Kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian tentang aktviti saya sebagai Mr Mama bersama keluarga saya pada hujung minggu lepas. Pada 21 Februari sehingga 22 Februari 2015 (Sabtu dan Ahad) adalah hari yang sangat menggembirakan dan meninggalkan kenangan indah buat kami sekeluarga. Banyak tempat kami pergi di England ini. Saya akan pecahkan penceritaan saya kepada beberapa entry agar tidak terlalu padat dan serabut bak kata orang.
Untuk entry kali ini, saya akan menceritakan aktiviti pertama saya iaitu pada hari Sabtu, 21 Februari 2015. Kami sekeluarga bersama rombongan besar keluarga Malaysian PostGraduate Student di sini telah menyertai Sheffield Malaysian Games 2015 yang diadakan di Sheffield, UK. Ianya adalah satu temasya sukan dan juga makanan Malaysia yang dikelolakan oleh kesatuan pelajar Malaysia Sheffield. Bagi saya, temasya ini satu platform yang baik bagi mengeratkan hubungan rakyat Malaysia tidak kira yang masih belajar di peringkat Ijazah, postgrad student, rakyat Malaysia yang sudah menetap lama di UK dan juga ahli keluarga lain seperti saya, Mr Mama. Terdapat banyak acara sukan yang dipertandingkan, antaranya ialah bola sepak 6 sebelah, badminton, bola jaring, basketball, rugby, sukan tradisional seperti baling selipar, dam aji, congkak dan batu seremban. Sukan seperti chess dan juga permainan konsol Play Station juga turut dipertandingkan. Kiranya memang rombongan kami keluarga besar Malaysian di Reading ini bertanding hampir kesemua acara. Orang kata melepaskan stress belajar di samping bolehlah berjalan bersama keluarga dan seterusnya mengukuhkan ikatan persahabatan kami semua di sini.
Persiapan untuk ke Sheffield Games 2015 ini buat kami warga Reading memang sudah berjalan rancak sejak awal Januari 2015 lagi. Malam, pagi, petang ada latihan sukan yang diadakan apabila ada masa terluang. Kami juga turut menempah jersi Reading FC dari Malaysia untuk memastikan pasukan Reading adalah seragam dan juga menguatkan semangat kekitaan.
Bukan sukan sahaja, malah di Sheffield Games ini turut menjadi platform bagi mereka yang bersemangat keusahawanan untuk berniaga makanan. Ada di antara kami di Reading ini yang turut berniaga. Siap ada jadual waktu lagi untuk tugasan menjaga gerai. Saling bantu membantu antara satu sama lain. Disebabkan kami kecil sahaja di sini, so semangat kekeluargaan itu kukuh. Saya tidak menyertai sebarang acara sukan, tugas saya seperti biasa, saya lantik diri saya sendiri sebagai jurukamera tidak bertauliah dan amatur..hehe..Mrs Qyla isteri saya pula masuk acara congkak. Adam pula bawa diri je..hehe..
Rombongan dari Reading ke Sheffield berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama begerak pada hari Jumaat dan selebihnya kumpulan kedua bergerak awal pagi Sabtu jam 4 pagi. Saya sekeluarga dan 4 buah lagi kereta bergerak pada jam 4 pagi hari Sabtu. Saya kerja malam Jumaat so ambil keputusan gerak hari Sabtu je la..Perjalanan ke Sheffield yang berada di utara England mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.
Berikut adalah gambar-gambar untuk tatapan semua..enjoy ya..
Adam yang berada di belakang..duduk dalam car seat..muka bengang je..haha
Double chin..haha
Muka tahan senyum..adam adam..hehe
Masam balik..haha
Saya dah start ngantuk..huhu
Gambar perjalanan
Kincir angin penjana tenaga
Yeah dah masuk bandar Sheffield. Memang kawasan bandar ni berbukit bukit..
Sekitar jam 8.30 kami tiba di lokasi kejohanan Sheffield Games 2015 diadakan. Lupa pula nak beritahu yang kami turut bawa kuih bingka yang dibuat oleh Makcik Jamaliah, ibu kepada Firdauz kawan saya di sini (pernah diceritakan di dalam Reading's newcomer: Firdauz and family) untuk dijual di gerai Reading.
Tibanya di sana, kami terus ke tapak gerai. Actually dibuat di kantin.
Saya dan Adam sarapan dulu..
Malaysian Reading tengah sarapan
Makan makan kak
Para peniaga Reading..
Ops ada jejaka di situ..di mana ada si S, di situ ada si N..hoho..
Che Su yang sarat mengandung..nak due dah tu..semoga selamat semuanya kelak..
Mrs Qyla dan Adam..Adam nak kuih apom..hehe
Peqat..=)
antara kaum lelaki Reading...
Nasi lemak..nasi lemak..nasi lemak!!
Naqib dan Salwa..=)..tak mahu cakap apa apa..hehe
Jeruk pun ada..ni kedai Reading je ni baru
Nasi lemak 3 pound..
Adam dan kuih apomnya..
Adam makan ke main tu>hehe
Para wanita Reading di tepi gelanggang bola sepak
Posing arah lain lak..perempuan..biasalah..bergambar suka..haha
Irfan..anak bro Zaidi dan Kak Zaa
Yana..juga anak bro Zaidi dan Kak Zaa..salah sorry..hu
Team bola sepak Reading..walaupun ada 1 pack je bukan 6 pack tetapi ganas..dan hebat hebat ni..
Sesi warm up.
hakem nimbang bola.
Mrs Qyla dan Adam turut memberi skongan..Adam tak habis habis dengan susu..hu.
Warm up bro..warm up
Dorang berdua ni jiran sebelah sebelah kat Reading
Para pemain Reading..mana ada team lain siap jersey ada nama..hehe..Reading je..tu pun hantar bapak budak lawan..xyah la undergrad ni..haha
Nampak panas..sejuk tu
Gaya apa engku syafiq tu eh..hehe
Mana tangan beliau?
Tony..nama sebenar Hafiz..haha
di hadapan gelanggang badminton..sorry semua ya..dapat tangkap yang ini je..huu
Para pemain bola sepak Reading..hehe..bergaya semua..gaya handalan..
Tu nama mereka..hehe..ada yang bukan nama sebenar pun..
Haha.saya menyelit kejap..jadi lah..hoho
Berbincang sebelum perlawanan
Aksi sudah dimulakan!!
Kejar kejar!!
Para wanita dan kanak-kanak Reading memberikan semangat
Hu..ini bukan kem tau..ni pagar je..hehe
Dah habis game..game first seri 0-0..good game..baru nak panas orang kata
Anak Hafiz si Tony tadi tu..hehe
Para Mak-mak di Reading..tapi sorang lagi belum bergelar mak..hehe..yang tudung biru tu..tapi dah kahwin ya..jangan ada yg nk adjust ke apa..
Adam..hehe..macam dia lak main tadi..haha
Adam dah kesejukan..tu diam je tu
Saya dan Adam..hehe
Adam duk atas apa?cuba teka..hehe
ni kawasan kantin sekitar tenaghari lak..meriah oi..banyak makanan..pesta makanan bermula!!
Malaysian di United Kingdom..terasa seronok lihat semua orang Malaysia
Soto, lontong..nasi tomato!!mari mari mari!!
Peniaga yang ada..
Mrs Qyla dan Kak Yati jaga kedai ke curi minum ni?haha
Ika Ivy dan rakan-rakan menjual nasi minyak..
Nasi Minyak yummy!!
Nasi Ayam Penyet dan nasi berlauk
macam macam lauk ada..
Mari mari kak
Kak hidayah..kebetulan..ni geng kitorang..dia study kat Nottingham..datang Sheffield Games jual satay..rajinnya la..tahniah..
tu dia satay!!!
karipap karipap!!
sibuk melayan kehendak pelanggan
suasana meriah di dalam kantin..
gerai jual nasi kerabu
ais kacang kot!!!haha
taruh bang taruh lagi!!
tu dia ABC special!!
Pak Lah..dah macam hero filem..
AIs krim Malaysia!!!huu..alahai..ada kat sini woi!!
ni gerai kat luar lak
Naqib..=)
Selepas itu jam 1 petang, Mrs Qyla punya turn untuk pertandingan congkak..ayuh my wife!!ayuh!!
Nadhirah..wife engku syafiq yang tengah duduk tu..dia join carom
Ping pong antara sukan yang dipertandingkan
Acara congkak bermula!!come on Aqilah..haha..game ni 4 orang je join..ada peluang ni menang..haha
Game first..lawan student lelaki..hehe
Haha..Mrs Qyla menang!!yahoo..
Adam..nite..haha..dah tido..ngantuk..kalau tak mesti dia nak main sekali congkak tu
Abg Amin..sertai chess..bekas Perak State Player chess sewaktu di MCKK dahulu..
Nadhirah masih menunggu turn main carom..
Game kedua Mrs Qyla..
Alhamdulillah menang lagi!!
gambar kenangan peserta congkak Malaysia Sheffield Games..hehe
ni main sesaje..dah menang dah..Mrs Qyla juara!!pingat emas..hehe
serius je abg amin
game PS pun turut dipertandingkan..
siap peace lak..hu..mungkin dia ingat saya ni jurukamera rasmi kot..haha
aksi carom
Urusetia congkak menyerahkan sijil dan medal emas kepada Mrs Qyla!!tahniah..hehe..ikutkan kene tunggu sampai penyampaian hadiah, tetapi sebab kami nak cepat balik..nak ke manchester lak..so minta la awal semua..haha..terima kasih ya adik..hehe..
Im so proud of you my wife!!
ni aksi game baling selipar lak..
pasukan Reading menunggu turn
Sebelum kami nk berangkat tapau dulu makanan yang ada..lapar la
jumpa geng Mrs Qyla..dia sambung Phd di Sheffield
Saya beli nasi lemak ni..1 pound..sedap
Itulah sahaja catatan saya di Sheffield Games 2015. Memang meriah dan menyeronokkan. Pelbagai sukan dan gerai ada di sana. Artis jemputan Noh Hujan juga ada sebenarnya. Saya tak sempat time tu..dah gerak ke Manchester..
Kenangan indah buat saya sekeluarga dan juga buat teman teman kami di Reading ini. Jauh perjalanan kami ke Sheffield. Kami di kawasan selatan naik ke utara England demi memeriahkan acara buat rakyat Malaysia di UK ini. Tahniah buat semua ya..tahniah buat yang bertanding..yang menang..yang berniaga..yang jadi urusetia..all of you awesome!!
Semoga kita berjumpa lagi di lapangan yang lain kelak..buat para pembaca sekalian, tunggu untuk next entry saya berkenaan catatan perjalanan ke Manchester dan Nottingham pula..stay tune ya..terima kasih
SHAFIQ
READING, UK