Thursday 20 November 2014

Adam's fun time @ The Mad House Reading

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua para pembaca yang saya hormati.

Pada hari Ahad yang lepas, ketika saya menyewa kereta di Reading, UK ini, saya sekeluarga berkesempatan membawa anak saya ke The Mad House iaitu satu pusat permainan untuk kanak-kanak. The Mad House dengan tagline mereka iaitu Soft Play and Party World ialah tempat yang wajib anda bawa anak anda jika berada di Reading ni. Menarik dan harga masuknya juga murah. Anda juga boleh bermain sekali dengan anak anda, pasti menyeronokkan.

The Mad House ni terletak tidaklah jauh dari rumah kami di sini. The Mad House terletak di Green Park, RG2 6UL. Ianya dibuka setiap hari mulai jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Bayaran masuknya pula untuk kanak-kanak di bawah 1 tahun ialah 2 pound. Manakala bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun pula ialah 4.50 pound. Untuk ibu bapa yang menemani anak-anak pula percuma untuk seorang dan seorang lagi dicaj 1 pound. Murah kan? Kerana tiada had masa untuk bermain nanti. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari lawan web The Mad House seperti di bawah:

http://www.themadhousereading.co.uk/

Seperkara lagi, untuk memastikan kebersihan dan tahap hygiene di pusat permainan ni, setiap pelawat mesti memakai stokin. Kalau tak bawa, ada dijual di kafeteria sebanyak 1 pound per set. Saya pula time tu tak bawa stokin, tak pasal pasal kene beli stokin, haha.

Ayuh kita lihat apa ada di dalam ya.

Adam siap bergaduh lagi dengan budak-budak kat situ..haha

Pendek tapi nak panjat..nak juga..haha

Kene mohon pertolongan juga akhirnya..haha

Adam main lego besar

Adam main apa ntah




Aktiviti di sini dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah sahaja dan untuk satu lagi terbuka kepada semua. Ibu bapa juga boleh temani anak-anak bermain. Tiada masalah. Tempat ni memang saya syorkan pada semua. Time pergi ni kami je orang Asia. Yg lain semua rakyat tempatan. Tapi takpe, ok je..hehe..

Itu sahaja yang saya nak share. Silalah lawat The Mad House jika datang ke Reading.

Tata titi tutu..

SHAFIQ
READING

No comments:

Post a Comment