Friday 20 February 2015

Memandu ke kotaraya London : outing with friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca budiman, apa khabar? Sihat ke?

Lama sudah saya tidak menulis sebarang catatan di dalam blog saya ini. Kemalasan melanda diri. Malas itu bukan sifat yang baik. Semoga kita semua menjadi rajin dan aktif.

Baiklah, kali ini saya hendak kongsikan aktiviti saya sekeluarga pada hujung minggu lepas. Kami dipelawa oleh rakan kami iaitu Firdauz sekeluarga untuk ke London. Keluarga Firdauz pernah saya ceritakan di dalam entry "Reading's Newcomer: Firdauz and Family". Firdauz semasa kecil dahulu sekitar tahun 1994-1997 pernah menetap di London kerana ayahnya bertugas di High Commission Malaysia. Kebetulan kali ini, ibunya juga datang sekali menemani buat sementara waktu, maka mereka bercadang untuk ke London bagi mengimbau kenangan lama mereka. Kami sekeluarga pula ikut serta bagi mengimbau kenangan bersama.hehe..

Masing-masing sewa kereta. Saya dengan kereta Nissan Note dan Firdauz dengan mini MPV Renault. Saya sudah lupa jenis apa. Kami memulakan perjalanan pada awal pagi Sabtu, 14 Februari 2015 ke London. Sebelum ini dua kali kami sudah ke London tetapi dengan pengangkutan awam, ini kiranya perjalanan pertama ke London dengan memandu sendiri ke sana. Berdebar juga, al maklumlah kota besar dan sibuk kan.

Perjalanan kami dimulakan dengan menuju ke Hendon, suatu kawasan di London di mana terletaknya rumah Firdauz suatu ketika dahulu. Setibanya di sana, keadaan asal rumah dan reka bentuk semuanya tidak berubah sama sekali. Cuma ada orang lain sudah menetap di situ. Besar rumahnya, jika nilai wang pound sekarang sudah pasti sewaannya beribu sebulan. Firdauz dan ibunya begitu gembira kerana dapat kembali mengimbau kenangan mereka sekeluarga suatu ketika dahulu. Maaf tiada foto rumah tersebut yang saya ambil. Saya mengambil keputusan untuk membiarkan Firdauz dan ibunya menikmati kenangan tersebut ..hehe..

Kemudian kami ke sekolah rendah dan menengah Firdauz yang juga terletak tidak jauh dari rumah mereka. Firdauz ternyata begitu seronok dan teruja melihat tempat beliau menuntut ilmu suatu ketika dahulu.

Selepas itu, kami bergerak ke pusat bandar London. Niat di hati kami ingin lalu di depan High Commission Malaysia dan ke Buckingham Palace yang terletak tidak jauh dari situ. Kami hanya sempat lalu sahaja di depan Buckingham Palace. Tiada tempat parking dan yang terdekat selama 15 minit jalan kaki. Memandangkan ada baby, rasanya lebih baik kami hanya lalu sahaja. Dapatlah juga tengok kemeriahan kawasan itu.


Kawasan sekitar Buckingham Palace

Buckingham Palace

Hanya itu sahaja gambar yang Mrs Qyla sempat tangkap..huu..Tidak mengapa. Kami ada 3 tahun lagi untuk ke sana. Seterusnya kami bergerak pula ke Malaysian Hall di Bayswater. Perut sudah lapar kan, tengahari sudah..so kita kena makan dulu. Kami nak makan di kantin Malaysian Hall. Sudah terbayang masakan Malaysia yang lazat-lazat!!Ayuh!!

Untuk makluman, petak parking di kawasan Malaysian Hall ini dikhususkan untuk yang mempunyai permit sahaja, maka kami parking di kawasan berbayar di Hotel Thistle yang terletak tidak jauh dari Malaysian Hall. 3 jam park 5 pound..ok la tu..tapi kalau lebih 3 jam je 16 pound..haha.so cukup kot kan nak lepak Malaysian Hall dan jalan jalan area situ kalau nak beli souvenir..hhee..

Tadaa!!Malaysian Hall!! Proud to see the Malaysia Flag!!

alhamdulillah!! Ohoi..Ayam Penyet woi..mana nak dapat..haha..yummy..hehe

Tu dia sambal belacan power punya..rasa macam kat Malaysia dah..

Teh tarik!!Allah!!

Lazatnya ya Allah..daging masak lemak..kerang masak sambal..hu..lazat dan syukur tak terkata..

Faiz . adik Firdauz makan ayam goreng banyak..hehe

Mak cik Jamaliah dan Adni

Firdauz.

Suasana di dalam kantin Malaysian Hall

Saya dan Adam



Kuih lopis pun ada..memang terbaik..licin..

Malaysian Hall


Sungguh tak sangka, rupanya dalam masa sama kawan kami dari Reading, saudara Hasbullah atau lebih senang dipanggil Pak Lah juga datang ke Malaysian Hall.hehe..


Di luar Malaysian Hall



Bergambar kenangan di depan Malaysian Hall



Adni dah biasa dengan Mrs Qyla..mama dia juga ..hehe



Terletak dalam 7 minit jalan kaki ada kawasan untuk beli cenderamata..kami borong..nak beri pada keluarga di Malaysia.hehe

Jalur gemilang berkibar megah


Banyak menu yang ada di kantin Malaysian Hall. Pelbagai juadah lazat Malaysia seperti Ikan Keli sambal juga ada disediakan. Yang pasti saya beri lima bintang pada rasanya. Bukanlah nak kata sebab lama tak makan rasa sedap..memang tukang masaknya masak dengan ikhlas..sedap masakannya..tahniah kantin Malaysian Hall. Menyatukan rakyat Malaysia di UK dengan makanan lazat..Air sirap percuma je..hehe..Kami siap bungkus Ikan Keli sambal dan juga sambal kerang tu nak buat makan di rumah..hehe..

Seterusnya kami ke Stadium Wembley. Stadium yang selalu digunakan untuk match besar bola sepak di ENgland ni. Bagi peminat bola sepak mesti tahu stadium ini. Actually memang nk bergambar depan stadium tu je..hu..tapi jadi lain lak..tak sangka yang sebelah stadium tu ada London Designer Outlet. Macam JPO kat Johor tu..dari nak gi stadium terus ke situ..haha..lagipun tak tahu camne nak masuk stadium dari kawasan parking..haha

Ni bangunan letak kereta



Adam anak papa

tu dia London Designer Outlet

Stadium Wembley!!




Bergambar kenangan


Mrs Qyla




Bergambar kenangan








HAha..









Pak Lah sekeluarga..haha..tadi jumpa kat Malaysian Hall..ni jumpa sini lak..haha..ada pasang tracker ke Pak Lah?hehe

Kiranya banyak la outlet berjenama di sini. Murah tak murah la ..hu..jika nak pergi silakan..kami tengok je la..haha..

So itu sahajalah perjalanan kami pada hari tersebut..seronok..memandu di London ni sama sahaja macam di Kuala Lumpur. Tiada yang bezanya cuma yela kita kan first time..tak tahu jalan la..ada la juga kena hon..haha..coz ambil lorong salah kat roundabout..biasa la tu..gambar di bawah ini ialah kereta Nissan Note yang saya sewa..










Best drive Nissan Note ni..nak beli?hehe

Baiklah itu sahaja perkongsian dari saya,.tata..

Assalamualaikum

SHAFIQ
READING, UK

No comments:

Post a Comment