Monday, 8 December 2014

Sewa Kereta di UK Part 2 : Renault Clio

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua para pembaca blog yang saya hormati sekalian.

Lama sudah tidak menulis di dalam blog. Seminggu bagi saya lama kerana bagi saya blog ini umpama "Thesis" yang perlu saya "submit" segera. Setiap perjalanan hidup saya di sini sebagai Mr. Mama bersama keluarga perlu dicatat di dalam blog dengan penuh disiplin dan istiqamah. Bukan apa, untuk rujukan keluarga, sahabat dan pengikut blog yang setia termasuk untuk rujukan saya kelak. Blog ialah diari kehidupan. Pada minggu lepas, kami sekeluarga diberikan kesempatan oleh Allah untuk ke bahagian Utara England bagi mengikuti Pemantauan Staf Cuti Belajar yang diadakan mulai 3-5 Disember 2014 di The Markfield Institute of Higher Education (MIHE), Leicestershire. Cerita lebih lanjut mengenainya akan saya kongsikan pada entry yang lain. So, untuk perjalanan ke Leicester, kami memikirkan menyewa kereta adalah lebih baik bagi memudahkan pergerakan kami sekeluarga kerana Markfield sudah terletak di country side Leicester.

Jika sebelum ini, saya menyewa kereta di syarikat Hertz dan mendapat kereta Ford Focus, kali ini saya mendapat pula kereta Renault Clio. Bertranmisi manual, kereta ini lebih kecil dari Ford Focus dan ini juga adalah pengalaman pertama saya memandu kereta Renault. Pemanduan yang lancar dan smooth menggunakan kereta ini. Bahagian bonet belakang juga luas untuk menyimpan barang. Yang paling kelakarnya mula-mula dapat kereta ini di syarikat Hertz, dapat sahaja kunci, saya merasa pelik, takkan macam kad 4 segi camni je? Mana dia kuncinya? Ah sudah. Rupa-rupanya untuk menghidupkan kenderaan anda perlu menekan pedal "Brake" dan kemudian tekan butang "Start/Stop" di dalam kereta. Bagi saya ini canggih, ai maklumlah dulu drive Myvi dan Viva je kat Malaysia..hehe.. Di dalamnya juga dilengkapi sistem GPS dan memudahkan kami menuju ke destinasi yang ingin dituju. Sepanjang 5 hari menggunakannya, saya amat berpuas hati dan berharap akan mendapat kereta ini lagi jika menyewa kenderaan. Jikalau lah ini memang kereta kami di sini bestnya.



4 pintu

Design belakangnya sporty


Ruang bonet belakang

Tempat duduk belakang yang selesa

Pintu hadapan

Bahagian tempat duduk hadapan

Power steering

Sistem elektronik radio dan GPS

Tombol gear

Lampu dalaman kereta


Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan kualiti memacu kenderaan ini. Ianya mudah dikawal dan lancar sahaja pergerakannya. Memandu di UK juga tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Sebelum terlupa memandangkan harga minyak dunia juga kini sedang jatuh, harga minyak di UK juga mengikut rentaknya. Nasib kami, sewa kereta di saat harga minyak murah. Minyak RON97 berharga di antara 1.16 sehingga 1.24 pound mengikut harga stesen minyak. DI sini harga berbeza, kita yang perlu bijak mengisi. Saya isi di Morrisons, harganya ialah 1.18 pound seliter. Murah tu semua, umpama RM 1.18 seliter la kalau nak diibaratkan. Saya isi 30 pound dapat minyak sebanyak 25 plus2 liter. Alhamdulillah.

Saya juga sekarang sudah mahir memandu kereta manual, tiada lagi masalah buat saya. Dengan kereta ini kami bergerak dari Reading ke Leicester di bahagian South North England, kemudian ke bahagian Barat iaitu Birmingham, selepas itu berpatah balik ke Leicester. Dari Leicester menuju ke arah Cirencester, Gloucester. Dari Gloucester balik ke Reading. Satu perjalanan yang menyeronokkan melalui lebuh raya, memasuki bandar-bandar, di kawasan ladang dan perkampungan England. Penuh dengan cabaran pemanduan tertentu. Saya berasa sangat gembira kerana pengalaman ini mahal harganya. Alhamdulillah.

Sewa kereta untuk 5 hari bermula Rabu sehingga Isnin ialah 86 pound. Saya mendapat 15 pound discount kerana pernah menyewa dulu dengan syarikat Hertz.

Renault Clio!! I miss you. Terima kasih banyak.

Sekian sahaja tinta saya kali ini.

Daaa...

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment