Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58 ini dan lagi 2 minggu saya akan setahun di Reading,UK, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kerjaya saya di sini. Sememangnya selain tugasan sebagai seorang Mr Mama, saya juga bekerja part time untuk menampung perbelanjaan keluarga saya. Kalau nak harapkan pada elaun bulanan yang diterima sahaja memang tak cukup la nak hidup sebulan. Sebab utamanya ialah sewa rumah yang mahal di Reading. Sangat mahal.
Makanya, saya selaku suami haruslah bertindak dengan bijak agar saya dapat mencari wang sampingan tanpa menganggu tugasan utama isteri sebagai seorang pelajar PhD. Itu adalah perkara paling penting yang sentiasa saya ingatkan pada diri saya. So macam mana nak kerja part time di UK ni? Begini caranya.
1) Untuk bekerja tidak kira sepenuh masa mahupun separuh masa, seseorang itu perlu mempunyai National Insurance Number (NI Number). Untuk memohonnya anda perlu hubungi pihak Jobscentre Plus. Anda hanya boleh hubungi pihak Jobscentre Plus untuk memohon NI Number setelah anda berada di UK. Tak perlu bayar pun untuk apply NI Number ni.
NI Number ni bagi saya adalah satu nombor khas bagi setiap pekerja untuk melayakkan mereka mendapat benefit seperti State Pension. Melalui NI Number juga gaji kita akan dapat ditentukan jumlah potongan cukai yang perlu dipotong. Untuk makluman lebih lanjut boleh layari laman web di link berikut :
https://www.gov.uk/apply-national-insurance-number
2) After dah dapat NI Number ni nanti, bolehlah start cari kerja. Ada satu laman web carian pekerjaan yang saya suka sangat dan kerja yang saya dapat selama ini memang saya cari di laman web ini.
http://www.indeed.co.uk/
Banyak kerja part time yang boleh dicari. Cleaner, kerja di pasaraya, kerja di gudang dan macam-macam lagi.
3) Satu lagi nak dapat kerja sini juga hasil dari bantuan kawan-kawan Malaysia la. Siapa yang tahu ada kerja kosong berkongsi. Syukur salah satu kerja saya hasil dari bantuan rakan Malaysia di sini. Terima kasih!
4) Gaji? Gaji di sini dibayar kirannya melalui upah per jam. Minima setakat ini di sini dibayar 6.5 pound sejam. So makin banyak jam kerja, makin banyaklah gaji dapat. Bergantung kepada diri masing-masing larat banyak mana nak kerja.
Alhamdulillah banyak dah pengalaman saya mencari kerja, temuduga 7 kali dah. Dari kerja gudang, cleaner, kerja stadium bola, kerja pasaraya dan kedai sandwich, semuanya saya dah tempuhi. Setakat ini saya sudah bekerja dengan 4 majikan dan tugas yang berbeza.
Bagi saya pengalaman bekerja di sini sangat bermakna. Sebelum ini di Malaysia, saya seorang pegawai kerajaan yang ada staf sendiri. Di sini, saya belajar dari bawah. Melihat bagaimana survival perlu untuk mencari wang tanpa mengira apa kerjanya janji halal. Ia mengajar saya erti kehidupan dan lebih menghormati semua orang tanpa mengira siapa pun mereka.
Ini pengalaman saya yang masih cetek di UK ni.
1) Kerja sebagai cashier menjual makanan di Madejski Stadium Reading.
Tugas saya di sini ialah menjadi cashier dan runner di booth jualan makanan semasa perlawanan bola sepak di stadium. Madejski Stadium ni home ground Reading FC. Memang teruja betul coz dapat lihat sendiri suasana bola sepak Inggeris. Stadium yang cantik dan pengurusan yang tersusun. Makanan pun ada sub unit kedai jualan yang teratur dan kemas. Ini pengalaman yang hebat dan menyeronokkan bagi saya. Melayan kehendak penonton yang beratur panjang, kali pertama nk kene deal dengan Mat Saleh dalam bahasa Inggeris memang mendebarkan..haha..tapi Alhamdulillah lama-lama ok je.
Saya apply kerja di website stadium.So kalau teringin cuba tengok di website stadium or pasukan bola sepak di kawasan anda akan duduk di UK kelak.
2) Tukang cuci di klinik.
Ini adalah kerja pertama saya di UK. Saya akan kenang kerja ini sampai bila-bila dalam hidup saya. Tugas saya sebagai tukang cuci senang sahaja. Tugas biasalah seperti mengelap , vakum, buang sampah, mengemop dan sebagainya. Di sinilah saya jumpa rakan-rakan baru saya. Saya banyak belajar Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan saya iaitu Amir dan Etouni. Amir orang Nepal , Etouni pula ialah orang Namibia. Tetapi sejak mereka kecil mereka mengikut keluarga behijrah ke UK, so memang dah jadi rakyat British. Cakap pun slang Uk dah.
Vakum ruang pejabat klinik
Mengelap meja
Mengemop lantai
Buang sampah
Cuci pinggan mangkuk
Amir Gurung kawan saya..hehe
bersama Amir
Supervisor Franmel dari India, dan Etouni pemain basketball Reading College..hehe
3) Tukang cuci di pasaraya
Yang ni kawan saya yang tolong dapatkan kerja. Terima kasih bro. Berbanding dengan kerja cleaner di klinik, yang ni start awal pagi seawal jam 5.30 pagi. Tugas saya cuci semua kaunter pembayaran di pasaraya ni. Pasaraya ni besar. So ada 51 kaunter bayaran saya kene bersihkan pagi-pagi. Memang penat. Pasaraya ni macam Tesco semua tu la.
Rezeki saya, saya dapat tukar shift ke malam so kene cuci bahagian lainlah di pasaraya ni. Memang rasa seperti bersenam kerja di pasaraya ni. Hehe..
Paling best kerja di pasaraya ni ialah senang nak beli barang after habis kerja..haha
Mop restoran di pasaraya
Di stor cleaner
Peralatan-peralatan lebih sofistikated..haha..
4) Jadi cashier dan tukang buat sandwich di kedai sandwich
Haha. Ini memang pengalaman. Kerja saya di sini pula ialah menjadi tukang buat sandwich. Egg Mayo Breadpack, Tuna and Cucumber Breadpack, Chargrilled Chicken Oval Bite, Prawn Mayo Baguette, Tuna Crunch dan macam-macam lagi!! Hehe..
Rasanya dah hafal cara, boleh buka kedai kat Malaysia balik nanti la.heheh..
Di sini saya lebih dapat meningktkan penguasaan bahasa inggeris saya since after habis buat sandwich saya kena jaga kaunter jadi cashier. Kena borak-borak la dengan customer. Selain sandwich ada jual donut, muffin, air , crisps dan savouries macam vegetable pasty dan chicken bake.
Attire saya di kedai jual sandwich
Gambar ni je ada..hu..gambar ruang depan takde..hu
Hakikat yang saya perolehi ialah apabila kita berada dalam suasana survival, memang sanggup buat banyak kerja untuk cari wang sampingan. Patutlah orang Indonesia, Nepal semua datang Malaysia buat apa sahaja kerja demi nak cari wang boleh dihantar ke keluarga di negara masing-masing.
Ramai rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa dan negara. Banyak perkara saya belajar dari mereka. Pengalaman ini yang akan terus saya lalui terus mendewasakan pemikiran saya dalam hidup, Saya buat semua ini demi keluarga saya agar lebih terjamin di sini. You need to do what you can do to survive.
Yang pasti, semua ini akan melengkapkan diri saya kelak apabila melapor diri untuk berkhidmat semula di Malaysia!! Salam Kemerdekaan ke-58 dari saya, Mr Mama di Reading, UK.
MOHD SHAFIQ ROZALI