Tuesday, 2 December 2014

Keluarga Malaysia di Reading!! We are Malaysian!!!


Keluarga Malaysia di Reading...=)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca budiman sekalian. Apa khabar? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera ya. Amin. Nampak tak gambar di atas ini? Inilah dia keluarga Malaysia di Reading ini.

Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai rakan-rakan Malaysia saya di sini kan? Bermain badminton dan juga menonton wayang di Reading. Itu sedikit sahaja kan? Ok kali ini saya ingin paparkan warganegara Malaysia di Reading ini kepada anda di luar sana. Negaraku Tanah Tumpahku. Di mana kita berpijak di situ kita pegang nilai budi kita sebagai rakyat Malaysia tercinta. So cara rakyat Malaysia ni berkumpul mestilah ade makan-makan kan?hehe.Pada hari Ahad lalu iaitu 30 November 2014, kami rakyat Malaysia di sini telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan jamuan bagi berkenal-kenalan secara lebih dekat lagi di antara kami. Mungkin sebelum ini hanya kenal di FB, if berjumpa pun di kalangan pelajar dan golongan bapa-bapa MR Mama ini je. So kali ini kami kumpulkan semuanya di dalam sebuah majlis agar dapat saling bertemu face to face dan makan-makan!! Majlis ini diadakan di University of Reading bermula jam 3 petang. Alhamdulillah sambutan sangat meriah dan ramai yang hadir. Ada juga yang tidak dapat hadir kerana komitmen masing-masing. Its ok banyak lagi sesi akan diadakan.

Seminggu sebelum majlis ini diadakan, hebahan mengenainya telah dimaklumkan melalui FB rasmi kami di sini. Semua diminta untuk dengan seikhlasnya membawa makanan untuk dinikmati bersama. Orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. So semua bawa sikit2 pelbagai menu jadi banyak la kan. Saya dan Mrs Qyla pada awalnya hendak membawa Pau Malaysia. Ala yang ada timun dan ikan bilis sebagai inti tu. Actually kan saya tak panggil pun kuih tu Pau Malaysia..saya panggil Burger Malaysia..haha..konflik di situ di antara bahasa suami dan isteri..haha..tapi korang tahu kan?=).

Dek kekangan masa, kami ubah menu kepada Roasted Chicken dan air asam! Yummy. Dah beberapa kali kami berdua buat, so dah tahu cara-caranya nak buat. Lagi mudah coz masak guna oven kan. Air asam pun simple nak sediakan. Tadaa!!! Ini dia roasted chicken kami untuk dinikmati warga Malaysia nanti. Alhamdulillah.








Potong siap-siap so senang nak dimakan nanti.

Air asam sebagai pencicah ayam bakar. Lazat beb!!

I think this will be our main menu here for any Potluck session..hehe


So dalam jam 2.50 pm kami bergerak ke Universiti. Tak jauh pun dari rumah. Jam 3 kami sampai dan kelihatan pintu ke bangunan URS baru je dibuka. So masuk la ramai-ramai.Masing-masing kelihatan gembira dan excited..hehe..

Makanan yang dibawa sedang diatur oleh Cik Puan sekalian..

Apa ditenung tu dik?hehe


How are you maa?Im Fine

Susun-susun kat situ.

Engku Syafiq, Mizi dan anaknya Adam..

Simon, Nizar dan Atif

Fariz @ Peqat dan Pak Lah

Kaum Hawa sedang berborak..

Pesal excited je tu..he

Nyum nyum...lazat kan makanan yang dibawa oleh semua para Chef terkemuka ini..

Tu dia bang!!

Walawei..tak tahan tengok..

Lapar woi..

Naqib..dah macam orang Jepun kan? Selipar je..tu namanya style..

Fadzil..orang yang nak tengok Interstellar aritu..hu..tu bukan anak dia..Dia still bujang..so yang bujang luar sana..sila isi borang..

Bertindak sebagai Photographer juga Peqat that day

Azi..kawan sekampung dan kawan sekolah..banyak tolong time datang sini..

Keluarga bahagia..Dr Khairul dan Dr Nadja..dorang tengah gembira tour Europe skang ni..dua2 dah habis..selamat berkhidmat nanti ya..


Suasana ceria

Bila kita nak makan ya?

Mane satu nak diambil nanti ni..erm...

Eh eh apa tu ? mana?ala situ situ

Mengambil tempat masing-masing semuanya..

Anak kak Naila berapa kali pusing dah kat makanan ni..hehe..

Acara dimulakan oleh Bro Amin..Presiden ni..

Kak Faiz..Naib Presiden merangkap Presiden Kaum Hawa..apa ditenung tu kak oi..

Apa agaknya ya yang melucukan kedua-dua akak ini?

Hehe

Engku Syafiq berkata kepada Bro Mizi..Mu jangan..kawe lapor ni..Naqib tak ambi port

Qalif..anak Kak Naila..sori kalau salah eja ok.. Acara kemudiannya diteruskan dengan masing-masing perkenalkan diri

Atif : Phd Student

Fadzil : Phd Student

Engku Syafiq : Phd Student

Zack : Suami Mithali

Jihan : Student Phd, isteri Zack

Naqib..student Phd

Bro Simon : Master Student..actually kat sini saya leh la ber bro bro dengan beliau. Kat Malaysia balik nanti bos saya ni nanti. Bro Simon  seorang PTD. Tapi bos la..hehe..saya bawahan je..kelakar betul orangnya. Kini menjawat jawatan sebagai Presiden baru..haha..dan Pegawai incharge untuk pertukaran student PhD ke MBA ..ops..hehe

Dr Khairul..skang enjoy je dah..nanti dah nak balik Malaysia. Beliau memberikan ucapan yang berkarismatik pada hari itu. Nanti sila potong rambut ya..haha

Azi : Phd Student

Ampun beribu ribu ampun CIk/Puan..hu..saya memori tak kuat..lupa nama..but you are so sweet..hehe..kasi pujuk balik..Master STudent

Yin Ying : Phd Student

Mrs Qyla :..hu..my wife

Siti Bahgia : Master Student..dulu ENgineer Petronas

Chek Foung : Phd Student

Nurul Aini : Phd Student

Kak Liza : Phd Student....haha..wife Peqat..siap promote kalau lampu rosak ke apa..roger je Peqat..hehe

Zuha : isteri Pak Lah..tu anak dorang Ahmad

Adik Atiqah : Undergrad student..kecil cili padi je kan..hehe

Ika Ivy : Phd Student

Aliah : Undergrad student..eh or Master eh..sorry kalau salah..hu..

Asyiqin : Undergraduate student

Farhana : Phd Student

Che Su : Phd Student..wife Bro Mizi

Syuhana : Master Student..PTD juga..HLP skang ni..

Ai Adam apa ditenung tu nak oi

Kak Hayati or Mok Ti : Phd Student

Dari kiri : Bro Syafril, Pak Lah dan Peqat..happy bebenor kome yob

Hakem anak Kak Faiz..dan anak kak Naila..

Dari kiri : Suami Asyiqin, Hazrol, Zack dan Engku Syafiq

Boleh makan ke kite ni dah?

Yummy yummy

Yeah..kita serbu dulu


hehehehehe..

Lazat tu..

Ambil ambil..sila sila




Adam duduk dulu pantau keadaan..

Selamat menjamu selera ya semua

Nah tisu ni..

Makan makan

Minum minum

Ate dah kenapa Ayden tu Azi oi..dah teriak..ni la last nampak Azi..pastu dah xde..haha..kene balik Ayden tak sihat sangat

Licin ah..haha

Tinggal kuah je ke bang?

Ada lagi sikit tu..cepat wei..cepat..hehe

Dari kiri: Hanis (Phd Student), Ika , Kak Mokti dan Aliah

Ibu nak makan ni nak..

Hafiz kokakopi..or orang panggil Jojo je skang..pakar game..hehe

Dr Ilyana : Post Doc kat sini

Aummm..Adam makan

Alhamdulillah kenyang kite arini.

Lepak-lepak dulu

Permasalahan kita kini...bla bla bla..

Nombor hp saya 07123456789..no bro?

Usah diusik barang orang Adam oi..u

Susah pula nak potong guna garfu ni ah..

hehehe..no comment..

Inqa nak main dengan Adam

Asfar Haris : suami mithali Ika..datang lewat coz baru balik kerja..sebelum salam snap dulu bro

Dahlia : Phd Student..isteri Hafiz @ Jojo..Belakang tu Abg Yahya..suami kak Ilyana Post Doc tadi tu

Zati : Master Student..kalau salah sorry

Karipap dan donut..Dahlia suruh bgtahu aritu karipap tu dia buat..haha...

Nyum2 nyum2..lazat semuanya..semua terer masak la beb..



Saya dan Adam

Adam juga..anak Kak Ilyana



Adam Adam bersatu


Anak Dahlia dan Hafiz..tidur lena..hehe..


Snap Inqa dari belakang..hehe

Adam!!apa dibuat bawah meja tu..huhu


Happy mu Pak Lah..Raja segala kopi..haha

Dah nangis..hu..aish..Adam Adam

Kelihatan Qistina dan Nadhirah sedang rajin mengemas

Kemas-kemas..nak balik ni dah

Sedang berborak-borak


Susun-susun kedudukan nak bergambar

Kamilah keluarga Malaysia Reading



 Ada ramai lagi ni yang tak datang..nanti kite berkumpul lagi


Saya dan keluarga saya



Semua dah pakai jaket masing-masing..nak balik dah..acara habis jam 6


Malam ni jadi ke kite mengopi bro?



Kaum Lelaki Reading..yeah..hehe..


Kaum wanita Reading..hehe..






Inilah kami rakyat Malaysia di Reading, United Kingdom ini. Datang ke sini dari pelbagai latar belakang keluarga dan kerjaya. Demi nilai ilmu dari negara orang untuk pedoman anak bangsa Malaysia kelak. Bertemu dan berpisah itu adat. Kepada yang akan meninggalkan kami di sini tidak lama lagi, selamat jalan dan semoga berjaya memulakan kareer setelah penat belajar. Tahniah buat anda semua! Buat yang sedang belajar, berusahalah! Jangan putus asa! Menuntut ilmu itu adalah satu perjuangan yang suci. Kami para suami atau isteri yang menemani anda semua di sini akan sentiasa memberikan semangat tidak berbelah bahagi. Hidup rakyat Malaysia Reading!!

Sebelum itu, saya memohon maaf jika ada yang saya tidak sebut namanya atau tersalah maklumat. Saya hanya manusia biasa. Maaf ya..huu..Jumpa lagi di sesi pertemuan akan datang.

Daaa..

MOHD SHAFIQ ROZALI
MR MAMA
READING, UNITED KINGDOM

No comments:

Post a Comment