Saturday 13 December 2014

Football, 3G Pitch, Cold Winter, sayonara Dr. Khairul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Suhu di Reading semakin sejuk. Hari ini suhu di Reading ialah di antara -2 darjah celcius dan 5 darjah celcius. Tatkala saya menulis entry ini suhu di luar ialah 0 darjah celcius. This morning, saya dan rakan-rakan Malaysia bermain bola sepak di padang bola sepak 3G (rumput tiruan) di Sports Park University of Reading. Suhu pagi tadi ialah -1 darjah celcius dan semestinya bermain di dalam suhu sejuk membuatkan gaya kami adalah seperti pemain bola sepak Eropah. Bermain dengan memakai baju / jersey berlengan panjang, memakai glove, pakai inner..sejuk-sejuk nafas keluar asap..haha..gaya semua tu perlu ada..

Idea main bola ni dicadangkan oleh sahabat kami di sini iaitu Atif yang bertindak sebagai "Presiden" untuk sukan bola sepak ini. So jam 10 pagi adalah temu janji kami semua untuk bermain bola sepak pagi tadi.. Saya seperti biasa, memang jersey Arsenal kesayangan saya berlengan panjang tu la saya akan pakai kalau ada aktiviti bola sepak di sini. Tak sia-sia beli lengan panjang dulu..haha..

Yang paling mengejutkan ialah sahabat kami, Dr. Khairul yang akan pulang ke Malaysia pada hari ini juga turut serta bermain. So boleh dikatakan ini ialah aktiviti sukan terakhir kami bersama beliau di sini. Sayonara Dr. Khairul aka Inzhagi..sob sob sob..

Berikut adalah gambar-gambar kami pagi tadi..Malaysian Reading FC

Dari kiri : Aqif , Atif (Captain) , Dr. Khairul (Inzhagi), Mizi, Simon, Saya, Felix, Son of Felix
Duduk dari kiri : Pe Qat , Engku Syafiq, Abdullah from Mekkah

Malaysian Reading FC

Dari kanan : Hakem..yang lain semua dah diberitahu tadi

Yang nampak kelabu putih tu ais bang..hu..sejuk kot..nampak je ade cahaya matahari


Bro Simon..gaya seorang legenda bola sepak..Zlatan Ibrahimovic katanya..hehe

Pe Qat, rasanya elok lagi kalau Pe Qat ganti Safee Sali..hehe

3G Pitch..rumput tiruan


Pe Qat, Mizi, Aqif , Simon

Dr. Khairul Inzhagi, yang lain duk mengepam bola..hehe


European style..hehe

Dah berpeluh main, rasa panas, itu sweater kasi buka juga..Engku Syafiq..

Air, air..

Dr. Khairul memandangku..

Aqif, berpotensi besar

Ni dah habis main, para pemain profesional bersama isteri dan anak masing-masing

Para isteri yang memberi sokongan moral..hehe

Inqa Medina, anak Atif

Arisa, anak Hairi..Hairi tadi takde dalam pic mule2..dtg lewat


Simon teringat anak ke

Hafiz sedang melatih anak-anaknya,.Hafiz Messi pun tadi takde dalam pic mule2.bas lambar katanya


Anak-anak Hafiz..bakal main untuk Harimau Malaya

Engku Syafiq, laju bak ang

Haha..saya..main tak tara mana pun yob..haha..saya kene berlatih lagi main bola ni..memang tak terer..sob2..tapi yg penting apa?Gaya dan juga exercise..hehe



Saya suka jersey Arsenal..sekian.



3 Wanita : Dari kiri Qistina (wife Atif), Jalilah (wife Hairi) dan Dahlia (wife Hafiz)

Permainan pagi tadi memang menyeronokkan. Rasa gembira dan kelakar bermain bersama rakan-rakan di sini. Aksi-aksi provokasi antara Simon dan Pe Qat menghidupkan lagi suasana kami bersama pagi tadi. Bukanlah aksi hebat ala pemain bola sepak profesional yang ingin diketengahkan tetapi lebih kepada melepaskan tekanan dan juga beriadah. Memang penat kot main bola..Saya pula kene lebih selalu lepas ini main bola. Saya suka bola sepak cuma tak terer main..haha..so kene banyak main so improve permainan.. 

Buat Dr. Khairul, sayonara my friend. Tatkala saya nak post entry ni, beliau dah masuk kapal terbang nak balik Malaysia. Sedih rasa hati dan kami akan terasa kehilangan anda sahabat. Terima kasih luangkan masa bermain bersama kami pagi tadi walaupun memang nak balik Malaysia dah. Itu kenangan indah buat kita semua. Selamat Berkhidmat untuk anak bangsa. Sila ke stadium tengok Final AFF Suzuki Cup mewakili kami semua di sini. Bye2 my friend!!

 Memang seronok bermain dalam cuaca sejuk mulut kuar asap ni..hehe..actually tak semua datang coz ada komitmen masing-masing kan. Ok la itu sahaja..

Daaaa

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment