Friday, 13 March 2015

Nasi Daging Kambing dan Air Asam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat penghulu segala hari. Semoga mendapat kita semua keberkatan di hari ini dan melakukan yang terbaik dari semalam. 

Pada pagi Jumaat ini, saya dan isteri saya masak Nasi Daging Kambing dan air asam sebagai pencicahnya. Hari Jumaat rasanya lebih special jika masak makanan yang lebih lazat. Kami masak awal so mudah sikit kan. Boleh la buat kerja rumah yang lain pula. Lagipun Mrs Qyla ada gotong royong kat Lab dia pagi ni jam 10. Ni masa saya menaip ni jam ialah 10.45 pagi. Kami sarapan berat today..hehe..


Yummy!!!

Baiklah tanpa membuang masa, mari saya tunjukkan cara-cara menyediakan nasi daging ini dan air asamnya dalam bentuk gambar ya. Jom...





1) Pertamanya rebus daging kambing yang telah dipotong potong ikut saiz yang anda kehendaki dengan sup bunjut dan sedikit rempah kurma



2) Bahan-bahan seterusnya ialah bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris halus. Rempah ratus 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga juga diperlukan.

3) Tumis semua bahan-bahan di No (2) sehingga naik baunya. Tumis di dalam rice cooker terus coz nanti kita nak masak nasi terus kan,



4) Dalam masa sama, sediakan rempah kari daging yang digaul sebati dengan air.


5) Beras yang telah siap dicuci juga disediakan lebih awal. Nak sedap gunakan beras basmathi.


6) Masukkan rempah kari ke dalam bahan tumisan tadi dan gaul sehingga pecah minyak.


7) Selepas sudah pecah minyak, masukkan beras tadi,


8) Inilah rupanya beras setelah digaul dengan rempah ratus yang pecah minyak.


9) Kemudian masukkan air rebusan daging ke dalam periuk nasi yang mengandungi beras dan rempah ratus tadi. Di sinilah anda perlu sukat berapa banyak air rebusan ni dengan ketinggian nasi. Macam masak nasi la juga. Nak senang, masa rebus daging, sukat terus air, so nanti tuang je semua air rebusan daging dlm rice cooker.


10) After dah ok sukatan air dan beras, masukkan pula daging. Sup bunjut tak perlu masukkan sekali.

Taraa!! Sedia untuk dimasak dengan kuasa elektrik pula.

11) Ok, ini ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air asam. Bawnag besar yang dihiris, cili merah dan cili padi yang dihiris, tomato yang dihiris serta air asam jawa.

* Untuk petua, sediakan satu portion bawang besar, cili padi, cili merah, dan tomato untuk dikisar.


12) Inilah rupanya bahan kisaran seperti petua yang saya nyatakan tadi. Gaulkan semuanya bersama air asam jawa semua bahan-bahan tadi.

Check nasi jap!! walaa!! dah masak. Saya letak kismis juga tadi semasa masak nasi. Terlupa nak mention


Tadaa!! Air asam sedap punya!!

Bolehlah goreng papadom juga.

Masa untuk dihidang!!

Mudah kan? Daripada beli eloklah buat sendiri. Kita semua adalah chef!! Selamat mencuba ya semua.

Salam Jumaat

MOHD SHAFIQ ROZALI
READING, UK



No comments:

Post a Comment