Saya akui memang banyak benda saya nak kongsikan bersama, mengenai kerja, mengenai percutian ke Istanbul dan macam-macam lagi. Kenapalah malas melanda ni..aish..hehe..
Baiklah kerana hari ini saya gembira sangat, saya nak kongsikan dengan semua tentang satu kisah yang boleh saya beri tajuk " Kejayaan yang dilewatkan".
Pernah tak dalam diri anda semua, dah cuba banyak kali tetapi tetap gagal? Rasa kecewa dan mulalah rasa macam-macam dalam hati. Kalau pernah itu normal. Manusia memang begitu. Cuma cara nak atasi kegagalan itu yang pelbagai. Allah sebenarnya nak uji kita, nak lihat kita mengatasi kesedihan dan kegagalan itu. Gagal sekali bukan bermakna selamanya gagal. Allah tahu kita mampu hadapi kegagalan dan kejayaan kita dilewatkan. Ada hikmahnya. Sentiasalah redha bahawa rezeki tetap ada, cuma masanya kita tak tahu. Tetapi janganlah tanpa sebarang usaha.
Ok lah nak kaitkan perkara ini dengan penulisan kali ini ialah mengenai lesen memandu di UK. Akhirnya hari ini, 4 Januari 2016, kali ke-3 ambil ujian memandu, saya lulus juga. Alhamdulillah syukur tak terkira. Kali pertama ambil 23 Oktober 2015, saya gagal. Ketika itu kesalahan saya ialah semasa di roundabout, saya termasuk lane lain tanpa beri signal. Walaupun yang lain saya lulus, tetapi kerana kesilapan tersebut, terus gagal.
Kali kedua pula ialah lebih kurang 2 minggu lepas, 18 Disember 2015. Yang ini pun sama, saya gagal kerana lambat bergerak semula selepas membuat emergency brake. Ada la satu kereta tunggu kat belakang, terus gagal. Time ni dah rasa kecewa dah, yela rasa macam dah ok je semua, instructor yang ajar pun rasa pelik kenapa fail. Examiner pun cakap saya memandu ok, cuma silly mistake bagikan saya disaster terus.
Takpela kita book another test. Dekat sini kalau dah fail test tu, bukan minggu tu juga leh repeat test, Time gap dia lama. 2-3 bulan akan datang baru ada slot baru. Nak menunggu tu la seksa. Lesen Malaysia valid setahun je boleh dipakai di UK ni. Tak boleh convert macam sesetengah lesen negara lain seperti kebanyakan negara Eropah, Hong Kong dan Singapura. Nak tak nak kena la ambil. Kita dah ada pengalaman memandu lama dah di Malaysia, sekali fail tu yang rasa stress tu. Sedih ditambah pula dengan wang yang dah habis beratus2 belajar dan test, Sejam belajar dah 27 pound plus dengan fee ujian ialah 62 pound. Beratus2 dah saya habis nak ambil lesen je. Dah boleh beli satu kereta 2nd hand dah..huu..
Mula-mula dah book re test dapatlah 7 Mac 2016, Aduhai lamanya lagi nak tunggu. Tetapi satu pagi isteri saya cakap apa kata check website DVSA (Driver & Vehincle Standards Agency), tengok kalau ada slot awal yang kosong, Kita boleh tukar tarikh ujian ni. Kena rajin tengok website DVSA.
Ternyata naluri isteri kuat, ada slot kosong 4 Januari 2016!! Syukurnya rasa. Apa lagi terus booking slot tu. Tetapi satu lak masalah. Instructor saya tak free lak. Ini bermakna saya kena cari instructor lain yang free supaya saya boleh pergi test tu, Jenuh la iklankan kat FB Reading Buy and Sell Anything, tanya kawan-kawan, call sana call sini, tetapi still tiada yang available. Alamak cuak dah. Nak guna kereta sendiri boleh tetapi saya la tak yakin dengan kereta sendiri. Nak sewa kereta susah, kena ada yang dual control. Mana nak jumpa.
Sekali lagi wife bantu saya, dia jumpa satu website ni yang beri perkhidmatan last minute belajar dan sewa kereta dorang so boleh terus ambil test. Memang rezeki, company tu OK, tetapi bayar mahal la. LAst minute kan. 139 pound kot..hu..aduhai..duit lagi..takpela..kali ni kena LULUS gak!!!
Akhirnya hari ini saya LULUS juga. Yang kelakar rasa, dapat examiner orang yang sama uji saya masa GAGAl ujian ke-2 hari tu. Cuak gak ada salah buat time test tadi, tak putus2 doa dan selawat dalam hati, tolonglah ya Allah bantu aku untuk LULUS. Dah habis test, examiner tu kata congratulation you passed your test!! Fuh emosi rasa.syukur Alhamdulillah. Terima kasih mak ayah, adik beradik, wife, anak dan rakan2 yang beri semangat dan doa untuk saya.
Sebenarnya ujian memandu di UK ni mudah nak LULUS, cuma dorang sangat strict. Nak ambil lesen senang je. Mula-mula kena mohon provisional licence (Lesen L) secara online. Dah dapat lesen, book ujian teori. Pergi test centre, jawab ujian teori dah lulus boleh mohon Ujian Praktikal. Terpulang kalau nak buat gila, guna kereta sendiri pergi terus test pun ok, (kereta kena tambah interior rear view mirrow untuk examiner dan letak lesen L), nak proper lak booking lesson dengan syarikat memandu, nanti ade la instructor ajar, pastu test..fail repeat..camtu je la..
ALHAMDULILLAH YAHOO LULUS JUGA AKHIRNYA!!! Jom jalan2 UK!! =)
Ini rupanya temporary test pass cert,,nanti lesen dorang pos ke rumah..hehe
Ni driving test report 4 Januari 2016..LULUS!!
Driving Test Report 18 Disember 2015!! GAGAL..huu
Driving test report 23 Oktober 2015..GAGAL..huhukhuhkk..
Kalau ada yang nak ambil test memandu kat UK, roger2 la..saya sudi kongsi pengalaman..3 kali kan katanya..hehe..
ok itu sahaja..nak pergi kerja..syukur..=)
MOHD SHAFIQ
READING UK
No comments:
Post a Comment