Ada banyak cerita dan catatan pengalaman saya berjalan di sini yang saya nk share tapi macam banyak sangat. So saya mulakan semula semangat blog ini dengan resipi masakan la ya. Hari ini saya dan isteri bersama-sama memasak Asam Pedas Daging Kambing Reading Style. Ini semua gara-gara teringin tengok family makan asam pedas kat Melaka. Dah teringin apa lagi. Masak la. Gunakan je bahan apa yang ada.hehe
Taraaa!!! Ini dia Asam Pedas Daging Kambing Reading Style tu!!
Terbaik!!hehe
Bahan tak semua ada nak buat ni. So guna je apa yang ada kat dapur untuk masak. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
1) Cili kering
2) Daging kambing siap bertulang lagi..hehe
3) Bawang besar
4) Belacan
5) Bawang putih
6) Kunyit hidup
7) Halia
8) Jintan manis
9) Serai
10) Bawang besar dan bawang putih yang dihiris untuk menumis
11) Air asam jawa
12) Asam keping
13) Limau nipis
Phew..macam banyak lak bahan-bahannya kan. Kalau ikutkan ada lagi bahan ni..tapi dah xde..ni namanya simple..dan ikut je apa yang ada di dapur..nama pun duk luar negara kan..hu
Ok macam mana nak masak? Ini cara-caranya!
1) Kisar bahan-bahan dari no (1) sehingga no (8) kecuali no (2) iaitu daging..hehe..takkan daging nak dikisar..haha
2) Ini hasilnya nanti after dah dikisar!!
3) Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris tadi.
4) Setelah naik bau wangi, masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar
5) Kacau sehingga garing.
6) Setelah dah garing, masukkan daging!
7) Masukkan selepas itu serai
8) Kemudian, masukkan air asam jawa.
9) Gaul sebati sehingga masak semuanya. Masukkan la garam dan gula secukup rasa. Kemudian, masukkan asam keping dan limau nipis untuk menambahkan rasa masam.
10) Pastu siap!!! Simple je kan..leh try la masak lak..hehe
Memang terangkat!! Terasa macam di Melaka..hehe..itulah hidup merantau, teringin masak..bukan leh beli kat kedai je..mana nak dapat bang..hehe..
Baiklah itu sahaja yang saya ingin kongsi. Lega rasa dah menulis blog ni balik!!Yahoo..
Adios..
MOHD SHAFIQ ROZALI
READING
No comments:
Post a Comment