Pagi tadi saya cakap nak masak daging goreng kunyit..hehe..tapi saya tukar menu jadi daging masak kicap!!Terangkat punya..hehe..ni tunggu dia balik la ni..sat lagi saya lak nak ke masjid solat Jumaat.
Ni dia daging masak kicap saya tu!!hehe..tadaaa!!
Yummy!!!hehe
Ok tanpa membuang masa mari saya tunjukkan bahan-bahan nak masak daging masak kicap ni.
Bahan-bahannya:
Daging dipotong kecil kecil
Kayu manis, bunga lawang, 1 biji bawang besar, 1 ulas bawang putih, 2 cili padi, 2 inci halia
Kicap manis (ABC), kicap pekat (lee kum kee) dan kicap masin cap kipas udang..ikut la pape jenis kicap pun nak guna
Cara memasak:
1) Hiris setengah bawang besar, seulas bawang putih dan 2 inci halia tadi.
2) Setengah lagi bawang besar dipotong kasar
3) Hiris kecil kecil cili padi
4) Kemudian panaskan sedikit minyak
5) Tumis hirisan bawang besar, halia, bawang putih tadi
6) Masukkan pula kayu manis dan bunga lawang, Tumis sehingga naik bau
7) After that, masukkan cili padi yang dihiris. Tumis sehingga naik bau harum
8) Kemudian, masukkan kicap manis
9) Masukkan kicap pekat
10) Masukkan kicap masin
11) Gaulkan semua kicap tadi sebati
12) Selepas itu, masukkan daging
13) Masukkan setengah cawan air. Gaulkan hingga sebati. Saya suka kering..so saya masuk air banyak ni je.
11) Dah daging tu empuk dan rasa pun lazat, masukkan hirisan besar bawang besar tadi. Kemudian saya nampak lak ubi kentang..haha..masukkan juga ubi..hehe..ni sesaje tambah
12) Gaulkan sehingga sebati. Kalau rasa tak ok, tambah la dengan gula dan garam tau..
13) Tadaaa!!! Siap sudah..saya juga masukkan daun bawang nak bagi cantik..
Sedap wei!!!Alhamdulillah menjadi..hehe
14) Masa untuk dihiaskan..saya guna salad dan tomato
TAddaaa!!!!hehe,.yeah!!!
Selamat mencuba ya..makan dengan nasi panas memang terangkat beb!!haha..try la..ok itu sahaja perkongsian saya..salam Jumaat dari Reading , UK
Daaaa...Assalamualaikum
SHAFIQ
READING
No comments:
Post a Comment