Thursday 20 November 2014

Seewoo (Reading) Ltd : Asian Warehouse di Reading

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Dari entry saya sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai beberapa kedai menjual barangan makanan Asia. Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tempat terbesar barangan menjual Asia di Reading ini iaitu di Seewoo (Reading) Ltd. Ianya adalah sebuah gudang yang terletak di kawasan perindustrian di sini. Alamatnya ialah di 15 Cradock Road, RG2 0JT. Gudang ini ialah milik orang China dan menjual pelbagai bahan makanan orang Asia termasuk peralatan dapur orang China seperti kuali, lesung batu dan sebagainya.

Ada juga bahan mentah seperti ikan dan daging. Makanan-makanan di dalam tin juga ada dijual di sini. Untuk orang Malaysia, ada juga banyak bahan makanan dari Malaysia seperti paste2 chili, sos, mee segera dan kicap. Kicap kipas udang kami cari di sini. Ada dijual di Seewoo.

Ok jom kita lihat di dalam gudang See Woo ini.

Frozen food

Beras, tepung, bawang-bawang

Kicap, sos

Sos Maggi

Kicap cap kipas udang



Bahan-bahan makanan di dalam botol


Sayur-sayuran dan buah-buahan



Bagi saya, tidaklah semua ada di sini, tetapi sudah cukup untuk orang Asia mendapatkan bahan-bahan penting untuk masakan tradisional masing-masing. Bolehlah melawat nanti ke Seewoo jika anda datang ke Reading. Saya dan Mrs Qyla mengimpikan yang kami boleh membuka kedai menjual barangan Asia di mana our speciality is to provide barang2 dari Malaysia. Pasti menarik!!!

Ok itu sahaja perkongsian saya mengenai Seewoo.

Daaa


MOHD SHAFIQ
READING
UK

No comments:

Post a Comment