Monday, 8 December 2014

Pembentangan Staf Cuti Belajar UKM di MIHE, Markfield, Leicestershire

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah entry ini sebenarnya adalah rentetan dari entry From Reading, Berkshire to Markfield, Leicestershire. So selepas dah berehat di hotel Travelodge bagi melepaskan penat memandu dari Reading ke Markfield, kami pun bergerak ke MIHE untuk sesi pembentangan petang.

Pemantauan Staf Cuti Belajar United Kingdom 2014 ini adalah dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, UKM. So semua staf UKM yang sambung belajar di UK menghadiri sesi pemantauan ini di mana setiap orang perlu membentangkan perjalanan projek Phd mereka. So yang hadir ini datang dari seluruh pelusuk United Kingdom, ada yang dari Scotland, ada yang dari Wales, dari Ireland dan juga dari merata tempat di England ini. Pembentangan akan dinilai oleh pengurusan atasan UKM yang bertujuan bagi menilai progress projek setiap staf samada akan dapat tercapai atau sebaliknya. Ini penting kerana UKM melaburkan kewangan menghantar para staf ini yang akan pulang sebagai Tenaga Pengajar di UKM kelak.

Saya juga dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru Mr Mama dari kawasan lain di UK..haha..contohnya Hanif dari Glasgow, Jo dari Leeds, Shamsul dari London..semuanya Mr Mama dan time isteri masing-masing dalam dewan seminar, kami di luar borak sambil jaga anak masing-masing. Terbuka lagi minda dapat borak dan tahu pasal bandar lain di UK ni. Sebagai contohnya peluang pekerjaan dan harga rumah yang ketara. Reading memang mahal la..Leeds 2 bilik pun baru 600 pound siap 2 tingkat lagi.

Ok la kan, nak share juga MIHE ini apa. Markfield Institute of Higher Education ini adalah sebuah pusat pengajian ilmu Islam di UK ini yang diasaskan oleh orang Islam dan diajar oleh orang Islam. MIHE diasaskan oleh Dr.M. Manazir Ahsan yang berasal dari Bangladesh. Di Institusi ini antara pengajian Islam di peringkat Master dan PhD yang ditawarkan adalah Islamic Study dan Islamic Banking. Di MIHE juga ada Profesor dari negara luar yang mengkaji mengenai Islam membuat lawatan dan bertukar-tukar pendapat mengenai Islam. Menurut Dr.M. Manazir Ahsan, MIHE juga sedang dalam perancangan untuk membina sebuah Masjid di kawasan ini bagi menguatkan sistem pengajian Islam setempat. Buat masa ini hanya ada Prayer Hall sahaja di MIHE iaitu sebuah dewan kecil yang dijadikan tempat solat. Lokasi MIHE yang terletak di kawasan Ratby Lane, Markfield yang berhampiran dengan National Forest dan kawasan ladang amat menenangkan jiwa jauh dari kesibukan bandar. Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil di sekitar MIHE.

Papan tanda di jalan masuk ke MIHE

Pintu masuk MIHE

Bangunan MIHE yang klasik

Library


Prayer Hall yang saya nyatakan tadi

Padang bola sepak untuk para pelajar atau yang menghadiri kursus beriadah



Kawasan parkir 

Conference Hall



Bilik-bilik diskusi

Bangunan pentadbiran







Dr. M.Manazir Ahsan, Rector MIHE dan founder kepada MIHE menyampaikan ucapan aluan semasa makan tengahari

Sesi pembentangan oleh para staf UKM

Adam di MIHE

Sesi bergambar para staf UKM selepas tamat sesi pembentangan dan sesi dialog bersama TNC Akademik dan Antarabangsa, UKM


Mrs Qyla bersama TNC Akademik dan Antarabangsa, UKM ..Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat

Mrs Qyla bersama  Prof. Dr. Mohd Fuad Bin Mat Jali, Panel Penilai UKM

Booklet Pemantauan Staf Cuti Belajar UK 2014 UKM

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar buat Mrs Qyla. Saya berasa bangga kerana isteri saya dapat membentangkan projeknya dengan baik dan menjawab soalan yang diajukan dengan lancar. Semoga Allah mempermudahkan urusan isteri saya menyiapkan penyelidikannya. Amin InsyaAllah.

Saya pula dapat contact kawan2 baru Mr Mama dari seluruh UK dan berkongsi cerita bersama mereka. Banyak ilmu yang saya dapat. So sesi pembentangan diselesaikan pada 4 Disember 2014, Khamis hari kami sampai di sini juga. So Jumaat Sabtu boleh lah jalan2..hehe..yipi...Dah alang-alang stay hotel sampai Sabtu kan. Kami nak ke Birmingham dan Leicester. Dan juga if sempat nak ke Bibury, the beautiful village in UK yang terletak di Gloucester. Saya akan kongsikan pengalaman itu pada entry seterusnya..sila follow ok..tunggu....hehe

Daaa..

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment