Apa khabar anda semua di sana? Tak kira la anda di benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika atau di mana-mana sahaja, saya doakan anda semua sihat sejahtera. Kebelakangan ini, agak kurang entry di post blog kebanggaan saya ini. Saya sedikit sibuk dan tidak sihat. Selalunya malam la saya menulis, tetapi akibat kesihatan yang tidak cergas sepenuhnya, saya tangguh dahulu. Malam ini 1 Februari 2015 saya kembali ke alam blogging yang saya minati ini.
Baiklah, kali ini seperti di tajuk entry yang kalian boleh baca, Reading's newcomer : Firdauz and Family!, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya dan isteri menerima tetamu baru yang menetap sementara di rumah saya sebelum mereka berpindah masuk ke rumah sewa mereka di Reading ini. Apabila anda di luar negara, keluarga anda adalah rakan-rakan di tempat tersebut. Di sinilah ada orang yang lebih berumur yang kita anggap seperti Ayah , Mak atau Abang serta Kakak,ada yang sebaya dan ada yang lebih muda yang boleh kita anggap seperti adik kita sendiri. Itulah perasaan semulajadi yang lahir akibat rasa tanggungjawab dan belas kasihan sesama manusia. Di dalam Islam juga menuntut kita saling bantu membantu serta hormat menghormati di antara satu sama lain. Jika kita membantu orang yang mengalami kesulitan, InsyaAllah akan ada bantuan dari Tuhan Yang Maha Adil di dalam kehidupan kita kelak. Saya dan keluarga saya percaya akan perkara tersebut dan atas sebab rasa kasih dan memahami akan kesulitan yang bakal dialami oleh orang Malaysia yang baru hadir di sini bagi memulakan kehidupan, adalah menjadi satu tanggungjawab sosial bagi kami menghulurkan bantuan kepada mereka.
Sesi kemasukan pelajar baru PhD bagi tahun 2015 sudah pun bermula pada bulan Januari. Satu lagi keluarga Malaysia iaitu Firdauz serta keluarganya terbang meninggalkan keluarga di Malaysia demi sebuah cita-cita murni demi anak bangsa negara tercinta. Isteri Firdauz iaitu Ejatt akan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University of Reading. Beliau merupakan tutor di UPM dan kebetulan adalah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM iaitu fakulti tempat di mana bergraduasinya Mrs Qyla suatu ketika dahulu. Ramai juga rakan-rakan kami di UPM yang Ejatt kenali. Kalau dah UPM tak lari ke mana la kan. Kebetulan pula, Ejatt juga sambung PhD satu Supervisor dengan isteri saya di sini. Memang betul-betul kawan la dah ni.
Firdauz dan Ejatt mempunyai dua orang anak, Adni yang berumur 2 tahun 9 bulan dan Naim yang masih lagi kecil iaitu berusia 2 bulan. Sebenarnya sebelum ini, Mrs Qyla dan Ejatt hanya mengenali satu sama lain di FB sahaja, langsung tidak pernah berjumpa. Mereka kenal di dalam Page "Fellow/Tutor IPTA Malaysia". Mrs Qyla pernah post tanya siapa yang akan sambung PhD di Reading dan bermula saat itulah Ejatt mengenali Mrs Qyla. Sebelum mereka datang ke sini, banyaklah sesi bual bicara di antara mereka berdua, tentang rumah , pelajaran dan macam-macam lagi la. Rezeki mereka untuk dapat rumah lebih awal sebelum tiba di UK dilewatkan oleh Allah, so kami pun menjemput mereka sekeluarga untuk menetap terlebih dahulu di teratak kami sebelum berusaha lagi mencari rumah sewa yang sesuai.
Mereka sekeluarga tiba di rumah kami pada awal pagi 19 Januari 2015, hari Isnin. Berdebar juga rasa, yela tak pernah jumpa kan. Tak kenal maka tak cinta orang kata kan, dah jumpa oh begini orangnya, Meriah lah rumah kami ni seminggu. Firdauz memang pandai berborak, kelakar lak tu. Adni anaknya pula lebih kurang sebaya anak kami sahaja, Adam. Mereka berdua lah rakan bergaduh dan bermain. Ibu Firdauz dan adik lelakinya juga hadir tetapi pada hari Jumaat, 23 Januari 2015.
Mr Mama terbaru di Reading, Firdauz melayan dua orang anaknya, Adni dan Naim. Haha..welcome to the club Firdauz. Lagi susah jaga anak dari kerja sebenarnya.
Ejatt, isteri Firdaus, warga Phd terkini di Reading
Faiz!!!adik bongsu Firdauz. Faiz adalah golongan istimewa, gelagatnya seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 21 tahun tetapi itulah orang kata anugerah Allah. Adanya Faiz lagi menceriakan suasana di rumah kami. " Mama, nak chicken 3!!" haha..Faiz pandai speaking kot, slang pun slang UK. kalah kami semua.
Ewah Faiz
Firdauz berlatih menjadi Mr Mama di rumah saya. Latihan itu perlu..haha
Senyum baca WhatsApp group Geng Mengopi para lelaki Reading la tu. Firdauz agak terkejut yang kami aktif berwasap. Ate yob, dah xde keje, itulah leh ngadap..haha..
Naim..kecil lagi dah kene adapt dengan suhu sejuk di sini.
Jika diikutkan kisah Firdauz , mereka sekeluarga ketika kecil pernah menetap di London dari tahun 1994 sehingga 1998. Ayah Firdauz adalah PTD juga. Ketika itu, ayahnya ditugaskan di Jabatan Imigresen Malaysia, High Commission Malaysia di London. Maka, serba sedikit kehidupan di UK bukanlah suatu yang baru buat dirinya. Masih segar di ingatan Firdauz tentang zaman persekolahan, sistem pengangkutan, makanan dan macam-macam lagi la kenangan di London dan UK. Bagi Makcik Jamaliah, kedatangannya kali ini adalah sebagai mengenang kembali kenangan lalu. Banyak kisah yang diceritakannya kepada kami. Seronok dengar.
Makcik Jamaliah ada di rumah kami ni, memang tak masak lah saya.hehe..orang lama dan pakar masak ada, kita serahkan pada yang pakar lah..haha..Bukan saya suruh, tetapi yela, orang lama mestilah rajin lagi masak kan. Paling menarik sekali apabila makcik Jamaliah masak rendang Perak. Oh lupa nak beritahu kepada semua, Makcik Jamaliah ni orang Parit, Perak, suaminya pula orang Kuala Kangsar, Perak dan kini mereka menetap di Ipoh. "Ate, teman dah jumpa orang Perak la kat sini kome oi, memang lagi ler seronok cakap Perak je terus". Makcik Jamaliah punya rendang Perak sedap wei, sama cam selalu Aboh saya masak kat kampung.
Tengok tu..siap bawa serai dan daun kunyit lagi dari Malaysia. Balut dengan surat khabar..hehe
Daun kunyit!!wohoo..lama dah x nampak dah encik daun kunyit..haha
Asam keping pun dibawa..hehe
Santan pun Makcik Jamaliah bawa..huu
Mrs Qyla mendengar petua masak Rendang Perak dari Makcik Jamaliah
Wahhh..lama dah tak nampak hirisan serai, bawang semua ni untuk masak rendang..kat sini masak rendang guna paste je kot..
Santan kasi letak sikit
Serbuk kunyit dan asam keping
Letak juga daun kunyit tadi
Mari gaul gaul
Naik dah bau rendang !!\
Pastu letak juga coconut powder yang umpama kerisik la..tu pun jenuh saya dan Firdauz cari dekat Costcutter..hehe..Tuan kedai tu punya semangat cari kot
Tadaa!!!Rendang Perak in da house yo!!
Yummy!!teringat saya kat Aboh dan Ma kat kampung..alahai..hu
MAkan dengan nasi panas,,walawei!!Yummy!!Awesome!!haha
Rasa seronok ada MAkcik Jamaliah kat sini,,macam-macam la dimasak oleh beliau. Memang sedap-sedap belaka..hehe..
Tu dia sambal belacan!!!wohoo!!!daging masak apa ntah..tak tanya..haha..tapi sedap sangat!!
Dan hari hari berlalu, saya selaku Mr Mama semakin tidak berfungsi..haha..jadi tukang masa nasi je la..hehe
Ok sedikit lagi mengenai Firdauz, dulu Firdauz sekolah sekejap di UK, kemudian sekolah di Parit dan selepas itu, belajar di MRSM Taiping. Maka Taiping, iaitu tempat lahir Mrs QYla juga bukan asin baginya. Firdauz dan Ejatt kedua-duanya belajar di Jepun suatu masa dahulu. Firdauz ni kiranya memang dulu kaki drift kereta, kaki kereta, kaki motor superbike..ai memang power ni..hehe.. Seronok lihat mereka suami isteri kadangkala menggunakan bahasa Jepun untuk berbicara. Firdauz sebelum datang ke Reading ni bekerja di syarikat Jepun juga. Eloklah tu, kat Reading ni buka kelas Bahasa Jepun je Firdauz. Dapat juga pendapatan..hehe..
Kehadiran Adni adalah juga suatu hikmah di sebalik kehadiran Firdauz dan keluarganya di rumah saya selama seminggu lebih ni. Ada la kawan Adam. Adam ni nak kawan sebenarnya. Walaupun kadangkala berdamai kadangkala bergaduh , tetapi boleh nampak Adam seronok ada kawan. Adni pun saya perasan begitu juga.
Main kereta sama-sama
Apa diborakkan tu ?
Sama-sama main mainan yang ada. Bagus juga beli mainan banyak-banyak ni..hehe
Adni..=)
Masing-masing dengan Ipad
huuuu..tak boleh tengok selalu ya Ipad ni anak-anak
Seronok tengok gelagat Adam dan Adni. Terhibur hati melihat mereka. Seperti yang saya katakan tadi, adik Firdaus iaitu Faiz juga menambahkan suasana ceria di rumah kami. Faiz memang kelakar la senang kata..hehe..Faiz boleh bertutur bahasa Inggeris kerana dia lahir di UK. Penyakit yang dialaminya juga dikesan oleh Doktor di UK. Makcik Jamaliah menyatakan bahawa beliau menghantar Faiz ke kelas khas semasa kecil dahulu. So no wonder la Faiz slang pun slang UK kan. Faiz memang sukakan ayam. Apa pun mesti Chicken!!haha..Ingat lagi semasa rakan kami di sini iaitu saudara Hasbullah aka Pak Lah dan isterinya Zuha jemput kami semua untuk makan nasi ayam di rumah mereka. Faiz dah siap ingat yang NAsi Ayam tu adalah restoran Chicken Rice Shop macam kat Malaysia..haha..Faiz Faiz..
Faiz memang semasa di rumah kami, dia duduk di bilik kedua kami dan menghadap laptop layan Youtube..hehe. Semoga Faiz sihat dan ceria selalu ya. Banyak kenangan Faiz kat rumah kami ni..haha..=p..
Imbas kembali saat saya dan Firdauz keluar ke bandar Reading untuk mencari rumah sewa. Kami pergi ke setiap Letting Agent yang ada di bandar. Alhamdulillah ada dua rumah yang boleh dimasuki segera iaitu satu dengan Agent Jon Rosi dan satu lagi di bawah kendalian Agent Prospect. Jika anda yang bakal menetap di UK dan tidak dapat rumah, bolehlah terus pergi ke Letting Agent yang ada, InsyaAllah mereka akan membantu dan saya rasa lebih cepat prosesnya kerana mereka dapat melihat sendiri diri anda. Terima kasih kepada sahabat kami di sini iaitu saudara Hasbullah aka Pak Lah yang sudi menumpangkan saya dan Firdauz untuk sesi view rumah. Terima kasih juga kepada saudara Hazni Hafiz yang sudi menumpangkan Firdauz untuk sesi view rumah di malam hari bersama-sama saudara Naqib yang sekaligus menjadi rumah pilihan Firdauz sekeluarga. Terima kasih Hafiz siap terus bawa Firdauz pergi Prospect malam tu juga untuk booking rumah tersebut. Itulah gunanya sahabat dan seperti saya katakan tadi, itulah masyarakat Malaysia di luar negara, seperti sebuah keluarga. Terima kasih juga buat saudari Norhayati atau Mokti serta Dahlia (wife Hafiz) dan anak-anaknya kerana sudi melawat Ejatt dan Firdauz sekeluarga bertanya khabar dan berkenalan. Ejatt juga simpan susu-susunya yang dipam di rumah Mokti since peti ais di rumah kami ni kecil sangat.
Alhamdulillah, kami sekeluarga dan keluarga mereka dapat bertukar-tukar idea dan pendapat di sepanjang mereka menetap di rumah kami ini. Orang kata, ini hari mereka memerlukan bantuan, di masa depan mungkin kami pula yang perlukan bantuan mereka. Semangat bantu membantu inilah yang perlu ada dalam jiwa kita sebagai manusia.
Akhirnya pada 28 Januari 2015 , Rabu yang lalu, setelah seminggu lebih bersama Firdauz dan keluarganya, tibalah saat perpisahan. Mereka berpindah masuk ke rumah sewa mereka tidak jauh dari rumah kami. Sekali lagi, peranan sahabat penting dalam proses pindah masuk ini. Special thanks goes to Hidayat yang tumpangkan Firdauz ke rumah sewanya untuk proses sign agreement, Hairi dan Atif yang sudi mengangkat barang-barang Firdauz sekeluarga ke rumah sewa mereka dengan kereta masing-masing. Jasa kalian semoga dibalas Allah dengan kemudahan hidup di sini InsyaAllah.
Sebak juga rasa di hati apabila dah rasa rapat dengan Firdauz, Ejatt, Adni, Naim, Makcik Jamaliah dan Faiz, tiba pula saat perpisahan. Memang tidaklah jauh, tetapi masa bersama satu rumah itu adalah kenangan indah buat kami semua yang akan diingati sampai bila-bila. Itulah sebab mengapa saya catatkan kenangan indah itu di dalam blog ini agar menjadi kenangan abadi buat semua.
Beg mereka dah packing
Faiz bersiap siap nak pindah
Faiz cakap dia nak pindah hotel. Tidak mengapa lah Faiz, hotel pun hotel la..haha
Adam sempat mengatakan sesuatu kepada Naim..Adam siap nangis lagi tak nak Naim pindah..hu..sabarlah Adam..nanti ya ada adik..bagi Mama habiskan labwork dulu..
Kereta Atif dan Hairi yang dijadikan lori pindah barang hari itu..hehe
Terima kasih Atif dan Hairi
Sayonara Firdaus..semoga jadi Mr Mama cemerlang..lepas ni kita jumpa solat Jumaat dan main badminton serta futsal la..ajar kami drift kereta juga..haha
Terima kasih Makcik Jamaliah masak sedap-sedap untuk kami. Nanti masak satay lak makcik..haha..To Ejatt, all the best ya for ur PhD journey here..takpe..nangis ngan Mrs Qyla nanti kalau stress..haha
Terima kasih buat Firdauz sekeluarga di sepanjang mereka menetap di rumah kami ini. Kami sekeluarga mohon maaf apa yang terkurang dan terkasar bahasa ya. Kami doakan kalian berjaya mengharungi kehidupan di sini. Kita adalah satu keluarga di sini. Terima kasih atas segala pemberian kalian semua kepada keluarga kami. Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan Reading yang menghulurkan bantuan dan semangat kepada Firdauz sekeluarga. Semoga ukhuwah antara kita diredhai oleh Allah. All the best Firdauz dan family!!
Sekian terima kasih.
19 Januari 2015-28 Januari 2015
Kenangan terindah
MOHD SHAFIQ ROZALI
READING, UK
No comments:
Post a Comment