahun tidak berjumpa. Orang kata jumpa sahabat sambil jalan-jalan Manchester la. Niat lain sudah pastilah ke Stadium Old Trafford kebanggaan pasukan bolasepak Manchester United kan.
Untuk ke Manchester, kami melalui kawasan high peak di mana melalui kawasan pergunungan dan juga empangan. Jalan raya yang kami lalui adalah bersimpang siur dan jalan tersebut dinamakan sebagai Snake Pass (Snake Road). Agak mencabar dan perlu bawa berhati hati kerana melalui kawasan lembah bukit, kaki bukit dan juga jalan yang basah dan juga ada sesetengah laluannya bersalji. Tetapi di sebalik itu, pemandangan yang indah menjadi sajian kami sekeluarga. Rasa bersyukur kerana Allah beri kami peluang lihat alam yang sangat cantik. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami tangkap.
Berhenti rehat untuk menikmati pemandangan empangan
Terdapat jambatan
Saya!!
Saya berhentikan kereta sekali lagi untuk menikmati tasik yang sangat indah .
Subhanallah!!
Tasik terbentang luas!!
Beautiful!!
Lukisan alam yang sangat mahal!!
Rumah siapa tu..hehe
Mrs Qyla duduk dalam kereta je jaga Adam..hehe..Adam tidur time ni
Sepanjang perjalanan melalui route Snake Road
Gunung bersalji
Salji dah semakin cair..kena hati-hati
Jalan licin..kena berhati-hati
Sebaik sahaja tamat melalui kawasan tersebut kami terus sampai ke bandar Glossop. Sebuah bandar lama dan menjadi tarikan pelancong yang tidur di sini sebelum melakukan aktiviti hiking di Peak District tempat saya lalui tadi
Akhirnya kami tiba di Manchester setelah sejam suku memandu. Setibanya kami di Manchester kami disambut dengan hujan ais. Ingatkan nak jadi salji dah.
Sebelum ke rumah Izzat, kami singgah untuk solat di Central Mosque Manchester. Terasa cam Bangi je kawasan ini. Orang Malaysia iaitu student Malaysia di Manchester pun ada yang solat di sini.
Selepas solat, kami terus bergerak ke Stadium Old Trafford, nak kejar sebelum jam 6 iaitu masa operasi Megastore menjual merchandise pasukan Manchester United berakhir. Kami ingin membeli jersey yang dikirim oleh rakan saya Firdauz untuk adiknya di Malaysia. Selain itu, memang menjadi impian saya selaku peminat bola sepak untuk ke stadium pasukan hebat dunia ini. Yela, rugi orang kata tak rasa pergi stadium Old Trafford bila dah sampai di Manchester kan. ALhamdulillah rezeki, cuaca pun ok.
Inilah dia Old Trafford!! Home of Manchester United FC!!
Kawasan parkir yang luas. Free je tak perlu bayar kerana saya datang bukan pada hari perlawanan dan juga hujung minggu.
Megastore..jom kita terjah
Bergambar kenangan terlebih dahulu..hehe
Masa untuk terjah!!jom kita masuk lihat apa ada di dalam ok
Jersey Man United dari saiz bayi, kanak-kanak sehinggalah dewasa. Perasaan ketika ini rasa macam tak percaya yang saya akan sampai ke Old Trafford ni. Alhamdulillah.
Jersey yang siap ada nama dan nombor pemain ini harganya ialah 75 pound.
Di Maria No 7 inilah yang saya beli untuk adik Firdauz. 75 pound.
Adam dan Mrs Qyla semangat!!
Topi
Merchandise rasmi
Patung pun ada
Inilah jersey saya ambil. Mafla pun saya angkat juga buat kenangan.
Mafla Manchester United!!
Adam lak angkat bola sebiji..hehe..original tu..kenangan Adam bila dah besar nanti.
Ni cashier. Memang menarik la Megastore ni. Ikutkan pasukan Reading FC pun ada juga. Sama sahaja barangannya. Yang jelas setiap pasukan bola sepak jana kewangan masing-masing melalui penjualan jersey original dan merchandise seperti topi, alat tulis, key chain, bola, jacket, sticker, mafla dan berbagai lagi, Pasukan bola sepak di Malaysia perlu melalukan sebegini untuk menjana kewangan masing-masing. Setakat ini yang saya tahu pasukan Kelantan sudah ada kedai sendiri dan juga pasukan JDT. Maaf jika saya kurang pengetahuan. Tetapi apa yang ingin disampaikan ialah bagaimana pasukan bola sepak di luar negara jana kewangan mereka sendiri.
ok dah shopping , jom keluar!!duduk lama lama jadi stress coz banyak pula benda menarik hati..walaupun saya bukanlah peminat Man United, tetapi barangan sukan ni saya suka.
Mrs Qyla..hehe..tu bola adam dah jatuh atas lantai..hehe
Saya dan Adam sempat main bola lagi..haha
Haha..saya siap bawa Mafla Perak lagi kat sini. Semangat Kejor Yob Kejor saya memang kuat. Saya tak kisah orang tengok saya pakai jersey pasukan Reading FC dan juga mafla pasukan Perak. Yang penting jati diri!!Yeah!!
SHAFIQ di MANchester United
Saya dan Adam..hehe..di depan tugu The United Trinity!
Selepas puas bergambar dan menikmati suasana di stadium tersebut, saya dan keluarga terus bergerak menuju ke rumah kawan saya Izzat. Berdebar rasanya di hati kerana lama dah tak jumpa kan..hehe..jumpa kat UK pula kami. Setibanya di rumah Izzat kami disambut mesra. Gembira rasa hati dapat juga berjumpa kembali rakan sekolah lama. Terkenang kembali kenangan duduk di asrama dahulu..Kami makan malam di rumahnya. Dan bukan makan malam je..tumpang tidur terus..haha..terima kasih Izzat dan Liyana..layanan korang terbaik..malam itu kami borak-borak..tetapi tak boleh lama coz mata dah start mengantuk ..al maklumlah jam 2.30 pagi dah bangun nak gerak ke Sheffield dari Reading. Lepas Sheffield ke Manchester pula..
Esoknya kami bersiap awal kerana janji nak pergi ke Bowlers Car Boot. Carboot indoor. Dengar cerita menarik tempat tu..Kene pergilah kan..alang-alang ada kereta. Lagi satu menarik tengok rumah Izzat penuh mainan yang best-best untuk anak-anaknya yang dorang beli kat car boot
Izzat dan anaknya!! Izzat dah dua orang anak.yang sulung ni panggil Yaya je..Nama penuh Izzara Surfina..sedap nama..cantik besar ni nanti ni.hehe..Izzat ni dulu Ketua Pengawas Semashur tau..
Adam tak kira rumah orang ka apa..janji ada mainan..haha
Sarapan pagi yang awesome!!Thank you Liyana dan Izzat sediakan untuk kami!!
Liyana dan Mrs Qyla..Liyana ribakan anak kedua mereka..juga baby girl..Namanya Izzara Marissa..sedap nama dan maksudnya tu
dua dua buat peace!!hehe
Adam dan Yaya..Adam mancing apa tu..fish ke octopus?hehe
Aksi Yaya!!hehe
Yaya..besar nanti jangan lupa uncle sekeluarga penah lawat tau..hehe
Adam memancing ikan di depan mama..hehe
Rumah yang menarik..hehe
Dua sahabat lama Semashur..hehe..Dulu remaja je kat sekolah..ni dah jadi ayah dan suami
Bersama anak masing-masing
Haha..masing-masing dah beranak..hehe
Kami bergerak ke Bowlers carboot yang terletak tidak jauh dari rumah Izzat. 15 minit perjalanan ..
Sampainya di carboot tu memang dari luar dah nampak ramai orang Malaysia..Manchester Malaysian ramai..so tu normal la kan..lagipun car boot ni memang orang suka pergi..barangannya masih elok..dan harga murah..kami memang target nak beli mainan je ni..hehe..
Memang borong habis ah mainan untuk Adam..bertambah la koleksi mainan Adam..hu bertambah la selerak rumah kita nanti Adam..haha
Selepas dah beli semua tu, masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Izzat. Liyana, Surfina dan Marissa..
Bergambar kenangan kat carboot..
Terima kasih atas layanan anda berdua. Terharu rasa. Nanti datang la pula ke Reading ya. Itulah persahabatan..=). Buat Liyana dan Izzat, kami doakan perjuangan korang berdua dalam pelajaran masing-masing akan berjaya InsyaAllah. Dah dapat Master nanti, bolehlah sambung PhD pula. All the best guys!! Kirim salam pada Yaya dan Isha!!
.Kami perlu bergerak ke Nottingham pula untuk bertemu rakan satu Master UPM dahulu dengan Mrs Qyla..
KEMBARA KE NOTTINGHAM : Jumpa tauke Satay ; Hidayah dan Helmi
Kami meneruskan perjalanan kami dari Manchester ke Nottingham untuk bertemu Hidayah dan suaminya Helmi. Mereka berdua menyambung pelajaran di peringkat Phd di University of Nottingham. Saya kenal juga kerana dulu pernah ke rumah mereka di Bangi.
Jika diikutkan, mereka dah pelawa kami ke rumah mereka semasa kami ke Leicester dahulu untuk sesi pemantaun staf UKM yang cuti belajar di UK. Tetapi ketika itu, kami ada plan lain dan tidak sempat singgah. Tetapi kali ini, dah alang-alang ada masa dan peluang, kami ke rumah mereka di Nottingham untuk berborak lama. Sebenarnya di Sheffield Malaysian Games dah jumpa..hehe..mereka berdua ni memang awesome, sempat lagi buat satay dan jual di kejohanan sukan tersebut. Terbaik!! So jom pergi rumah tauke Satay ni..hehe. Mana tahu untung-untung dapat pekena lagi satay..haha
Perjalanan ke Nottingham dari Manchester mengambil masa selama 2 jam pemanduan. Sekali lagi kami melalui kawasan Peak District yang cantik. Tetapi kali ini laluannya berbeza.
Berhenti rehat sebentar. Penat..huu
Subhanallah..segar nyaman..hujan ais di atas bukit ni..
Bawah lembah bukit ni ada rumah dan sungai..cantiknya!!
Saya dah terfikir..kena turun pergi kat kereta sana tu..boleh tengok sungai tu dekat dekat..
Subhanallah
Mrs Qyla nak mandi sungai tu tak..hehe
Saya!!hehe
Cantiknya..subhanallah..
Baba white sheep!!hehe
Alam sangat indah..rasa besarnya kuasa Allah..selepas perjalanan selama 2 jam kami tiba di Nottingham. Dalam jam 3 petang kami tiba di rumah Hidayah dan Helmi..tauke satay Nottingham dan United Kingdom!!haha..ni kira promote terus ni..hope dapat komisyen ok..hehe..satay korang sedap kot..
Dua orang rakan lama yang sama sama buat labwork dulu di UPM berjumpa kembali..hehe
Adam menyelit dan seperti biasa..peace!!haha
tu dia makanan petang dan malam terus..hehe..yummy!!satay dah habis..hehe..ni lauk lagi terbaik dihidang mereka..terima kasih sangat!!
Helmi!!hehe..tauke satay merangkap pemilik Lexus!!hoho..
Banyak la cerita yang kami borakkan. Berkisar pasal sewa rumah..kerja part time..kereta dan macam macam lagi. Seronok rasa dapat juga jumpa mereka setelah berkali-kali dijemput. Alhamdulillah, kami menerima layanan yang sangat baik dari keluarga ini. Terharu kerana Allah beri kami sahabat-sahabat yang baik. Di Reading, di Manchester, di Nottingham dan di mana-mana jua InsyaAllah.
Mereka ni dah macam caterer. Macam-macam masakan mereka dah masak untuk skala yang besar, no wonder boleh jadi tauke satay..haha..hebat-hebat..terbaik korang!!
Adam dan anak sulung Hidayah dan Helmi..Thaqif..mereka ada dua orang anak..Thaqif dan Zaid. Thaqif ni dah pandai cakap English dah..power dari uncle ni..hehe..Adam cam biasa..main..haha
Mrs Qyla seronok kerana dapat melepaskan stress bercerita tentang liku-liku PhD dengan mereka berdua. Mereka ni dah tahun akhir PhD. So kira otai la. Lagipun Mrs Qyla dan Hidayah satu bidang iaitu sains makanan, so dapatlah lagi bertukar-tukar cerita.
Selepas dah kenyang gila makan dan borak-borak, tibalah masanya untuk kami berangkat pulang ke Reading. Jam pun dah menunjukkan jam 7 pm. Kepada Hidayah dan Helmi, kami doakan kalian berjaya menamatkan Phd dengan jayanya. Sedikit sahaja lagi untuk ke akhirnya. Nanti sebelum balik Malaysia datang la ke Reading jumpa kami pula. Terima kasih ya atas layanan korang. Siap bawa pusing naik kereta Lexus yang awesome tu lagi..haha
Perjalanan pulang kami ke Reading mengambil masa 3 jam pemanduan dari Nottingham. Jam 10 malam kami tiba di Reading, Alhamdulillah.
RUMUSAN KEMBARA
Sebagai rumusan, kembara kami kali ini sangat bermakna. Pertamanya dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan kami suami isteri dan anak. Mrs Qyla pun dapat melepaskan tekanan belajarnya di samping menjadi johan congkak tanpa disangka!!hehe.
Kedua, membuktikan semangat kerjasama dan kekeluargaan kami di Reading yang sehati sejiwa berkonvoi, meniaga sama-sama, jersey sama, sukan sama-sama..Itulah kami keluarga Malaysia di Reading.
Ketiga, membuktikan yang nilai persahabatan itu indah. Buatlah baik sesama kita kerana sudah pasti Allah akan memberikan kita nikmat di suatu masa kelak. Buat keluarga Izzat dan keluarga Hidayah, mereka telah menunjukkan bahawa layanan yang baik adalah lambang persahabatan dan nilai-nilai seorang Muslim dan manusia. Terharu sangat dengan layanan yang diberikan. Keep in touch ya!!Semoga kita semua berjumpa lagi InsyaAllah..
Keempat, alam nan indah adalah bukti kekuasaan Allah SWT. Melihat alam sahaja sudah cukup buat mereka yang berfikir bahawa Allah itu Maha Kuasa. Kecantikan alam semulajadi yang kami lihat adalah suatu yang sangat berharga!!
Sekian sahaja catatan kembara Mr Mama kali ini..Semoga Allah memberikan rezeki dan peluang untuk saya dan keluarga melihat alam di bumi UK ini lagi di masa hadapan InsyaAllah..
MOHD SHAFIQ ROZALI
READING, UNITED KINGDOM
No comments:
Post a Comment